Monday, 29 August 2016

Surat Cikgu Roha kepada anak-anak murid : Jangan gadaikan nilai diri anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada anak-anak murid yang bakal menduduki UPSR dalam tempoh kurang lebih 1 minggu lagi. Alhamdulillah.. semoga semua sudah bersedia untuk menghadapi "peperangan" pertama anda sebagai pelajar.

Baru-baru ini, Cikgu ada menerima watssapp yang ingin Cikgu kongsikan bersama anak-anak murid sekalian.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Some Schools in Kolkata India sent this letter to the parents few months before board exams...

Dear Parents,
The exams of children are to start soon. I know you are all really anxious for your child to do well.
But, please do remember, among the students, who will give the exams, is an artist, who doesn't need to understand Maths.

There's an entrepreneur, who doesn't care about History or English literature.
There's a musician, whose Chemistry marks won't matter.
There's a sportsperson, whose physical fitness is more important than Physics.

If your child does get top marks then great. But, if he or she doesn't please don't take away their self- confidence / dignity from them.

Tell them it's ok, it's just an exam. They are cut out for much bigger things in life.
Tell them, no matter what they score, you love them and will not judge them.

Please do this and if you do, watch your children conquer the world. One exam or a 90 percent marks won't take away their dreams and talent.

And please do not think that doctors and engineers are the only happy people in the world.

With Warm Regards,
The Principal

 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Apa yang hendak Cikgu nyatakan di sini adalah.. Allah menjadikan setiap manusia berbeza. Setiap orang dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing. Tidak semua orang dilahirkan untuk mendapat A dalam setiap matapelajaran di sekolah.

Dalam istilah bahasa inggerisnya.. ada orang dilahirkankan sebagai Book Smart dan ada orang dilahirkan sebagai Street Smart.. ( dulu ada rancangan realiti Book Smart Vs Street Smart - one of my favorite reality tv). Book Smart adalah orang yang memang dilahirkan  untuk cemerlang dalam bidang pendidikan.... datanglah 10 subjek ker... 20 subjek ker... memang boleh score straight As... Contohnya.. Nik Madihah yang menggemparkan negara mendapat 20A dalam SPM pada tahun 2009.

Nik Madihah - Gambar dari Internet

Nik Madihah bukan dari keluarga orang berada - Gambar dari internet


Street Smart pula dalah mereka yang tercicir dalam pendidikan.. tetapi mampu menjadi orang yang berjaya.... contohnya... Bill Gates, Anitabhachan, Arnold Susahnakeja.. (hihihi), Oprah Winfrey dan ramai lagi... orang Malaysia??? for ever.... Cikgu sangat mengagumi Zulkifli Haron .... siapa mereka... oohh.. google saja nama mereka.....

Zulkifli Haron @ digelar juga McGyver Malaysia
 Sumber: Internet


Oh.. melalut pulak mukhadimahnya...

Terus-terang Cikgu katakan.. semakin dekat dengan hari peperiksaan... para guru yang makin berdebar-debar...

Pelik bin Ajaib sebenarnya bila Cikgu fikir-fikirkan sistem pendidikan kita sekarang ini. Maaf kalau Cikgu katakan.... anda semua adalah tikus putih pertama yang keluaran KSSR. Berjaya ataupun tidak.. andalah penentunya..

Berdasarkan objektif KSSR.. Cikgu sangat-sangat bersetuju di mana murid dinilai secara holistik.. bukan sahaja berdasarkan akademik tetapi secara keseluruhan. Bermakna.. penilaian adalah berdasarkan kepada akademik, sahsiah diri, komunikasi, kematangan dalam menyelesaikan masalah dan sebagainya. Itulah sebabnya... dihari keputusan UPSR diumumkan, anda akan menerima 3 lagi sijil selain keputusan UPSR iaitu Pentaksiran Sekolah (PS),  Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan akhir sekali Psikometrik (PPsi)

Tapi... sayang... seribu kali sayang... itu semua mainan tidur semata-mata. Kononnya... murid dinilai secara holistik/keseluruhan... tetapi... di peringkat JPN.... apa yang dilihatnya???? Pastilah daerah mana yang mendapat Gred Purata paling tinggi... ( 1 adalah terbaik dan 5 adalah terburuk).... dan di peringkat PPD... yang dilihat adalah Gred Purata Sekolah.... Benda apa tu Gred Purata nih???? Gred purata nih.... berapa banyak awak dapat A lah.... A membawa nilai 1, B=2, C=3, D=4, dan E=5. Jadi... kalau satu subjek itu mendapat Gred Purata adalah 5, maksudnya semua murid yang ambik matapelajaran tersebut gagal.

