Wednesday, 20 February 2013

Taklimat Pendaftaran UPSR 2013

19 Feb 2013

Salam


Sebagai Setiausaha Peperiksaan (SUP) bagi SK Kundang Patah, taklimat bagi pendaftaran UPSR 2013 sememangnya dinanti-nantikan. Bukannya apa.... dengan bermulanya taklimat UPSR.... maka tugas sebagai S/U Peperiksaan bagi tahun berkenaan baru dapat dimulakan.

Kali ini taklimat diadakan di luar Daerah Raub. Taklimat untuk para SUP diadakan secara bergabung dengan Daerah Bentong. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke PPD Bentong ( :) heheh)... mujur saya pergi ke sana bersama SUP SK Tanjung Raja... jadi.. tidaklah tercari-cari sangat kerana Cikgu Aminah ( SUP SK Tanjung Raja) yang juga tidak tahu di mana PPD Bentong, berusaha mendapatkan maklumat dari teman-temannya, maka kami berjaya mencari tempat yang dicari tanpa sesat... Alhamdulillah....

Seramai 82 orang SUP dari dua daerah (43 orang dari Raub dan 39 orang dari Bentong) telah bertemu dalam satu dewan mesyuarat. Rupa-rupanya, Raub mempunyai lebih banyak sekolah berbanding Bentong. Walau bagaimanapun, Calon UPSR Bentong sebenarnya lebih ramai berbanding Raub. Bayangkan... terdapat 2 sekolah ( kalau tak salah) mempunyai calon UPSR lebih seramai 125 orang dan 111 orang calon dan calon paling sedikit adalah dari SK Lentang seramai 12 orang. Berbeza dengan Raub... SJK(T )Bukit Freser tidak mempunyai calon langsung sementara SJK Bkt Fraser 7 orang, SK Tanjung Raja 6 orang dan Alhamdulillah...SK Kundang Patah lebih ramai sedikit iaitu 14 orang calon... heheh. Di Raub... adalah perkara biasa apabila calon UPSR di sesebuah sekolah tidak sampai pun 10 orang!

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Haji Hamdan (Pegawai Bah. Peperiksaan dari PPD Raub) ... telah menerangkan tentang tugas-tugas SUP, instrumen2 untuk pemantauan dan berkenaan BOCADA (Borang Cadangan Pengawas Peperiksaan)

Antara isi penting tentang BOCADA:

  1. Ketua Pengawas harus dikekalkan seperti tahun lepas.
  2. 1 orang pengawas untuk 25 orang pelajar - tetapi disebabkan pelajar terdiri dari murid lelaki dan murid perempuan, maka 2 orang guru diperlukan.
  3. Pengawas yang dilantik haruslah berjawatan hakiki.

Dah ada guideline ... tak sabar rasanya nak mula buat fail ( hehehe)


Taklimat daripada Tn. Haji Mohamad Nazir b Othman pula berkaitan dengan pendaftran UPSR secara online:

http://apps2.moe.gov.my/daftarupsr/

* Nama login : SUP(kod sekolah)
* Kata Laluan: 123456 ( default)


Tn. Haji M. Nazir mengingatkan para SUP bahawa tarikh tutup pendaftaran UPSR adalah pada:

 28 Februari 2013

Setelah 12 tengah malam hari tersebut, maka sistem pendaftaran ditutup. Tarikh penghantaran borang-borang pendaftaran yang telah disahkan oleh guru besar, telah dipersetujui bersama untuk dihantar pada

4 Mac 2013

di PPD masing-masing. Kecuali borang Calon Orang Asli dihantar pada 15 Mac 2013


Berkenaan borang tuntutan perjalanan, terdapat juga perubahan berbanding tahun sebelumnya iaitu:

  1. Tidak dibenarkan untuk memadamkan maklumat di borang tuntutan dengan liquid paper, sebaliknya kesalahan yang dibuat perlu dibetulkan menggunakan borang yang diberi dalam CD dan di print semula.
  2. Menggunakan bank yang sama dimana gaji diterima.
  3. Antara bahan yang perlu disertakan bersama-sama borang tuntutan adalah:

  • Salinan buku bank ( tapi kalau guna Maybank tak adalah pulak kan?..)
  • Slip gaji terkini
  • Surat Panggilan Taklimat
(Kad Pengenalan tidak pulak dimaklum untuk disertakan... tetapi untuk selamat.. lebih baik disertakan )



Friday, 8 February 2013

Belajar dari murid...

