Sunday, 10 May 2015

Aktiviti-aktiviti English Tahun 3.. perkongsian bersama Mr. Jeremy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Sejak saya bertukar ke sekolah baru, saya telah diamanahkan untuk mengajar Bahasa Inggeris Tahun 3. Mula-mula ni susah sikit... almaklumlah... tengah mencari rentak...


Search.... rupa-rupanya kemahiran bahasa dan matematik berada di bahagian otak yang sama..... eemmm... tak susah lah kot...hihihi... insyaallah...

Baru-baru ni  jumpa Mr. Jeramy Lovelady...(huhuhu... siap ingat nama penuh lagi..) Native Speake... sebelum ni pernah dah jumpa dia di SK Kundang Patah... jadi, tak lah kekok sangat bila jumpa dan berbual dengan dia... dia tanyalah.. macamana??? maksud dia ...kelas BI yang saya ajarlah... bagi tau dia masalahnya...ialah saya tak der idea nak menjadikan aktiviti dalam kelas menarik...

Jadi.... dia kongsikan dengan saya 5 aktiviti yang boleh saya jalankan dalam kelas.

Induction set: Sing a song related to the topic.

Contoh:
Salim has a pet. It is a cat. Every day he plays with his cat.
Ah Tim has a pet. It is a fish. It is in a bowl.

Activity:

Game 1: RUNNING DICTATION


1) Guru menampal aritkel di sekeliling kelas.
2) Murid berada dalam kumpulan masing-masing.
3) Setiap orang dalam kumpulan akan bergilir-gilir pergi ke artikel yang telah ditampal -
           i. ingat satu ayat.. atau perkataan
          ii. kembali ke kumpulan  
         iii. Maklumkan ke pencatat
         iv. Pencatat akan mencatat apa yang diberitahu.

4) Setelah masa tamat... guru akan memeriksa jawapan murid.


GAME 2: READ-ACT-OUT

Lupa pulak macamana.. rasanya macam biasa... baca petikan dan act out.. beramai-ramai.


GAME 3: BINGGO
Contoh cerita.

Guru mengedarkan lembaran ini untuk murid isi.

Guru menyebut perkataan dan murid memasukkan dalam kotak yang mereka pilih.

Permainan bermula. Guru menyebut perkataan dan murid menanda.

Murid yang dapat satu garisan lurus... menyebut BINGGO dan diumumkan sebagai pemenang.

GAME 4: MINI ROLE PLAY.

1) Guru menyediakan dialog ringkas.
2) Murid bekerja secara berpasangan.
3) Murid bergilir-gilir main peranan.

Contoh:

Salim       : Hi! Ah Tim. Do you have a pet?
Ah Tim    : Yes. It is a gold fish.

Ah Tim    : Do you have a pet?
Salim       : Yes. It is a white big cat.

GAME 5: CIRCLE ALL DOWN.

1) Guru mengedarkan lembaran seperti di bawah kepada setiap murid.



2) Murid bekerja secara berpasangan.
      i) Mula-mula seorang murid akan membuat aksi, atau bunyi yang menggambarkan perkataan tersebut.
      ii) Setelah dikenalpasti, murid yang satu lagi akan membulatkan perkataan yang berkenaan.
     iii) Proses yang sama diulang kepada murid yang satu lagi.

3) Setelah selesai, mereka akan memeriksa jawapan masing-masing.

Semasa berbincang dengan Mr. J... katanya aktiviti2 di atas dilakukan oleh seorang guru.. tak tanya pulak dia guru kat mana... kat negara dia ker kat Malaysia. Katanya.. guru tersebut berjaya menarik minat murid-muridnya... Setiap hari ... dia akan ulang aktiviti yang sama. Cuma bila murid dah menguasai... dia akan tukarkan content nya sahaja.

Seperkara lagi... saya mati-mati ingat... 5 aktiviti di atas adalah untuk 5 hari. Tetapi... rupanya tidak. 5 aktiviti tersebut dilakukan dalam satu lesson. Menurutnya lagi... berdasarkan masa yang saya ada..iaitu 1 jam untuk setiap sesi pengajaran.... saya sepatutnya melaksanakan 3-4 aktiviti!!!.... wow... mujur tanya..kalo tak... satu hari..  satu aktivitilah jawabnya.

Terkejut juga saya bila di cakap macam tu.. rupanya... reasonnya untuk kepelbagaian aktiviti ini adalah untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai.



Insyaalah... akan melaksanakan aktiviti2 ini untuk pdp minggu depan.



No comments:

Post a Comment