Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semasa belajar di Maktab Perguruan dulu, salah satu kertas kajian saya adalah berkaitan dengan susun atur kelas. Adakah susun atur kelas mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku dan interaksi sosial antara murid-murid ?
Terdapat banyak susun atur yang sering digunakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Antara susun atur yang biasa kita temui adalah susun atur secara dua-dua, bertiga-tiga dan dalam bentuk kumpulan. Satu lagi bentuk susun atur yang dicadangkan dalam jurnal yang telah saya baca ( tak ingat pulak detail jurnal tu) adalah dalam bentuk curve atau bentuk ladam kuda.
Baru-baru ini seorang murid tahun 1 telah berpindah keluar. Jadi... Tinggal 6 orang murid sahajamurid dalam kelas saya. Jadi, saya mencuba susun atur bentuk ladam kuda ni... Almaklumlah... Murid tak ramai. Alhamdulillah.... Setakat ni mereka suka susun atur ini.
Satu kelebihan susun atur ini adalah .... Semua murid berada di hadapan guru, murid menghadap guru dan papan putih.
Kelemahan susun atur begini adalah ia hanya sesuai diaplikasikan untuk bilangan murid yang sedikit... seperti murid-murid saya ini.
Kelebihan lain adalah.. guru mudah "mencapai " setiap orang murid.
Untuk susun atur kelas... guru perlu memikirkan banyak faktor. Bagi saya.. setiap kali menyusun atur kedudukan anak-anak .. faktor-faktor yang sering difikirkan adalah:
1) Kebolehan murid-murid : Seringkali yang berada di kedudukan berhadapan dengan guru adalah murid yang kurang pandai berbanding murid lain. Bermakna yang memerlukan lebih tumpuan guru diletakkan di hadapan.
2) Keserasian dan Interaksi antara rakan-rakan: Seringkali, bagi kedudukan sebelah menyebelah adalah yang tidak serasi antara satu sama lain. Kalau terlampau serasi.. susah pulak... karang asyik berborak, main saja...
3) Faktor fizikal: Yang tinggi... yang besar... sudah tentu akan ditempatkan di kedudukan belakang... kerana jika berada di hadapan akan mengganggu mereka yang berbadan lebih kecil dan rendah.
4) Satu faktor yang saya perhatikan sering diabaikan oleh guru kelas dalam menetapkan kedudukan murid-murid adalah sudut pandangan murid-murid. Apa yang saya maksudkan di sini adalah... apabila seseorang murid diletakkan di kedudukan tepi kelas, dengan pencahayaan dalam kelas... menyebabkan papan putih atau papan hitam akan kelihatan silau. Di sebabkan keadaan silau ini murid tidak nampak sebenarnya apa yang ditulis oleh guru di sebahagian lagi papan hitam.
Sebenarnya, saya kurang setuju bila murid diletakkan di bahagian tepi... hampir dengan dinding kelas. Situasi mungkin berbeza bagi kelas yang dihuni oleh 40 orang murid. Nak buat macamanakan.. dah tak muat...;)
Jadi, seringkali.. untuk menyelesaikan masalah ini... guru itu sendiri mesti duduk di kedudukan murid tersebut dengan paras mata yang sama dengan murid. Baru kita tau samaada mereka nampak ataupun tidak apa yang kita tulis di papan hitam atau papan putih. Dan tanya mereka.. adakah mereka selesa di kedudukan tersebut.. dan bolehkan mereka nampak keseluruhan papan hitan di hadapan.
Peringatan untuk diri saya juga: Bila murid-murid itu lambat menulis.. bukan sebab dia tak tau... tetapi mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang mempengaruhi. Apa yang kita boleh buat?? kenalpasti faktor tersebut dan cari penyelesaiannya.
No comments:
Post a Comment