Monday, 28 March 2016

Buah pahit ditelan manis - Kejohanan Wajadiri Peringkat Kebangsaan Sekolah & IPT


Lautan Biru.... peserta dari seluruh negara...



Alhamdulillah....


Pertandingan Wajadiri Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah dan IPT yang telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Sabtu lepas ( 26 Mac 2016) telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Team Raub... walaupun tidak membawa pulang sebarang pingat... tetapi anda telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 6 tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi bertapak di bumi Raub, ini merupakan tahun kedua pasukan dari Raub menyertai pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta dari SMA Al-Ulum Addiniah @ SMA Dong, Raub.


Menerima cenderahati dari perasmi..


Walaupun pasukan dari Raub tidak membawa pulang apa-apa pingat, tetapi.. semangat berpasukan, semangat kesukanan dan setiakawan berjaya ditunjukkan dalam pertandingan ini. Tahniah!!

Satu peningkatan berbanding penyertaan tahun lepas adalah... jumlah peserta yang memakai uniform bertambah berbanding tahun lepas. Tahun lepas... hanya seorang peserta sahaja yang layak memakai uniform tetapi pada tahun ini... mereka yang layak memakai uniform adalah seramai 6 orang!!!.. Alhamdulillah... sebagai jurulatih mereka... saya memang berbangga dengan mereka.

Untuk makluman pembaca yang budiman... Dalam Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi... hanya ahli yang telah tamat sahaja yang dibenarkan memakai uniform persilatan.

Pada penyertaan kali ini,Team SMA Dong menghantar seramai 12 orang peserta. Antara kategori yang disertai adalah:

Dua orang jejaka pujaan malaya dari Raub....


Lelaki (2 peserta untuk kedua-dua kategori)
1. Sepasang Kaki (serangan dengan kaki)
2. Sepasang Tongkat ( serangan menggunakan tongkat)

Manakala bagi wanita pula, kategori yang disertai adalah:

1. Sepasang Kaki (  2 peserta)
2. Sepasang Tongkat (2 peserta)
3. Buah jatuh ( kategori buah jatuh disertai oleh penuntut yang masih belum tamat).(6 peserta)



Semasa pertandingan sedang dijalankan, terdapat satu kejadian yang sangat menyentuh hati saya.

Semasa pelajar SMA Dong sedang bertanding dalam kategori sepasang tongkat, rupa-rupanya salah seorang pelajar tersebut telah tercedera semasa dalam pertandingan. Saya yang memerhati dari luar gelanggang... tak perasan pun kejadian tersebut. Sebaik keluar sahaja dari gelanggang, pelajar tersebut terus pengsan. Kelam kabut juga masa tu... Rupa-rupanya... semasa bertanding... pasangan pelajar tersebut telah terpukul kepalanya dengan kayu dengan agak kuat. Bergegas kami ke hospital dengan bantuan JPAM. Inilah pengalaman pertama saya menaiki ambulans..

Alhamdulillah.. tiada kecederaan serius. Ditanya bagaimana kejadian berlaku... rupa-rupanya dia dah tercedera semasa buah ke-2. Dalam pertandingan, telah ditetapkan syarat bahawa peserta mesti menunjukkan 2 kaedah menangkis serangan tongkat yang telah ditetapkan dan 2 kaedah menangkis serangan tongkat kreatif.

Jadi, dalam keadaan yang kebingungan, pelajar tersebut meneruskan 2 lagi serangan untuk menamatkan persembahan. Dipaksa dirinya untuk menamatkan persembahan. Katanya.. dia kuatkan semangat.. tahan diri demi Kak Niza.... ( eerrr... memang terharu sangat bila dia cakap macam tu...)... keluar jer dari gelanggang.... terus pengsan... Nasib baik tiada apa-apa yang serius.

Kami....
Mungkin belum rezeki kami lagi untuk merangkul sebarang pingat. InsyaAllah... Team Raub... teruskan berjuang... insyaAllah.. mungkin pada masa-masa akan datang... kakak-kakak dan abang-abang dari UiTM Raub... akan dapat turut serta memeriahkan pertandingan ini.

Tahun hadapan... Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Wajadiri Peringkat Kebangsaan IPT dan Sekolah. InsyaAllah... Team Raub.... kita sediaaa.....!!!!