Lagi... nak tau apa bukti bahawa akademik tetap menjadi penilai no 1 berbanding 3 elemen lain??? Pernah dengar tentang " New Deal" ataupun... apa ya.. kalau tak salah dalam BMnya.. "Tawaran Baru"... yang akan diberikan kepada sekolah yang menunjukkan kecemerlangan akademik. Kiranya, sekolah yang dapat "New Deal" ni... cikgu-cikgunya akan mendapat imbuhan berupa wang sebanyak RM900 dan Pengetua atau Guru Besar mendapat RM7500. Kalau 3 kali berturut-turut dapat "New Deal"... Pengetua/Guru Besar dapat melancong ke luar negara dengan percuma....Uuuhh... banyak kan.... sekali lagi apa yang ditengoknya??? Pencapaian akademik ya...

Sayang sekali.. di sekolah Cikgu.. inilah yang terjadi... para guru ikhlas melaksanakan tugas masing-masing... tetapi... Tekanan dan "ugutan-ugutan" dari pihak PPD yang hendakkan sejuta "A" (agaknya) dari sekolah menyebabkan guru-guru tertekan. Situasi yang sama rasanya bagi setiap negeri... JPN menekan PPD... PPD memberi tekanan kepada GB.... GB kepada para guru dan para guru kepada murid-murid. Kesian anak-anak murid Cikgu....

Atas desakan-desakan dan tekanan-tekanan inlah.. tidak mustahil.. para guru akan menggadaikan maruah dan harga diri mereka untuk mencapai KPI sekolah/PPD. Yalah.. nak jaga nama sekolah kluster.... sekolah yang dapat "New Deal"... sekolah apa lagi...eemm.... Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).... kalo tak... jatuhlah maruah sekolah kalau dapat GPS 4.00 kan.... paling busuk pun... patut dapat 1.9...

Ingat lagi.. peristiwa-peristiwa tahun-tahun lepas??? kertas soalan bocor.... sehingga calon terpaksa menduduki kertas matematik dan sains 2 kali?? ingat cerita ada pentadbir yang sembunyikan calon... menyembunyikan dalam setor... memberi sogokankan wang supaya tidak hadir di hari peperiksaan dan sebagainya???? Dalam situasi ini.. Cikgu tidak menyalahlah para guru dan pentadbir sekolah.... jelaslah disini..  mereka menerima tekanan yang hebat dari pihak atasan yang mementingkan "A" dalam laporan mereka untuk tahun berkenaan tanpa mereka menyedari ataupun sengaja buat-buat tak tau.. bahawa nilai "A" untuk tahun berkenaan... merosakkan seluruh kehidupan murid tersebut selamanya. Mungkin mereka tidak sedar... mereka telah letakkan setitk noda hitam di kain yang putih dan suci.

 Mungkin ada yang akan bertanya.... "La cikgu... nak buat macamana???? Cikgu A/B/C suruh saya tiru jer si D/E/F masa periksa.... dia pandai..."

Si D/E/F pulak menyampuk.... " Yalah Cikgu... saya nak tolong kawan saya ni lulus periksa!!"

Tolong ya... anak-anak murid Cikgu yang dikasihi sekalian.... nak tolong kawan.. bukan dengan cara macam tu ya....Ibaratnya... kawan anda berjalan di satu jalan yang ada lopak air di tengahnya.... kawan anda cakap... "alah.. cetek je air ni.. nak redah lah..... " kemudian... anda tolak dia dalam lopak air itu... dan rupa-rupanya lopak air tu sangat dalam..... adakah itu caranya menolong kawan??? Cikgu rasa tidak... Cara sebaiknya adalah nasihati dia supaya jangan redah air di lopak itu sebab kita tak tau sedalam manakah lopak tersebut... ataupun.. tarik dia..ikut laluan lain yang lebih selamat.