Salam bertemu kembali....

Sebenarnya... dalam dunia pendidikan yang tanpa sempadan.... bukan sahaja murid yang belajar dari guru... tetapi, seorang guru juga belajar daripada muridnya...

Mengajar tahun 1 dan 2  memberi banyak cabaran kepada saya.Murid saya tahun ini terdiri daripada murid tahun 1dan 2. Sebenarnya secara tidak langsung sayalah yang terpaksa belajar dari mereka. Mereka diibaratkan sebagai anak sulung saya... kerana pengalaman saya sifar dalam mendidik murid tahap 1.

Perbezaan yang sangat ketara apabila mengajar tahap 1 dan 2 adalah:

* Bagi murid tahap 1 - saya harus membina pengetahuan ( build knowledge) mereka kerana mereka tidak mempunyai pengalaman lepas - ( previous experience). Itu yang susahnya.Harus bermula dari sifar...

* Bagi murid tahap 2 - yang mudahnya adalah kerana mereka sudah mempunyai pengalaman lepas. Jadi, tak kisahlah samaada mereka sudah menguasai ataupun tidak topik yang diajar sebelumnya... pengalaman lepas memudahkan pembelajaran mereka seterusnya.

Contoh yang paling mudah adalah dalam tajuk pecahan. Bagi murid tahap 2, bila di sebut pecahan, mereka sudah dapat gambaran apa dan bagaimana pecahan tersebut. Berbeza bagi murid tahap 1 - kita terpaksa menerangkan kepada mereka apa itu pecahan. Dan yang lebih sukarnya bagi seorang guru adalah - menerangkannya dalam BAHASA YANG PALING MUDAH!!!....

Selain itu... seperkara lagi yang saya belajar dari murid tahap 1 adalah saya harus menjadi seorang yang lebih particular... menjadi seorang yang lebih teliti. Selama ini (in person) saya bukanlah seorang yang cerewet. Perkara-perkara titiek bengek atau perkara yang remeh-temeh jarang saya beri perhatian. Berbeza dengan mengajar tahap 1 - Perkara-perkara remeh inilah yang HARUS diberi perhatian. Contohnya - cara memegang pensil dengan betul... menulis nombor dengan betul - bagaimana menulis nombor 0,1,2 ... 9, membuat garisan lurus menggunakan pembaris dengan betul dan sebagainya.

Sebenarnya, kesan dari pendidikan awal ini tidak dapat dilihat semasa di sekolah rendah... tetapi kesannya jelas dapat dilihat selepas murid meninggalkan sekolah rendah dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jika sejak awal lagi guru telah menerapkan kekemasan dalam kerja mereka... kekemasan itu akan dibawa sepanjang hidup mereka. Tetapi sebaliknya jika kesalahan mereka tidak dibetulkan di peringkat sekolah rendah, maka kesalahan tersebut akan dibawa sepanjang hidup mereka dan menjadi satu tabiat yang tidak dapat diubah lagi.

Bagi guru-guru sekolah menengah... mereka menerima murid-murid yang sudah mempunyai pengalaman lepas sebagai seorang murid. Jadi, pengatahuan yang sepatutnya dikuasai oleh murid tersebut di sekolah rendah tidak lagi di ajar di sekolah menengah... ( rasa saya tidak ada sekolah menengah di Malaysia ini mengajar pelajarnya bagaimana memegang pensil dengan betul... :) ).

Dalam mendidik murid melakukan sesuatu dengan betul dan kemas, seorang guru itu sebenarnnya memuhasabahkan dirinya sendiri. Secara sedar atau tidak,... dia juga seharusnya menjadi seorang yang kemas dan melakukan sesuatu dengan betul sebelum mengajar orang lain melakukannya.

Kesimpulannya ilmu Allah itu luas... kita boleh menimba ilmu daripada sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan. Jadi, jangan pandang siapa yang berkata-kata... tetapi apa yang diperkatakannya.

Teringat pula satu kisat Imam As-Syafie ketika muda...

Kalau tak salah..begini ceritanya...

