UPSR yang tertangguh dan yang di ulang telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Kini...murid-murid tahun 6 akhirnya berasa MERDEKA ( iyolah sangat..)
Jadi, ketika peperiksaan dilaksanakan... kelas PJ tidak dijalankan di luar kerana bimbang mengganggu kosentrasi murid yang sedang menghadapi peperiksaan..
Jadi, aktiviti yang dijalankan adalah " indoor game". Murid-murid saya ( Tahun 2 - 9 orang) ini sangat suka bermain congkak. Tapi, sayangnya... saya hanya mempunyai satu set congkak sahaja.
Tapi.. idea dari sepupu di kampung ( Tahun 1)... membolehkan murid-murid lain turut boleh bermain congkak. Modifikasi congkak.. :)
Gembira sangat dapat main... set congkak dapat ke budak lelaki... |
Kalau ikutkan zaman saya dolu-dolu ...hihihi... manalah mampu hendak membeli set congkak. Rasa sangat mahal... Jadi.. macamana nak buat??? apa lagi... korek lobang bawah rumah lah.... main congkak tanah.. hihihi.. sambil korek tanah.. ( dengan kuku pun penuh dengan tanah..).. terjumpa pulak lipas tanah.... hah.. apa lagi... tangkap.. jangan tak tangkap....
Tau apa gunanya lipas tanah???? buat umpan mengail.... hihihi... soo old school....
Bila masuk sekolah... congkak modifikasi.. upgrade sikit.... buat dari kertas.... lipat buat bakul....pastu.....stapler... kertas yang digunakan mestilah dari buku latihan.. ( last year nye buku laa....hihihi)
Bakul kertas ni.... banyak kegunaannya... |
Ha... dah cerita pasal bakul kertas ni pulak kan.... hihihi... Saya sangat suka dengan bakul ni. Sebenarnya bakul ni banyak kegunaannya... Selain dijadikan congkak.. bakul ini boleh dijadikan bakul sampah... letak bawah meja... nak asah pensil...tak payah pergi ke tong sampah kat belakang kelas.... asah jer bawah meja... dah penuh... baru buang dalam tong sampah besar belakang kelas..
Sebenar apa yang kanak-kanak belajar dari permainan ini??? Mari kita kaji...
Melalui permainan ini..kanak-kanak ditanam nilai:
- Berpemikiran mantik - dalam menganalisa setiap langkah dalam permainan.
- Bersistem - bersistem dalam bermain. Mengikut sistem permainan yang telah ditetapkan.
- Tepat
- Teliti - Setiap langkah, mesti dilakukan dengan teliti, tekun dan penuh keyakinan agar tiada lobang yang terlangkau.
- Tekun
- Yakin
- Berpemikiran global
- Nilai-nilai murni - bersedia menerima kekalahan. Sabar dalam menunggu giliran.Dan bermain dengan penuh berhemah. Tidak menipu - semata-mata untuk menang.
( Sumber: http://mimimate.blogspot.com/ -
KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH BESTARI Oleh; Tengku Zawawi b Tengku Zainal)
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan kembali permainan tradisional ini. Lebih bagus sekiranya congkak yang dibuat sendiri. Kanak-kanak boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan seandainya permainan ini dimainkan sesama ahli keluarga.