 Sekali lagi Cikgu tegaskan di sini... nilai D yang anda perolehi dengan hasil keringat dan titik peluh anda  adalah lebih berharga daripada nilai A yang anda dapat dengan cara menipu... tak kiralah anda dapat jawapan dari kawan anda ataupun dari guru anda sendiri. Percayalah... nilai D yang anda perolehi sekarang akan menjadi A apabila anda dewasa kelak. Seandainya anda dipaksa untuk meniru... katakan bahawa Malaikat Atid di sebelah kiri tak akan pernah lupa untuk mencatat segala keburukan walaupun sebesar zarah.

Cikgu ada terbaca satu kata-kata yang menarik... " Seekor ikan akan selamanya dianggap bodoh sekiranya dia dinilai berdasarkan kebolehannya memanjat pokok". Ya.. ikan tidak mungkin mampu memanjat pokok seperti monyet tetapi... jika berenang di dalam  air.... siapa yang terbaik??? monyet atau ikan???


Sumber: Internet

Akhir sekali... jika anda rasa nak berputus asa... ingat kata-kata seorang motivator yang sangat terkenal ini... yang Cikgu sangat kagumi...

Sumber: Internet

Sumber: Internet
Malulah dengan Nick Vujicic yang dilahirkan tanpa tangan dan tanpa kaki.. tapi... dia sangat bersyukur dengan apa yang ada padanya. Dia menjadi inspirasi kepada berjuta-juta orang di selurh dunia. Jadi.. kita yang dikurniakan dengan anggota yang cukup sifat... jangan mudah berputus asa dan ingatlah... dunia hanya sementara... akhirat adalah matlamat kita semua...

Salam Sayang buat semua..


- Ikhlas dari: Cikgu Roha-



Tuesday, 19 July 2016

Salam Lebaran...2016

Assalamualaikum dan Salam Lebaran diucapkan kepada teman-teman yang budiman sekalian...

Lama tak menjengok blog nih..ish banyak betul vitamin M ni.. hihihi...

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada yang mengenali saya... dan kepada yang tidak mengenali.... diucapkan Salam Aidilfitri... semoga hari anda sentiasa ceria dan diberkati Allah S.W.T.

Seringkali... itulah ucapan Maaf Zahir dan Batin sering kita ucapkan..eh... itu dulu.. sekarang... ucapan itu dinyatakan dalam fb, watsaap telegram...etc....tapi.... adakah ucapan yang kita lafazkan itu terbit dari hati yang betul-betul mengharapkan kemaafan ataupun sekadar CnP dari group sebelah???? Tepuk dada... tanyalah iman...hihi..

Sejujurnya... sebagai manusia yang bernama perempuan, emosi seringkali lebih mendominasi berbanding akal....oleh itu, seringkali didengari " I can forgive.. but not to forget..." Jadi, kuasa mengingat kaum wanita lebih kuat berbanding lelaki..... tambah-tambah... perkara-perkara yang menyakitkan hati... sampai ke mati akan diingatnya... ah.. melalut pulak...

Sebelum menjelang 1 Syawal... saya ada bertanya kepada seorang teman.." How's your Hari Raya..".. and she said... " I prefer wears  apron than baju kurung.... "... lah.. gitu pulok....and of course I ask the reason why she said that...

The truth is.. when you get older... the spirit of Hari Raya.. slowly vanish...eh..ye ker???

Dulu... di zaman kanak-kanak... hari raya bermaksud pakai baju baru.... pergi rumah orang... berjalan keliling kampung dan kadang-kadang sampai kampung seberang berhari raya... dalam erti kata lain... pergi je mana-mana rumah.. cakap nak raya.. dapatlah duit raya....

