Friday, 15 November 2013

jangan kata kita faham andai kita tidak mengalaminya - kisah sebatang gigi...

Macamana tajuk post kali ini??? ada tanda soal dalam kepala anda tak??? hehehe... cerita pasal gigi lah pulak...

Sebenarnya kali ini saya nak kongsi cerita saya sebenarnya....

Baru saya sedar... rupanya selama ini saya bersifat angkuh... maafkan saya...

Saya dilahirkan dengan serba sempurna.. Maksud saya, secara fizikalnya...tiada cacat cela... 2 tangan, 2 kaki, 10 jari tangan dan 10 jari kaki, hidung, mata semua berfungsi dengan sempurna... Alhamdulillah....

Saya juga datang dari keluarga yang bahagia...bukan keluarga yang pincang.. sekali lagi... Alhamdullillah....

 Bila saya lihat orang-orang di sekeliling saya... terdengar atau terbaca tentang kisah mereka tentang kehilangan orang tersayang... ataupun hilang anggota badan akibat penyakit atau kemalangan.. contohnya orang yang hilang sebelah kaki akibat penyakit kencing manis/kemalangan atau apa saja sebabnya... seringkali saya terfikir.... " alah.... ok lah tu.. sekurang-kurangnya ada lagi sebelah kaki...." atau... ".. sekurang-kurangnya masih hidup lagi... ok lah "...rupa-rupanya.... secara tidak sedar...saya telah bersikap angkuh terhadap orang lain....

Alhamdullillah.... beberapa minggu lepas... Allah telah menurunkan nikmat sakit gigi kepada saya ( - saya pinjam kata-kata Dato' Sarimah Ahmad kerana hari ini saya telah berkongsi pengalaman dengan beliau tentang pengalamannya yang menghidap barah otak dan hidung tahap 4 dan bagaimana beliau berjuang menentang penyakitnya... Beliau tidak mengatakan sakitnya itu sebagai dugaan seperti yang kita selalu katakan... tetapi nikmat....)


Bersama seorang Primadona dan Idola...


Untuk pengetahuan teman-teman, selama ini saya memang tidak pernah menghadapi masalah gigi. Bila gigi kacip saya bermasalah...menyebabkan gusi saya bengkak dan bernanah serta mengganggu tidur malam saya... ini memaksa saya untuk berjumpa doktor gigi.

 Dalam hal ini saya mempunyai pilihan samaada cabut atau membuat rawatan gigi. Boleh dikatakan pilihan antara sayangkan duit atau sayangkan gigi. Maksudnya.. jika tidak hendak mengeluarkan belanja yang banyak... pilihannya adalah cabut kerana mencabut gigi lebih murah dari merawat gigi.

Di sebabkan saya tidak sanggup berpisah dengan salah satu anggota badan saya tu, akhirnya saya memilih untuk membuat rawatan gigi - rawatan akar gigi... yang memungkinkan gigi saya diselamatkan dari dicabut. Saya tidak dapat membayangkan... bagaimana keadaan saya jika saya kehilangan gigi saya yang satu itu. Bagaimana saya hendak mengunyah makanan dengan sempurna... bagaimana saya hendak berdepan/bercakap dengan orang lain dengan ruang kosong dalam mulut saya, bagaimana rasanya menggunakan gigi palsu... bagaimana...bagaimana..bagaimana.. dan pelbagai kemungkinan dan persoalan...

Akhirnya saya tersedar......... ia hanyalah sekadar sebatang gigi! 

Kalau sebatang gigi pun saya tak sanggup hilang... dah menyebabkan hati dan jiwa saya terganggu... bagaimana saya hendak kehilangan anggota badan lain???... bagaimana dengan mudah saya mengatakan kepada orang lain... " tak pe.. hilang satu jari... ada lagi 9 jari..." '' hilang satu tangan... ada satu tangan lagi".... walaupun saya tidak menyatakannya secara lahiriah...namun..hati saya sering berkata begitu.... sekali lagi.. maafkan saya...