Secara personal.. saya lihat pertandingan kali ini banyak keistimewaannya. Apa tidaknya.... ramai anak-anak rakan-rakan senior masuk bertanding.... jadi, kebanyakan yang jadi juri pertandingan tahun lepas... angkat bendera putih.... kerana hendak memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Tahniah...

Tahniah juga diucapkan kepada SMK Sri Kukup, Johor yang merangkul Johan Keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan.


Selain itu, di waktu-waktu beginilah kami dapat berkumpul dan berjumpa dengan rakan-rakan seangkatan. Almaklumlah... sebelum ini masing-masing berada di segenap pelosok negara. Bila ada acara sebegini dapatlah kami berkumpul dan bersua kembali.... bertanyakan khabar berita.

Satu keistimewaan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi ini.. boleh dikatakan.. ramai yang satu keluarga terdiri daripada ahli silat cekak.... Yalah.. dah mak dengan ayahnya ahli silat... memang wajib lah anak pun ahli juga.... kan..

Banyak keistimewaan belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH).... antaranya... mendidik seseorang menjadi seorang yang bertanggungjawab, berani dan tidak ketinggalan menghormati kedua ibu bapa... sudah pastinya itu adalah antara sifat yang mahu diterapkan dalam diri setiap anak-anak ....

Menghormati kedua ibu bapa adalah antara perkara yang paling ditekankan kepada setiap ahli... lagipun itu adalah salah satu daripada pantang larang SCPH - Tidak boleh derhaka kepada kedua ibu bapa....

Ayuh pembaca budiman... jom sertai Silat Cekak Pusaka Hanafi... Pastikan yang Ori....






Sunday, 20 March 2016

Smart-Pasca 2016 - Satu pendedahan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Wah!!!.... lama betul tidak menulis... dah masuk bulan ke-3.. tapi ini baru coretan ke-2 untuk tahun ini.... entah apa yang sibuk sangat tu.. hihihi.

Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar... semester ini... saya dah tidak lagi menghadiri kelas.... maksud saya.. kelas yang wajib diambil dah habis... untuk semester ke-3 ni... saya perlu fokus kepada research... eerrkk.. research???? binatang apakah itu?????? ohh TIDAKKKK!!!!

Tapi... itulah yang dinamakan proses pembelajaran.... Tapi... disebabkan SELAMA INI .... saya tidak pernah didedahkan dengan dunia penyelidikan... dunia penulisan ilmiah dan sebagainya... tentulah tidak adil... tiba-tiba .... out of no where.... tiba-tiba... nak jadi penyelidik... errkk...

Alhamdulillah.... cuti sekolah penggal pertama selama seminggu ... saya menghadiri kursus yang dikendalikan oleh IPS ( Institut Pengajian Siswazah) UPSI... sangat banyak yang dipelajari sepanjang minggu. ... mau ting-tong lah juga kepala ni.... mana tidaknya...kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan disambung semula 8.00 malam - 10.00 malam selama tiga malam berturut-turut.... perrgghhh..

Sebenarnya.. nih nak cerita tentang kursus tu lah...

Hari pertama dan kedua... adalah kelas bersama Dr. Nurul Fadly Habidin.... lagi.. hihihi (perkataan lagi merujuk kepada kursus intensive writing 10 minggu kendalian Dr. Fadly ini yang saya ikut semester ni..)

Dr. Nurul Fadly Habidin

Sesi Dr. Nurul Fadly adalah berkaitan dengan penulisan BAB 1 dan BAB 2 dalam penulisan tesis iaitu berkaitan dengan Objektif kajian, Permasalahan Kajian, Persoalan Kajian.. Bab 2... hari ke-2 tentang Literature Review... ataupun bagaimana menulis tentang kajian-kajian lepas... apa yang perlu ditulis dan apa yang tidak perlu ditulis.. bla..bla..bla... Bila Dr. Fadly nampak kita dia tanya.. " tak boring ke??? " sebab masa kursus intensif pun dia cerita benda yang sama... tak boring... sebabnya... yang sebelum-sebelum ini... macam kurang faham apa yang hendak disampaikan.... tetapi, apabila benda yang sama diulang-ulang... akhirnya fahamlah jugak.. walaupun sedikit...

Hari ke-3, yang paaaling sakit kepala.... belajar SPSS dari Dr. Nor Azrin.... laju sungguh... banyak yang hendak diajar dalam masa yang terhad.... sudahnya... sakit kepala...

