Friday, 8 February 2013

Belajar dari murid...

Salam bertemu kembali....

Sebenarnya... dalam dunia pendidikan yang tanpa sempadan.... bukan sahaja murid yang belajar dari guru... tetapi, seorang guru juga belajar daripada muridnya...

Mengajar tahun 1 dan 2  memberi banyak cabaran kepada saya.Murid saya tahun ini terdiri daripada murid tahun 1dan 2. Sebenarnya secara tidak langsung sayalah yang terpaksa belajar dari mereka. Mereka diibaratkan sebagai anak sulung saya... kerana pengalaman saya sifar dalam mendidik murid tahap 1.

Perbezaan yang sangat ketara apabila mengajar tahap 1 dan 2 adalah:

* Bagi murid tahap 1 - saya harus membina pengetahuan ( build knowledge) mereka kerana mereka tidak mempunyai pengalaman lepas - ( previous experience). Itu yang susahnya.Harus bermula dari sifar...

* Bagi murid tahap 2 - yang mudahnya adalah kerana mereka sudah mempunyai pengalaman lepas. Jadi, tak kisahlah samaada mereka sudah menguasai ataupun tidak topik yang diajar sebelumnya... pengalaman lepas memudahkan pembelajaran mereka seterusnya.

Contoh yang paling mudah adalah dalam tajuk pecahan. Bagi murid tahap 2, bila di sebut pecahan, mereka sudah dapat gambaran apa dan bagaimana pecahan tersebut. Berbeza bagi murid tahap 1 - kita terpaksa menerangkan kepada mereka apa itu pecahan. Dan yang lebih sukarnya bagi seorang guru adalah - menerangkannya dalam BAHASA YANG PALING MUDAH!!!....

Selain itu... seperkara lagi yang saya belajar dari murid tahap 1 adalah saya harus menjadi seorang yang lebih particular... menjadi seorang yang lebih teliti. Selama ini (in person) saya bukanlah seorang yang cerewet. Perkara-perkara titiek bengek atau perkara yang remeh-temeh jarang saya beri perhatian. Berbeza dengan mengajar tahap 1 - Perkara-perkara remeh inilah yang HARUS diberi perhatian. Contohnya - cara memegang pensil dengan betul... menulis nombor dengan betul - bagaimana menulis nombor 0,1,2 ... 9, membuat garisan lurus menggunakan pembaris dengan betul dan sebagainya.

Sebenarnya, kesan dari pendidikan awal ini tidak dapat dilihat semasa di sekolah rendah... tetapi kesannya jelas dapat dilihat selepas murid meninggalkan sekolah rendah dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika sejak awal lagi guru telah menerapkan kekemasan dalam kerja mereka... kekemasan itu akan dibawa sepanjang hidup mereka. Tetapi sebaliknya jika kesalahan mereka tidak dibetulkan di peringkat sekolah rendah, maka kesalahan tersebut akan dibawa sepanjang hidup mereka dan menjadi satu tabiat yang tidak dapat diubah lagi.

Bagi guru-guru sekolah menengah... mereka menerima murid-murid yang sudah mempunyai pengalaman lepas sebagai seorang murid. Jadi, pengatahuan yang sepatutnya dikuasai oleh murid tersebut di sekolah rendah tidak lagi di ajar di sekolah menengah... ( rasa saya tidak ada sekolah menengah di Malaysia ini mengajar pelajarnya bagaimana memegang pensil dengan betul... :) ).

Dalam mendidik murid melakukan sesuatu dengan betul dan kemas, seorang guru itu sebenarnnya memuhasabahkan dirinya sendiri. Secara sedar atau tidak,... dia juga seharusnya menjadi seorang yang kemas dan melakukan sesuatu dengan betul sebelum mengajar orang lain melakukannya.

Kesimpulannya ilmu Allah itu luas... kita boleh menimba ilmu daripada sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan. Jadi, jangan pandang siapa yang berkata-kata... tetapi apa yang diperkatakannya.

Teringat pula satu kisat Imam As-Syafie ketika muda...

Kalau tak salah..begini ceritanya...

Suatu hari Imam As-Syafie yang ketika itu masih muda memohon daripada ibunya untuk keluar menimba ilmu. Dibawa bersamanya kitab-kitab. Jadi, dia telah menumpang dengan satu kabilah yang sedang dalam perjalanan untuk berdagang. Dalam perjalanan, mereka telah dirompak. Ketika dirompak, Imam As-Syafie merayu kepada ketua perompak supaya tidak merampas kitab-kitabnya... Kata ketua perompak itu... tak berguna ilmu yang hanya tersimpan di dalam kitab ( maaf kalau tersalah). Jadi, sejak hari itu Imam As-Syafie telah menyimpan kitab-kitabnya di tempat yang mustahil orang dapat mencurinya - di ingatannya. :)

Semoga saya menjadi seorang yang lebih teliti dan sabar dalam menangani modal insan negara.








No comments:

Post a Comment