Syukur saya kepada Allah kerana telah menyedarkan saya. Sesungguhnya... mudah untuk kita katakan kepada seseorang yang ditimpa musibah '' bersabarlah dengan dugaan"..atau "akak faham penderitaan adik"... tetapi...jika  kita tidak pernah mengalami situasi berkenaan, kita sebenarnya tidak faham pun penderitaan mereka (mungkin ada insan terpilih yang dapat memahami dan merasai penderitaan orang lain)

Kesimpulannya... kita hanya mampu memberi simpati kepada orang lain, tetapi kita tidak dapat merasai dan memahami penderitaan orang lain tanpa kita alami sendiri pengalaman tersebut. Dan semoga Allah menghilangkan sifat angkuh dalam diri saya dan anda semua... sifat angkuh yang kita tidak sedar kewujudannya dalam diri kita... Semoga Allah mengampunkan kita semua...

Tuesday, 29 October 2013

Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Darab ( Kaedah tiang )

Kaedah 2: Kaedah Tiang

Contoh: 235 x 14









Nyatakan kepada murid, 1 bilik hanya untuk 1 nombor. jadi,
jika 2 digit, pergi ke bilik seterusnya.


Monday, 28 October 2013

Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Kaedah Darab...

Dalam melaksanakan operasi darab... pun terdapat pelbagai kaedah dan teknik. Selama ini yang saya amalkan dan ajarkan kepada murid adalah jenis biasa ( bentuk lazim ) dan menggunakan kaedah lattice untuk darab yang melibatkan 2 digit.

jom kita kongsi kaedah-kaedah yang baru saya pelajari. ( mungkin anda sudah biasa dengan kaedah-kaedah yang ditunjukkan )

1) KAEDAH LUAS

Contoh: 235 x 14








Saya rasa ini adalah antara kaedah atau teknik mendarab yang mudah. Insyaallah akan dicuba kepada murid-murid saya,



Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Tolak ( Kaedah 3)

Kaedah 3: Tak ingat pulak namanya...heheh... kita letaklah namanya kaedah palang, boleh???
Kaedah ini sangat sesuai untuk murid yang sangat lemah.













Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Tolak ( Kaedah 2)

Operasi Tolak ( Mengumpul Semula)

Kaedah 2: Kaedah Beza

Contoh: 437 - 89 =

Tukarkan ke bentuk lazim:




Kemudian cari bezanya:

Beza 9 dengan 7 = 2
Beza 80 dengan 30 = 50
400 ( tiada nombor untuk dibezakan) = 400


jadi:
400 - 50 = 350
350 - 2 = 348 ( boleh guna kaedah working backward ; 350 langkah 2 ke belakang = 348)


* Saya kurang gemar kaedah ini. Tetapi kita harus tahu pelbagai teknik dan kaedah kerana murid-murid kita yang mempunyai kebolehan pelbagai. Mungkin kaedah ini sesuai untuk sesetangah murid.






Saturday, 26 October 2013

Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Tolak (Mengumpul Semula)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah...bertambah lagi satu ilmu....
Selama ini saya hanya tahu satu sahaja cara untuk menolak dengan mengumpul semula... iaitu dengan meminta ( atau meminjam - istilah yang cikgu kita guna dulu-dulu) dari rumah sebelah ( rumah sa, puluh, ratus, ... ). Tetapi rupanya ada berbagai lagi cara lain untuk menolak.

Kaedah 1: Kaedah Kurang 1

Contoh 1: 100 - 35

Kurangkan 1 dari 100 dan juga 35

100 kurang 1 = 99 dan
  35 kurang 1 = 34

 Kemudian, baru kita tolakkan: 

99 - 34

Tukar ke bentuk lazim:



jadi, murid-murid yang lemah tidak perlu lagi meminjam dari rumah sebelah ( yang selalunya mengelirukan murid-murid). Mereka boleh terus menolak samaada menggunakan jari atau sebarang bahan konkrit.

Contoh 2:  1125 - 675






Saya suka dengan kaedah ini. Rasanya lebih mudah untuk murid. Walau bagaimanapun.. kita harus mencuba dulu, baru tahu samaada teknik ini berkesan ataupun tidak. ;)

Selamat Mencuba...







