Lautan Biru.... peserta dari seluruh negara... |
Alhamdulillah....
Pertandingan Wajadiri Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah dan IPT yang telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Sabtu lepas ( 26 Mac 2016) telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Team Raub... walaupun tidak membawa pulang sebarang pingat... tetapi anda telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya.
Alhamdulillah, setelah lebih kurang 6 tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi bertapak di bumi Raub, ini merupakan tahun kedua pasukan dari Raub menyertai pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta dari SMA Al-Ulum Addiniah @ SMA Dong, Raub.
Menerima cenderahati dari perasmi.. |
Walaupun pasukan dari Raub tidak membawa pulang apa-apa pingat, tetapi.. semangat berpasukan, semangat kesukanan dan setiakawan berjaya ditunjukkan dalam pertandingan ini. Tahniah!!
Satu peningkatan berbanding penyertaan tahun lepas adalah... jumlah peserta yang memakai uniform bertambah berbanding tahun lepas. Tahun lepas... hanya seorang peserta sahaja yang layak memakai uniform tetapi pada tahun ini... mereka yang layak memakai uniform adalah seramai 6 orang!!!.. Alhamdulillah... sebagai jurulatih mereka... saya memang berbangga dengan mereka.
Untuk makluman pembaca yang budiman... Dalam Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi... hanya ahli yang telah tamat sahaja yang dibenarkan memakai uniform persilatan.
Pada penyertaan kali ini,Team SMA Dong menghantar seramai 12 orang peserta. Antara kategori yang disertai adalah:
Dua orang jejaka pujaan malaya dari Raub.... |
Lelaki (2 peserta untuk kedua-dua kategori)
1. Sepasang Kaki (serangan dengan kaki)
2. Sepasang Tongkat ( serangan menggunakan tongkat)
Manakala bagi wanita pula, kategori yang disertai adalah:
1. Sepasang Kaki ( 2 peserta)
2. Sepasang Tongkat (2 peserta)
3. Buah jatuh ( kategori buah jatuh disertai oleh penuntut yang masih belum tamat).(6 peserta)
Semasa pertandingan sedang dijalankan, terdapat satu kejadian yang sangat menyentuh hati saya.
Semasa pelajar SMA Dong sedang bertanding dalam kategori sepasang tongkat, rupa-rupanya salah seorang pelajar tersebut telah tercedera semasa dalam pertandingan. Saya yang memerhati dari luar gelanggang... tak perasan pun kejadian tersebut. Sebaik keluar sahaja dari gelanggang, pelajar tersebut terus pengsan. Kelam kabut juga masa tu... Rupa-rupanya... semasa bertanding... pasangan pelajar tersebut telah terpukul kepalanya dengan kayu dengan agak kuat. Bergegas kami ke hospital dengan bantuan JPAM. Inilah pengalaman pertama saya menaiki ambulans..
Alhamdulillah.. tiada kecederaan serius. Ditanya bagaimana kejadian berlaku... rupa-rupanya dia dah tercedera semasa buah ke-2. Dalam pertandingan, telah ditetapkan syarat bahawa peserta mesti menunjukkan 2 kaedah menangkis serangan tongkat yang telah ditetapkan dan 2 kaedah menangkis serangan tongkat kreatif.
Jadi, dalam keadaan yang kebingungan, pelajar tersebut meneruskan 2 lagi serangan untuk menamatkan persembahan. Dipaksa dirinya untuk menamatkan persembahan. Katanya.. dia kuatkan semangat.. tahan diri demi Kak Niza.... ( eerrr... memang terharu sangat bila dia cakap macam tu...)... keluar jer dari gelanggang.... terus pengsan... Nasib baik tiada apa-apa yang serius.
Kami.... |
Tahun hadapan... Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Wajadiri Peringkat Kebangsaan IPT dan Sekolah. InsyaAllah... Team Raub.... kita sediaaa.....!!!!
Secara personal.. saya lihat pertandingan kali ini banyak keistimewaannya. Apa tidaknya.... ramai anak-anak rakan-rakan senior masuk bertanding.... jadi, kebanyakan yang jadi juri pertandingan tahun lepas... angkat bendera putih.... kerana hendak memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Tahniah...
Tahniah juga diucapkan kepada SMK Sri Kukup, Johor yang merangkul Johan Keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan.
Selain itu, di waktu-waktu beginilah kami dapat berkumpul dan berjumpa dengan rakan-rakan seangkatan. Almaklumlah... sebelum ini masing-masing berada di segenap pelosok negara. Bila ada acara sebegini dapatlah kami berkumpul dan bersua kembali.... bertanyakan khabar berita.
Satu keistimewaan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi ini.. boleh dikatakan.. ramai yang satu keluarga terdiri daripada ahli silat cekak.... Yalah.. dah mak dengan ayahnya ahli silat... memang wajib lah anak pun ahli juga.... kan..
Banyak keistimewaan belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH).... antaranya... mendidik seseorang menjadi seorang yang bertanggungjawab, berani dan tidak ketinggalan menghormati kedua ibu bapa... sudah pastinya itu adalah antara sifat yang mahu diterapkan dalam diri setiap anak-anak ....
Menghormati kedua ibu bapa adalah antara perkara yang paling ditekankan kepada setiap ahli... lagipun itu adalah salah satu daripada pantang larang SCPH - Tidak boleh derhaka kepada kedua ibu bapa....
Ayuh pembaca budiman... jom sertai Silat Cekak Pusaka Hanafi... Pastikan yang Ori....
No comments:
Post a Comment