Tapi... bila meningkat dewasa... dah masuk sekolah menengah dan masuk universiti..... sudah tentulah tiada lagi nak jalan keliling kampung kumpul duit raya.... dan erti beraya pun berubah....

Bagi saya... pengertian berhari raya:

1. Di hari raya.... mesti pakai baju raya @ baju baru.... kalau beli baju baru... tetapi dipakai sebelum hari raya... dah jadi bukan baju raya..jadi.. kena beli baju lain tau..heheh.

Pernah semasa saya di universiti...ada satu tahun tu.. saya rasa tak perlulah beli baju raya... sebab... sepanjang tahun pengajian...memang buat baju baru saja ..but....by the end.. on Hari Raya.... when everybody wears their new baju raya... perrrhh... rasa sedih gila....so.... from that day.... I'm promise to myself.... mesti ada baju raya for Hari Raya.. tak kira lah murah ke mahal.... janji baju baru....

2. Hari Raya maksudnya.. pagi-pagi... mesti solat sunat Hari Raya... baru beraya..... kalau first day raya kena bendera merah...memang rasa tak raya lah..huhuhu....

3. Hari Raya...mesti bagi duit raya.... dulu terima duit raya.. tapi bila dah kerja... kenalah sediakan duit raya... tapi.. ni tak rasa sangat sebab kadang-kadang duit raya dah bagi dulu sebelum raya kat anak-anak murid...

4. Perkara yang paling best... duduk rumah... tunggu tetamu datang beraya.... time ni lah dok bilang sedara mana yang dah datang... yang belum datang... saat ziarah menziarah inilah yang mengeratkan silatrurahim... time nilah.. sedara mara nak memperkenalkan orang baru dalam keluarga... memperkenalkan menantu baru... cucu baru... suami baru...eerrkk...hihihi.. Ada sesetengah orang... semasa hari raya .. mereka gemar pergi berziarah sanak-saudara.... ( jadi... bagi yang jenis macam ni... x payah ler pergi ziarah rumah diaorang... tak der kat rumah punya....nak jumpa suruh jer diaorang datang beraya kat rumah...) ..Me???  I'm the second type... malas nak berjalan rumah orang.... lebih suka orang datang rumah..heheh...

Oleh itu... jadikan hari raya... hari untuk kita mengeratkan silaturrahim sesama sanak-saudara jauh dan dekat. Kenali ahli baru dalam keluarga mereka.... jangan pulak orang kata " sampai berlanggar bahu pun tak kenal saudara"....

Sepupu sepapat... sepusing... sepusat..heheh


Saudara-mara yang datang beraya....uuhh.. sekali datang.. 2 -3 kereta....

Monday, 28 March 2016

Buah pahit ditelan manis - Kejohanan Wajadiri Peringkat Kebangsaan Sekolah & IPT


Lautan Biru.... peserta dari seluruh negara...



Alhamdulillah....


Pertandingan Wajadiri Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah dan IPT yang telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Sabtu lepas ( 26 Mac 2016) telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Team Raub... walaupun tidak membawa pulang sebarang pingat... tetapi anda telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang 6 tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi bertapak di bumi Raub, ini merupakan tahun kedua pasukan dari Raub menyertai pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta dari SMA Al-Ulum Addiniah @ SMA Dong, Raub.


Menerima cenderahati dari perasmi..


Walaupun pasukan dari Raub tidak membawa pulang apa-apa pingat, tetapi.. semangat berpasukan, semangat kesukanan dan setiakawan berjaya ditunjukkan dalam pertandingan ini. Tahniah!!

Satu peningkatan berbanding penyertaan tahun lepas adalah... jumlah peserta yang memakai uniform bertambah berbanding tahun lepas. Tahun lepas... hanya seorang peserta sahaja yang layak memakai uniform tetapi pada tahun ini... mereka yang layak memakai uniform adalah seramai 6 orang!!!.. Alhamdulillah... sebagai jurulatih mereka... saya memang berbangga dengan mereka.

Untuk makluman pembaca yang budiman... Dalam Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi... hanya ahli yang telah tamat sahaja yang dibenarkan memakai uniform persilatan.