Thursday, 24 October 2013

Bahan set asas

Satu lagi ilmu yang saya dapat semasa kursus- panduan bagi guru untuk mengajar murid tahap 1 dan LINUS adalah keperluan untuk mengadakan SET BAHAN ASAS. Apa itu SET BAHAN ASAS? :


1) Set nombor 0-9 : Guru mesti mempunyai sekurang-kurangnya 6 set nombor.
2) Tapak : Kertas A4 yang dilaminate - untuk memudahkan murid-murid menyusun kad nombor diatasnya.
3) Set asas:
Set ini digunakan untuk murid memahami konsep peratus, pecahan.
4) Pen marker

p/s: Tak sabar rasanya nak buat benda-benda nih.. (sementara barang tengah panas ni kah..hehehe)

Tips untuk murid bermasalah....

Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1)  Lambat menulis:

 Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) Murid Pelat:

Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu  murid menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap.

Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga.

Sebab: eerr.. terlupa pula sebabnya..heh..

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:

Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.




Wednesday, 23 October 2013

KURSUS LINUS (NUMERASI) UNTUK DAERAH RAUB DAN MARAN.

Assalamualaikum dan salam bertemu kembali...

Emm... lama betul tidak menulis apa-apa di ruangan blog ini. Bukannya apa... tengah mengumpul cerita untuk dikongsi bersama.. supaya cerita yang kita kongsikan akan memberi manafaat.. bukan hanya omong-omong kosong...;).

Minggu ini saya sungguh bertuah kerana terpilih untuk mengikuti kursus LINUS (NUMERASI) untuk tahun 3. Banyak perkongsian ilmu dibuat samaada sesama peserta dari daerah Raub dan Maran dan juga perkongsian ilmu dengan para fasilitator yang merupakan penyelaras LINUS dari PPD Maran dan juga dari PPD jerantut.

 Sebagai seorang guru yang baru bertukar daripada mengajar tahap 2 ke tahap 1... perkongsian ini amat memberi erti kepada saya. Dalam kursus ini, saya banyak belajar tentang kepelbagaian teknik dalam PdP.

Antara yang didedahkan adalah kepelbagaian teknik menjawab soalan darab, bahagi, tambah dan tolak menggunakan bahan konkrit, semi konkrit dan abstrak.

Saya percaya.. teknik-teknik yang dikongsi ini tidak diajar di mana-mana IPG... Teknik-teknik yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman dan inovasi para guru.

Insyaallah, saya akan kongsikan apa yang telah saya perolehi di laman ini. Semoga apa yang saya perolehi... tips, teknik dan apa juga strategi akan memberi manafaat kepada semua orang...

Sharing is caring...

Thursday, 9 May 2013

Instrumen Pentaksiran KSSR

Salam bertemu kembali....

Sudah lama tak menulis.... bukannya apa... mengumpul bahan untuk dikongsi... :)

Baru-baru ini ( 22-25 April 2013) saya telah menghadiri Mesyuarat Penataran KSSR Tahun 4 bagi subjek baru tahun 4 iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di Permai Inn, Kuala Terengganu... untuk peringkat Zon Timur. Alhamdullillah... dengan menghadiri mesyuarat ini... segala-galanya mengenai KSSR menjadi semakin jelas. Terima kasih kepada pihak Lembaga Peperiksaan (LP) yang telah memberikan penjelasan tentang penyimpanan dan merekod evidens yang menjadi mimpi ngeri bagi semua guru KSSR.

Bersama-sama ini, saya kongsikan dapatan tentang Instrumen Pentaksiran untuk KSSR. (Rupa-rupanya  lembaran kerja adalah satu daripada pelbagai instrumen yang boleh ditafsir oleh guru)





Rupanya ada lebih dari 20 instrumen untuk guru mentafsir murid.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat.... insyaallah di kesempatan akan datang... akan saya kongsikan lagi bahan-bahan yang telah saya perolehi.

p/s: Sumber dari LP

Wednesday, 20 February 2013

Taklimat Pendaftaran UPSR 2013

19 Feb 2013

Salam


Sebagai Setiausaha Peperiksaan (SUP) bagi SK Kundang Patah, taklimat bagi pendaftaran UPSR 2013 sememangnya dinanti-nantikan. Bukannya apa.... dengan bermulanya taklimat UPSR.... maka tugas sebagai S/U Peperiksaan bagi tahun berkenaan baru dapat dimulakan.

