Salam bertemu kembali....
Sudah lama tak menulis.... bukannya apa... mengumpul bahan untuk dikongsi... :)
Baru-baru ini ( 22-25 April 2013) saya telah menghadiri Mesyuarat Penataran KSSR Tahun 4 bagi subjek baru tahun 4 iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Permai Inn, Kuala Terengganu... untuk peringkat Zon Timur. Alhamdullillah... dengan menghadiri mesyuarat ini... segala-galanya mengenai KSSR menjadi semakin jelas. Terima kasih kepada pihak Lembaga Peperiksaan (LP) yang telah memberikan penjelasan tentang penyimpanan dan merekod evidens yang menjadi mimpi ngeri bagi semua guru KSSR.
Bersama-sama ini, saya kongsikan dapatan tentang Instrumen Pentaksiran untuk KSSR. (Rupa-rupanya lembaran kerja adalah satu daripada pelbagai instrumen yang boleh ditafsir oleh guru)
Rupanya ada lebih dari 20 instrumen untuk guru mentafsir murid.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat.... insyaallah di kesempatan akan datang... akan saya kongsikan lagi bahan-bahan yang telah saya perolehi.
p/s: Sumber dari LP