Pada penyertaan kali ini,Team SMA Dong menghantar seramai 12 orang peserta. Antara kategori yang disertai adalah:

Dua orang jejaka pujaan malaya dari Raub....


Lelaki (2 peserta untuk kedua-dua kategori)
1. Sepasang Kaki (serangan dengan kaki)
2. Sepasang Tongkat ( serangan menggunakan tongkat)

Manakala bagi wanita pula, kategori yang disertai adalah:

1. Sepasang Kaki (  2 peserta)
2. Sepasang Tongkat (2 peserta)
3. Buah jatuh ( kategori buah jatuh disertai oleh penuntut yang masih belum tamat).(6 peserta)



Semasa pertandingan sedang dijalankan, terdapat satu kejadian yang sangat menyentuh hati saya.

Semasa pelajar SMA Dong sedang bertanding dalam kategori sepasang tongkat, rupa-rupanya salah seorang pelajar tersebut telah tercedera semasa dalam pertandingan. Saya yang memerhati dari luar gelanggang... tak perasan pun kejadian tersebut. Sebaik keluar sahaja dari gelanggang, pelajar tersebut terus pengsan. Kelam kabut juga masa tu... Rupa-rupanya... semasa bertanding... pasangan pelajar tersebut telah terpukul kepalanya dengan kayu dengan agak kuat. Bergegas kami ke hospital dengan bantuan JPAM. Inilah pengalaman pertama saya menaiki ambulans..

Alhamdulillah.. tiada kecederaan serius. Ditanya bagaimana kejadian berlaku... rupa-rupanya dia dah tercedera semasa buah ke-2. Dalam pertandingan, telah ditetapkan syarat bahawa peserta mesti menunjukkan 2 kaedah menangkis serangan tongkat yang telah ditetapkan dan 2 kaedah menangkis serangan tongkat kreatif.

Jadi, dalam keadaan yang kebingungan, pelajar tersebut meneruskan 2 lagi serangan untuk menamatkan persembahan. Dipaksa dirinya untuk menamatkan persembahan. Katanya.. dia kuatkan semangat.. tahan diri demi Kak Niza.... ( eerrr... memang terharu sangat bila dia cakap macam tu...)... keluar jer dari gelanggang.... terus pengsan... Nasib baik tiada apa-apa yang serius.

Kami....
Mungkin belum rezeki kami lagi untuk merangkul sebarang pingat. InsyaAllah... Team Raub... teruskan berjuang... insyaAllah.. mungkin pada masa-masa akan datang... kakak-kakak dan abang-abang dari UiTM Raub... akan dapat turut serta memeriahkan pertandingan ini.

Tahun hadapan... Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Wajadiri Peringkat Kebangsaan IPT dan Sekolah. InsyaAllah... Team Raub.... kita sediaaa.....!!!!

Secara personal.. saya lihat pertandingan kali ini banyak keistimewaannya. Apa tidaknya.... ramai anak-anak rakan-rakan senior masuk bertanding.... jadi, kebanyakan yang jadi juri pertandingan tahun lepas... angkat bendera putih.... kerana hendak memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Tahniah...

Tahniah juga diucapkan kepada SMK Sri Kukup, Johor yang merangkul Johan Keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan.


Selain itu, di waktu-waktu beginilah kami dapat berkumpul dan berjumpa dengan rakan-rakan seangkatan. Almaklumlah... sebelum ini masing-masing berada di segenap pelosok negara. Bila ada acara sebegini dapatlah kami berkumpul dan bersua kembali.... bertanyakan khabar berita.

Satu keistimewaan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi ini.. boleh dikatakan.. ramai yang satu keluarga terdiri daripada ahli silat cekak.... Yalah.. dah mak dengan ayahnya ahli silat... memang wajib lah anak pun ahli juga.... kan..

Banyak keistimewaan belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH).... antaranya... mendidik seseorang menjadi seorang yang bertanggungjawab, berani dan tidak ketinggalan menghormati kedua ibu bapa... sudah pastinya itu adalah antara sifat yang mahu diterapkan dalam diri setiap anak-anak ....

