Kemudiannya.. Sidang media oleh Menteri Agama... Datuk Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri. Ini selaras dengan bulan Ramadhan yang akan disambut esok (Jumaat: 24/4/2020). Banyak nasihat-nasihat yang diberikan. Tidak pernah dunia kita di"rehatkan" sebegini oleh Allah.
Banyak sebenarnya hikmah kita berpuasa dalam PKP ni. Antaranya.... Dulu... Banyak perkara ibadah yang kita pandang remeh. Sekarang... Kita perlu ambil berat. Contohnya... Ibu saya. Kata ibu saya.. Beliau pernah mendengar ustaz (yang ibu saya belajar).. Menerangkan tentang solat tarawikh yang boleh dilakukan sendirian. Ibu saya berfikir.... Ikut imamlah.. Senang.. 😁..lagi pun.. Rumah tepi surau je. Jadi... Tidaklah diambil berat apa yang diberitahu.Ha... Sekarang kan dah kena solat sendiri... Kelam-kabut la jugak... (Bapa saya kurang sihat untuk memimpin solat terawikh.. )
Lagi satu.. Saya rasa hikmah puasa dimusim PKP ni.... Memberi peluang kepada setiap ketua keluarga untuk menjadi imam bagi keluarga masing-masing. Boleh juga mendidik anak-anak untuk mengimamkan solat.
Pesan Dr. Zulkifli Al-Bakri... Banyakkan bersedekah... (oohh... Point ni je yang saya ingat... Lain tak ingat.. Hahaha..)
Seterunya... Sidang media yang dinanti-nanti... Datuk Noor Hisham Abdullah... Eh.... Lupa ambik gambar beliau hari ni...
Letak gambar semalamlah... 😁😁😁... Dr. Noor Hisham.... Baju sama je... 😁😁 sebab pakai jaket KKM.... Tapi... Yang pentingnya.. Data yang diberikan. Alhamdulillah... Hari ni... Data kes baharu 71, sembuh 90 dan kematian 2.
Oohh..... Orang yang ditunggu2 setiap tahun.... Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.... Tak sempat ambik gambar... Ingatkan ada ulangan... Rupanya tak ada.... Dulu.. Masa kecik-kecik... Pengumuman permulaaan puasa atau raya akan diulang-ulang.... Huhuhu.. Rindu pulak... Tapi.. Nasib baik sempat tengok masa diumumkan.... Kalau tak.. Rasa macam tak sah saja pengumuman permulaan puasa. 😂😂. Yeyyyaay.. Esok puasa....
Malam pula... Semasa berita perdana jam 8, PM Muhyidin Yassin pulak memberi perutusan beliau...
Memang terbaeklah PM Muhyidin.... Ucapan bersahaja dan kelakar. Beliau mengumumkan bahawa PKP ke-4 akan dilaksanakan. Maksudnya 29 April-12 Mei pula. Beberapa pengumuman yang mengembirakan lain turut diumumkan. Antaranya... Para pelajar IPT akan dibenarkan balik ke kampung masing-masing. Mereka yang terkandas di sesuatu tempat juga boleh dibenarkan balik juga. Tetapi mereka ini perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Logik juga bila difikirkan. Pelajar yang berada di IPT telah dikuarantinkan lebih dari 14 hari.. Dah PKP 3.. Maksudnya.. 14x 3=42 hari. Dah lepas daripada tempohnya... Cuma kerajaaan perlu memikirkan mekanisme untuk pergerakan balik para pelajar ini kerana melibatkan hampir 100K pelajar. Huhuhu.. Bayangkan.. Kalau serentak tu... RnR penuh.. Stesen minyak crowded.... Kemungkinan berlaku penyebaran covid jugak... Tapi.. Tak pe.. Saya yakin... PM and the team akan dapat solusinya.
Alhamdulillah.. Saya masih enjoy di kampung.. Walaupun masih terkilan laptop tertinggal di Raub. Hanya mengharapkan HP untuk melaksankan kursus2 online. Target.... Kumpul sebanyak mungkin sijil online... 😁😁😁.. Seronok pulak rasanya. Cuma saya kurang kreatif untuk menghasilkan video-video kreatif. Nak ambik gambar membaca pun malas... Sebab kena bersiap bagai.. Hahahaha... Duduk dikampung.... Duduk di rumah... Lebih suka jadi mak lampir je.... 😅😅😅.
Sambung esok pula.. First day Ramadhan 2020.