Sunday, 24 May 2015

Sistem APA - Penulisan Nama Pengarang

Cara menulis Bibliografi
Oleh: Hassan Mohd Ghazali (http://senivisual2.blogspot.com/)

Sistem APA

Sistem dokumentasi APA ‘AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION’(APA) merupakan system yang boleh diaplikasikan dalam bidang seni visual sebagai menulisan kajian dan ilmiah. Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan (bibliography) maklumat sumber bahan yang digunakan di dalam sesuatu tugasan.

Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah bibliografi adalah:
• Pengarang
• Tahun penerbitan
• Judul
• Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
• Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)

Apa yang perlu didokumentasikan?

Dokumentasi merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan sistematik dimana ianya bertujuan memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengenalpasti sumber maklumat dan merujuk semula sumber bahan yang asal. Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat:

• Petikan secara langsung (direct quotations)
• Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)
• Idea atau maklumat yang dirujuk ( statistik, graf, dll)

Format Bibliografi atau Rujukan menggunakan sistem APA. Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti berikut:

a) Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.

b) Pangkat atau gelaran bagi setiap pengarang perlu diletakkan selepas nama pengarang ataupun diabaikan.

c) Entri juga hendaklah disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya.

d) Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua di “kedalamkan” (indent) lima jalur.

e) Penulis dikehendaki mengunakan satu sistem sahaja secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya.

Penulisan Nama Pengarang

• Pengarang Barat – ringkaskan kepada nama keluarga sahaja dan nama selainnya hendaklah digunakan parap (initial).
a) John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy .Parap hendaklah ditulis selepas nama keluarga dan didahului dengan tanda ( , ).
a) J.F. Kennedy ditulis sebagai Kennedy, J.F.

• Pengarang Arab
a) Sulayman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani,
b) Sulayman ibn Ahmad
c) Sharifah Alwiah Alsagoff ditulis sebagai Alsagoff, Sharifah Alwiah
d) Sheikh Abdul Rauf ditulis sebagai Abdul Rauf, Sheikh

• Pengarang Melayu
a) Iberahim Hassan ditulis sebagai Iberahim Hassan
b) Ramli bin Abdullah ditulis sebagai Ramli bin Abdullah
c) Nik Safiah Abdul Karim ditulis sebagai Nik Safiah Abdul Karim
d) Dato’ Nordin Hassan ditulis sebagai Nordin Hassan, Dato’ atau Nordin Hassan
e) Syed Ahmad Jamal ditulis sebagai Syed Ahmad Jamal

• Pengarang Cina
a) Tuck Cheong Tang ditulis sebagai Tuck, Cheong Tang
b) Walter Woon Cheong Ming ditulis sebagai Woon, Walter C.M.

• Pengarang India
a) Krishan Kumar ditulis sebagai Krishan Kumar
b) V. Thilagavathi Gunalan ditulis sebagai Gunalan, V. Thilagavathi
c) Jagjit Singh Siddu ditulis sebagai Siddhu, Jagjit Singh

Nama yang menggunakan parap, maka parap perlu diletakkan selepas nama.
a) Zakri A.H ditulis sebagai Zakri, A.H.
b) H.M. Dahlan ditulis sebagai Dahlan, H.M.
c) S.K. Cheong ditulis sebagai Cheong, S.K.
d) R. Paul Singh ditulis sebagai Singh, R. Paul

• Penulisan bagi nama korporat.
a) Kementerian Pelajaran Malaysia ditulis sebagai Malaysia, Kementerian Pelajaran
b) American Psychological Association ditulis sebagai American Psychological Association
c) Angkatan Pelukis Semalaysia ditulis sebagai Angkatan Pelukis Semalaysia

No comments:

Post a Comment