Menghormati kedua ibu bapa adalah antara perkara yang paling ditekankan kepada setiap ahli... lagipun itu adalah salah satu daripada pantang larang SCPH - Tidak boleh derhaka kepada kedua ibu bapa....

Ayuh pembaca budiman... jom sertai Silat Cekak Pusaka Hanafi... Pastikan yang Ori....






Sunday, 20 March 2016

Smart-Pasca 2016 - Satu pendedahan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Wah!!!.... lama betul tidak menulis... dah masuk bulan ke-3.. tapi ini baru coretan ke-2 untuk tahun ini.... entah apa yang sibuk sangat tu.. hihihi.

Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar... semester ini... saya dah tidak lagi menghadiri kelas.... maksud saya.. kelas yang wajib diambil dah habis... untuk semester ke-3 ni... saya perlu fokus kepada research... eerrkk.. research???? binatang apakah itu?????? ohh TIDAKKKK!!!!

Tapi... itulah yang dinamakan proses pembelajaran.... Tapi... disebabkan SELAMA INI .... saya tidak pernah didedahkan dengan dunia penyelidikan... dunia penulisan ilmiah dan sebagainya... tentulah tidak adil... tiba-tiba .... out of no where.... tiba-tiba... nak jadi penyelidik... errkk...

Alhamdulillah.... cuti sekolah penggal pertama selama seminggu ... saya menghadiri kursus yang dikendalikan oleh IPS ( Institut Pengajian Siswazah) UPSI... sangat banyak yang dipelajari sepanjang minggu. ... mau ting-tong lah juga kepala ni.... mana tidaknya...kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan disambung semula 8.00 malam - 10.00 malam selama tiga malam berturut-turut.... perrgghhh..

Sebenarnya.. nih nak cerita tentang kursus tu lah...

Hari pertama dan kedua... adalah kelas bersama Dr. Nurul Fadly Habidin.... lagi.. hihihi (perkataan lagi merujuk kepada kursus intensive writing 10 minggu kendalian Dr. Fadly ini yang saya ikut semester ni..)

Dr. Nurul Fadly Habidin

Sesi Dr. Nurul Fadly adalah berkaitan dengan penulisan BAB 1 dan BAB 2 dalam penulisan tesis iaitu berkaitan dengan Objektif kajian, Permasalahan Kajian, Persoalan Kajian.. Bab 2... hari ke-2 tentang Literature Review... ataupun bagaimana menulis tentang kajian-kajian lepas... apa yang perlu ditulis dan apa yang tidak perlu ditulis.. bla..bla..bla... Bila Dr. Fadly nampak kita dia tanya.. " tak boring ke??? " sebab masa kursus intensif pun dia cerita benda yang sama... tak boring... sebabnya... yang sebelum-sebelum ini... macam kurang faham apa yang hendak disampaikan.... tetapi, apabila benda yang sama diulang-ulang... akhirnya fahamlah jugak.. walaupun sedikit...

Hari ke-3, yang paaaling sakit kepala.... belajar SPSS dari Dr. Nor Azrin.... laju sungguh... banyak yang hendak diajar dalam masa yang terhad.... sudahnya... sakit kepala...

Belajar SPSS dengan Dr. Nor Azrin

Hari ke-4... ok sikit... belajar sesuatu yang tak berapa nak teknikal mcam SPSS.... regression la... correlation la...

Hari ke-4... belajar tentang Mendeley dan MS Word..... Mendeley pernah cuba... try... test dah... Word??? mesti korang ketawa kan... belajar MS Word??? tapi sebenarnya... banyak fungsi di Word yang kita explore lagi...  pernah baca dalam buku Dr. OT.... ramai orang guna MS Word sebagai mesin taip elektronik jer... Yang bestnya... Dr. Sharul Effendy menunjukkan cara bagaimana menulis tesis dalam satu fail... bukan separate fail ikut chapter yang macam kita selalu buat tu....hihihi... masa ni ... terdetik dalam hati... " wah... lepas ni bolehlah tulis novel pulak"... hihihi...