Belajar SPSS dengan Dr. Nor Azrin

Hari ke-4... ok sikit... belajar sesuatu yang tak berapa nak teknikal mcam SPSS.... regression la... correlation la...

Hari ke-4... belajar tentang Mendeley dan MS Word..... Mendeley pernah cuba... try... test dah... Word??? mesti korang ketawa kan... belajar MS Word??? tapi sebenarnya... banyak fungsi di Word yang kita explore lagi...  pernah baca dalam buku Dr. OT.... ramai orang guna MS Word sebagai mesin taip elektronik jer... Yang bestnya... Dr. Sharul Effendy menunjukkan cara bagaimana menulis tesis dalam satu fail... bukan separate fail ikut chapter yang macam kita selalu buat tu....hihihi... masa ni ... terdetik dalam hati... " wah... lepas ni bolehlah tulis novel pulak"... hihihi...

Satu kelebihan bila kita menulis dalam satu fail adalah mudah bagi kita untuk buat citation dan references... jadi, tak adalah macam kita buat assignment dulu... dah siap writing... 2 hari buat references... sebab ikut APA format.... mau demamlah jugak.... mujur dengan Mendeley dan Word ... perkara ini menjadi lebih mudah.

Dr. Sharul Effendy Janudin... Penulis blog APM ( Aku Penyelidik Muda )
 Selama tiga malam berturut-turut... bengkel penggunaan perpustakaan telah diadakan oleh En. Afzanizam - library officer ... ini lah kali pertama saya menghadiri kursus penggunaan perpustakaan secara rasmi... memang sangat-sangat membantu saya dalam pencarian bahan seperti tesis dan sudah pastinya mencari jurnal yang dilanggan oleh Perpustakaan Tengku Bainun (Pustaka UPSI) ataupun bagaimana mendapatkan bahan yang tidak terdapat di Pustaka UPSI.

Bersama Kak Ros.... yang sangat bersemangat .... malulah orang yang lebih muda...
3 malam di libarary....
Hari terakhir... Hari Jumaat adalah sesi bersama Dr. Balamuralithara.... berkaitan dengan penulisan jurnal.... ini pun satu sesi yang menarik .... barulah tau rupanya jurnal berwasit.... berada dalam kategori terbawah....Kategori yang pertama adalah ISI.... dimana Dr. Bala memang menggalakkan kami menghasilkan jurnal yang boleh diterbitkan oleh ISI jurnal.... kategori kedua adalalah Scopus, diikuti dengan ERA... iaitu Jurnal terbitan dari Australia dan akhir sekali..... jurnal berwasit... Hasil penulisan Dr. Bala banyak diterbitkan dalam ISI journal.... bulan Jun kursus penulisan jurnal oleh Dr. Bala akan diadakan.... InsyaAllah... kalau tak ada aral melintang... bolehlah join...

Sesuatu yang menarik... bolehlah dirumuskan bahawa semua speaker menekankan satu perkara yang sama iaitu bahan rujukan yang berkualiti. Ini bermakna... untuk menghasilkan tesis atau jurnal yang berkualiti, bahan rujukan dan bahan bacaan kita juga mestilah berkualiti.

Ini mengingatkan saya kepada beberapa perkara dalam kehidupan harian kita.... back to basic.... pasti anda pernah terdengar proverbs ke mutiara kata:

1. You are what you eat ataupun
2. You are what you read...

Dan seperkara... personaliti seseorang dapat diteka.... what kind of person are you bila kita tengok jenis buku yang ada di rak buku di rumahnya.... so ladies.... be careful...hihihi

Bila kita mengikuti sesuatu kursus atau bengkel.... sebenarnya... bukan hanya ilmu yang disampaikan oleh speaker atau fasilitator sahaja kita dapat... secara sedar atau tidak sedar.... banyak perkara lain yang kita perolehi.... antaranya... pergaulan dan pandangan kita lebih luas...pergaulan dengan teman-teman dari fakulti dan jurusan yang berbeza...pelajar tempatan dan antarabangsa..... komunikasi kita dengan orang lain bertambah baik serta kita akan berjumpa dengan mereka yang boleh memberi motivasi dan pengaruh positif terhadap kita....

So.... kita akan akan menjadi insan yang lebih baik setiap hari... harapannya...

Moga kita berjumpa lagi... dan semoga catitan ini memberi motivasi dan manafaat kepada anda....

Assalamualaikum w.b.h..