Suatu hari Imam As-Syafie yang ketika itu masih muda memohon daripada ibunya untuk keluar menimba ilmu. Dibawa bersamanya kitab-kitab. Jadi, dia telah menumpang dengan satu kabilah yang sedang dalam perjalanan untuk berdagang. Dalam perjalanan, mereka telah dirompak. Ketika dirompak, Imam As-Syafie merayu kepada ketua perompak supaya tidak merampas kitab-kitabnya... Kata ketua perompak itu... tak berguna ilmu yang hanya tersimpan di dalam kitab ( maaf kalau tersalah). Jadi, sejak hari itu Imam As-Syafie telah menyimpan kitab-kitabnya di tempat yang mustahil orang dapat mencurinya - di ingatannya. :)

Semoga saya menjadi seorang yang lebih teliti dan sabar dalam menangani modal insan negara.








Sunday, 3 February 2013

Bodoh!!!

Salam bertemu kembali....

Pernahkah anda mendengar seseorang mengeluarkan perkataan di atas??? atau anda sendiri pernah mengeluarkan perkataan tersebut kepada seseorang???

BODOH! satu perkataan yang sebenarnya tidak pernah wujud dalam kehidupan saya sebagai seorang guru. Kelakarnya, jika saya terdengar ada murid-murid saya memanggil kawannya dengan gelaran tersebut atau orang dewasa yang mengeluarkan perkataan tersebut.....bunyinya agak asing di telinga saya ni...

Memang satu pantang besar bagi saya seorang murid mengatakan kawannya itu bodoh ( Cikgu pun tak pernah panggil kawannya itu bodoh...dia pulak pandai-pandai panggil kawannya begitu).. memang nak kena tazkirah lah maknanya tu....

Seringkali saya mengatakan bahawa mereka Tidak PANDAI Lagi atau Tidak TAHU Lagi ... ( dan bukannya BODOH)... dengan itu... menjadi satu doa.. semoga suatu hari nanti mereka akan PANDAI dan mereka akan TAHU tentang perkara-perkara yang selama ini tidak mereka tahu.

Dengan menggunakan perkataan BODOH  sebagai seorang guru... kita mematikan minat budak-budak untuk terus belajar. Kita dah tanamkan dalam fikirannya bahawa dia seorang yang BODOH.... Jadi, bila dia percaya bahawa dia BODOH.... maka sudah tentulah akal fikirannya akan memproses bahawa dia BODOH... dan jadilah dia seorang yang BODOH. Oleh itu perkataan BODOH merupakan satu perkataan yang saya HARAMKAN untuk saya sebut kepada anak murid saya.

Sebenarnya, bila seorang guru mengatakan muridnya BODOH.... secara tidak langsung dia juga sebenarnya mengatakan dirinya itu BODOH.... itulah realitinya.... tugas guru adalah mengajar dari yang tidak tahu hingga tahu... jadi, jika dah tahu.. buat apa nak bagi tahu lagi...bukan???


Pengalaman saya sebagai seorang murid sekolah rendah di suatu ketika.... tidak terkecuali dari situasi ini... bezanya...guru saya itu seorang guru perempuan.... seorang mualaf.. mengajar Bahasa Inggeris.. jadi... perkataan yang selalu dikeluarkannya.. STUPID...STUPID....STUPID...( bagi seorang murid tahun 2... perkara ini agak janggal...mungkin sebab disebut dalam Bahasa Inggeris).. dan ya... selepas berpuluh tahun.... nama... rupanya ( walaupun dah samar-samar) dan perlakuannya dalam kelas..( sehinggakan kami menggelarnya Cikgu S**** Singa) masih terpahat dalam ingatan saya.

Dan seingat saya... tindakan guru tersebut sebenarnnya tidak pernah menaikkan markah saya dan rakan-rakan saya bagi setiap ujian... Berbeza sekali semasa berada di tahun 6... Mrs Ong kalau tak salah... tak perlu garang-garang...tak perlu marah-marah.... seronok kami belajar dengannya... :).. dan keputusan Bahasa Inggeris memang meningkat...( untuk seorang yang berada di kelas terakhir daripada 5 kelas... mendapat B dalam UPSR agak membanggakan..hehehe)

Jadi, kesimpulannya.... elakkan menggunakan perkataan BODOH kepada sesiapa pun di sekeliling kita... Jika kita sendiri tidak suka dipanggil begitu....orang lain pun sudah tentu begitu juga... :)