Satu kelebihan bila kita menulis dalam satu fail adalah mudah bagi kita untuk buat citation dan references... jadi, tak adalah macam kita buat assignment dulu... dah siap writing... 2 hari buat references... sebab ikut APA format.... mau demamlah jugak.... mujur dengan Mendeley dan Word ... perkara ini menjadi lebih mudah.

Dr. Sharul Effendy Janudin... Penulis blog APM ( Aku Penyelidik Muda )
 Selama tiga malam berturut-turut... bengkel penggunaan perpustakaan telah diadakan oleh En. Afzanizam - library officer ... ini lah kali pertama saya menghadiri kursus penggunaan perpustakaan secara rasmi... memang sangat-sangat membantu saya dalam pencarian bahan seperti tesis dan sudah pastinya mencari jurnal yang dilanggan oleh Perpustakaan Tengku Bainun (Pustaka UPSI) ataupun bagaimana mendapatkan bahan yang tidak terdapat di Pustaka UPSI.

Bersama Kak Ros.... yang sangat bersemangat .... malulah orang yang lebih muda...
3 malam di libarary....
Hari terakhir... Hari Jumaat adalah sesi bersama Dr. Balamuralithara.... berkaitan dengan penulisan jurnal.... ini pun satu sesi yang menarik .... barulah tau rupanya jurnal berwasit.... berada dalam kategori terbawah....Kategori yang pertama adalah ISI.... dimana Dr. Bala memang menggalakkan kami menghasilkan jurnal yang boleh diterbitkan oleh ISI jurnal.... kategori kedua adalalah Scopus, diikuti dengan ERA... iaitu Jurnal terbitan dari Australia dan akhir sekali..... jurnal berwasit... Hasil penulisan Dr. Bala banyak diterbitkan dalam ISI journal.... bulan Jun kursus penulisan jurnal oleh Dr. Bala akan diadakan.... InsyaAllah... kalau tak ada aral melintang... bolehlah join...

Sesuatu yang menarik... bolehlah dirumuskan bahawa semua speaker menekankan satu perkara yang sama iaitu bahan rujukan yang berkualiti. Ini bermakna... untuk menghasilkan tesis atau jurnal yang berkualiti, bahan rujukan dan bahan bacaan kita juga mestilah berkualiti.

Ini mengingatkan saya kepada beberapa perkara dalam kehidupan harian kita.... back to basic.... pasti anda pernah terdengar proverbs ke mutiara kata:

1. You are what you eat ataupun
2. You are what you read...

Dan seperkara... personaliti seseorang dapat diteka.... what kind of person are you bila kita tengok jenis buku yang ada di rak buku di rumahnya.... so ladies.... be careful...hihihi

Bila kita mengikuti sesuatu kursus atau bengkel.... sebenarnya... bukan hanya ilmu yang disampaikan oleh speaker atau fasilitator sahaja kita dapat... secara sedar atau tidak sedar.... banyak perkara lain yang kita perolehi.... antaranya... pergaulan dan pandangan kita lebih luas...pergaulan dengan teman-teman dari fakulti dan jurusan yang berbeza...pelajar tempatan dan antarabangsa..... komunikasi kita dengan orang lain bertambah baik serta kita akan berjumpa dengan mereka yang boleh memberi motivasi dan pengaruh positif terhadap kita....

So.... kita akan akan menjadi insan yang lebih baik setiap hari... harapannya...

Moga kita berjumpa lagi... dan semoga catitan ini memberi motivasi dan manafaat kepada anda....

Assalamualaikum w.b.h..

Saturday, 30 January 2016

Resepi Apam Nasi..

Assalamumebcuba... dan salam sejahtera...

Apa khabar teman-teman sekalian ?.. Harap berada dalam keadaan sejahtera hendaknya...