Kali ini taklimat diadakan di luar Daerah Raub. Taklimat untuk para SUP diadakan secara bergabung dengan Daerah Bentong. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke PPD Bentong ( :) heheh)... mujur saya pergi ke sana bersama SUP SK Tanjung Raja... jadi.. tidaklah tercari-cari sangat kerana Cikgu Aminah ( SUP SK Tanjung Raja) yang juga tidak tahu di mana PPD Bentong, berusaha mendapatkan maklumat dari teman-temannya, maka kami berjaya mencari tempat yang dicari tanpa sesat... Alhamdulillah....

Seramai 82 orang SUP dari dua daerah (43 orang dari Raub dan 39 orang dari Bentong) telah bertemu dalam satu dewan mesyuarat. Rupa-rupanya, Raub mempunyai lebih banyak sekolah berbanding Bentong. Walau bagaimanapun, Calon UPSR Bentong sebenarnya lebih ramai berbanding Raub. Bayangkan... terdapat 2 sekolah ( kalau tak salah) mempunyai calon UPSR lebih seramai 125 orang dan 111 orang calon dan calon paling sedikit adalah dari SK Lentang seramai 12 orang. Berbeza dengan Raub... SJK(T )Bukit Freser tidak mempunyai calon langsung sementara SJK Bkt Fraser 7 orang, SK Tanjung Raja 6 orang dan Alhamdulillah...SK Kundang Patah lebih ramai sedikit iaitu 14 orang calon... heheh. Di Raub... adalah perkara biasa apabila calon UPSR di sesebuah sekolah tidak sampai pun 10 orang!

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Haji Hamdan (Pegawai Bah. Peperiksaan dari PPD Raub) ... telah menerangkan tentang tugas-tugas SUP, instrumen2 untuk pemantauan dan berkenaan BOCADA (Borang Cadangan Pengawas Peperiksaan)

Antara isi penting tentang BOCADA:

  1. Ketua Pengawas harus dikekalkan seperti tahun lepas.
  2. 1 orang pengawas untuk 25 orang pelajar - tetapi disebabkan pelajar terdiri dari murid lelaki dan murid perempuan, maka 2 orang guru diperlukan.
  3. Pengawas yang dilantik haruslah berjawatan hakiki.

Dah ada guideline ... tak sabar rasanya nak mula buat fail ( hehehe)


Taklimat daripada Tn. Haji Mohamad Nazir b Othman pula berkaitan dengan pendaftran UPSR secara online:

http://apps2.moe.gov.my/daftarupsr/

* Nama login : SUP(kod sekolah)
* Kata Laluan: 123456 ( default)


Tn. Haji M. Nazir mengingatkan para SUP bahawa tarikh tutup pendaftaran UPSR adalah pada:

 28 Februari 2013

Setelah 12 tengah malam hari tersebut, maka sistem pendaftaran ditutup. Tarikh penghantaran borang-borang pendaftaran yang telah disahkan oleh guru besar, telah dipersetujui bersama untuk dihantar pada

4 Mac 2013

di PPD masing-masing. Kecuali borang Calon Orang Asli dihantar pada 15 Mac 2013


Berkenaan borang tuntutan perjalanan, terdapat juga perubahan berbanding tahun sebelumnya iaitu:

  1. Tidak dibenarkan untuk memadamkan maklumat di borang tuntutan dengan liquid paper, sebaliknya kesalahan yang dibuat perlu dibetulkan menggunakan borang yang diberi dalam CD dan di print semula.
  2. Menggunakan bank yang sama dimana gaji diterima.
  3. Antara bahan yang perlu disertakan bersama-sama borang tuntutan adalah:

  • Salinan buku bank ( tapi kalau guna Maybank tak adalah pulak kan?..)
  • Slip gaji terkini
  • Surat Panggilan Taklimat
(Kad Pengenalan tidak pulak dimaklum untuk disertakan... tetapi untuk selamat.. lebih baik disertakan )



Friday, 8 February 2013

Belajar dari murid...

Salam bertemu kembali....

Sebenarnya... dalam dunia pendidikan yang tanpa sempadan.... bukan sahaja murid yang belajar dari guru... tetapi, seorang guru juga belajar daripada muridnya...

Mengajar tahun 1 dan 2  memberi banyak cabaran kepada saya.Murid saya tahun ini terdiri daripada murid tahun 1dan 2. Sebenarnya secara tidak langsung sayalah yang terpaksa belajar dari mereka. Mereka diibaratkan sebagai anak sulung saya... kerana pengalaman saya sifar dalam mendidik murid tahap 1.

Perbezaan yang sangat ketara apabila mengajar tahap 1 dan 2 adalah:

* Bagi murid tahap 1 - saya harus membina pengetahuan ( build knowledge) mereka kerana mereka tidak mempunyai pengalaman lepas - ( previous experience). Itu yang susahnya.Harus bermula dari sifar...

* Bagi murid tahap 2 - yang mudahnya adalah kerana mereka sudah mempunyai pengalaman lepas. Jadi, tak kisahlah samaada mereka sudah menguasai ataupun tidak topik yang diajar sebelumnya... pengalaman lepas memudahkan pembelajaran mereka seterusnya.

Contoh yang paling mudah adalah dalam tajuk pecahan. Bagi murid tahap 2, bila di sebut pecahan, mereka sudah dapat gambaran apa dan bagaimana pecahan tersebut. Berbeza bagi murid tahap 1 - kita terpaksa menerangkan kepada mereka apa itu pecahan. Dan yang lebih sukarnya bagi seorang guru adalah - menerangkannya dalam BAHASA YANG PALING MUDAH!!!....

Selain itu... seperkara lagi yang saya belajar dari murid tahap 1 adalah saya harus menjadi seorang yang lebih particular... menjadi seorang yang lebih teliti. Selama ini (in person) saya bukanlah seorang yang cerewet. Perkara-perkara titiek bengek atau perkara yang remeh-temeh jarang saya beri perhatian. Berbeza dengan mengajar tahap 1 - Perkara-perkara remeh inilah yang HARUS diberi perhatian. Contohnya - cara memegang pensil dengan betul... menulis nombor dengan betul - bagaimana menulis nombor 0,1,2 ... 9, membuat garisan lurus menggunakan pembaris dengan betul dan sebagainya.

Sebenarnya, kesan dari pendidikan awal ini tidak dapat dilihat semasa di sekolah rendah... tetapi kesannya jelas dapat dilihat selepas murid meninggalkan sekolah rendah dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika sejak awal lagi guru telah menerapkan kekemasan dalam kerja mereka... kekemasan itu akan dibawa sepanjang hidup mereka. Tetapi sebaliknya jika kesalahan mereka tidak dibetulkan di peringkat sekolah rendah, maka kesalahan tersebut akan dibawa sepanjang hidup mereka dan menjadi satu tabiat yang tidak dapat diubah lagi.

Bagi guru-guru sekolah menengah... mereka menerima murid-murid yang sudah mempunyai pengalaman lepas sebagai seorang murid. Jadi, pengatahuan yang sepatutnya dikuasai oleh murid tersebut di sekolah rendah tidak lagi di ajar di sekolah menengah... ( rasa saya tidak ada sekolah menengah di Malaysia ini mengajar pelajarnya bagaimana memegang pensil dengan betul... :) ).

Dalam mendidik murid melakukan sesuatu dengan betul dan kemas, seorang guru itu sebenarnnya memuhasabahkan dirinya sendiri. Secara sedar atau tidak,... dia juga seharusnya menjadi seorang yang kemas dan melakukan sesuatu dengan betul sebelum mengajar orang lain melakukannya.

Kesimpulannya ilmu Allah itu luas... kita boleh menimba ilmu daripada sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan. Jadi, jangan pandang siapa yang berkata-kata... tetapi apa yang diperkatakannya.

Teringat pula satu kisat Imam As-Syafie ketika muda...

Kalau tak salah..begini ceritanya...

Suatu hari Imam As-Syafie yang ketika itu masih muda memohon daripada ibunya untuk keluar menimba ilmu. Dibawa bersamanya kitab-kitab. Jadi, dia telah menumpang dengan satu kabilah yang sedang dalam perjalanan untuk berdagang. Dalam perjalanan, mereka telah dirompak. Ketika dirompak, Imam As-Syafie merayu kepada ketua perompak supaya tidak merampas kitab-kitabnya... Kata ketua perompak itu... tak berguna ilmu yang hanya tersimpan di dalam kitab ( maaf kalau tersalah). Jadi, sejak hari itu Imam As-Syafie telah menyimpan kitab-kitabnya di tempat yang mustahil orang dapat mencurinya - di ingatannya. :)

Semoga saya menjadi seorang yang lebih teliti dan sabar dalam menangani modal insan negara.