Sejak akhir2 ni.. Saya ada pulak hobi baru... Buat kuih.. ( kuih yang mudah2 sajalah...).. Baru-baru ni... Saya cuba buat kuih apam nasi.. Tengok mcm senang jer... Jadi, dah jumpa resepi dlm fb tu... Apa lagi.. Galak la nak try... Resepi tersebut menggunakan nasi sejuk, mauripan, tepung gandum dan tepung beras... Hasilnya.... Emmm... Tidaklah mengecewakan... Tapi.... Tak menepati QC saya.... Hahaha... Bagi saya... Apam yg 'jadi' adalah apam yang merkah di tengahnya... Ini tak... So.. Carilah resepi lain. Masa dok cerita dgn cikgu2 sekolah... Ada yg bg tau resepi yg mereka buat menggunakan ragi... Search internet... Apam nasi yg guna ragi.... Tak jumpa lah pulak... Lagi satu... Nak cari ragi.. Tak semudah cari yis..... Mujur satu kedai tu ada jual...

Dah dapat ragi... Call la member... Cari resepi.. Jadi... Sy nak kongsi resepi yg telah diturunkan kepada sy oleh Ustazah Norsiah..

Resepi Apam Nasi Guna Ragi:

Bahagian A:
1/2 cawan nasi sejuk
1/4 ragi

Gaulkan ragi dengan nasi... Dan biarkan selama 24 jam (baru sedap.. Sy buat x sampai pun 24 jam... Sbb tak sempat.. Saya menapai nasi dr pukul 3 ptg -12 mlm..)

Bahagian B:

2 1/2 cawan tepung beras,
3/4 cwn gula... (Tp sbb sy teringin sangat nak apam gula merah... Jadi saya letakkan 1/2 gula putih dan 1/2 cwn gula merah),
2 cwn air

1paket eno.

Cara membuatnya:

Blend semua bahan. Kemudian, dibiarkan seketika: 1  jam ke atas sebelum di kukus.
Masukkan dlm loyang atau bekas...

Kukus lebih kurang 1 jam.. ( rasanya lah...hiuhi.).  Kalo merkah kira jadi lah tu..hihihi...

Selamat mencuba....


Add caption






Wednesday, 13 January 2016

Ohh... begini rupanya... Post Graduate...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nampaknya... ini adalah post pertama di tahun 2016... Selamat menyambut tahun baru 2016.... bagaimana sambutan anda diambang 2016....???

Pastinya kita semua dah setkan apakah azam kita untuk tahun ini... Tak kira apa pun azam yang kita tetapkan, yang pasti kita berkehendakkan kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Yang kelakarnya... saya menyambutnya di rumah saja... jam 11.30 pm pada 31/12/2015... saya dah tertidur.... lebih kurang pukul 12++ mungkin 1 am... saya terjaga disebabkan dentuman bunga api yang menggegarkan.... dalam hati cakap....oohh.. dah tahun baru ye... lantak aokme la...( lantak koranglah..hihihi)... sambung tido... member cakap.... lamanya tidur.... setahun....hihihi...( masa cerita kat dia..)

Sebenarnya, tidur awal ni pun salah satu azam tahun baru saya... dah berjaya apply lah sebelum masuk tahun baru...:) ooopppsss..... panjang pulak mukhadimah kali ini....

Sungguh tidak percaya.... pejam celik-pejam celik... dah habis semester ke dua sebagai seorang pelajar....

Alhamdulillah.... Tapi... sebenarnya... masih banyak perkara yang blurr lagi.... Rupanya, apa yang saya jangka sama sekali berbeza dengan realiti sebenarnnya...( hah!... apa pulak tu..)..

Sebagai seorang guru.... menyambung pelajaran ke peringkat sarjana tidak memberi sebarang kelebihan samaada dari segi gaji atau kenaikan pangkat. Tidak seperti jabatan kerajaan yang lain. Dalam erti kata lain.... seorang guru menyambung pengajian sekadar suka-suka....( suka-suka di sini saya rujuk kepada atas dorongan dalaman guru berkenaan.... bukan faktor luaran seperti kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya)...

Terus-terang saya katakan... tujuan saya menyambung pelajaran adalah untuk menambah ilmu.... supaya menjadi seorang guru yang lebih baik... to be better teacher....means... gain knowledge in the classroom.... and apply it in the field...

Rupanya saya tersilap... Bila saya memasuki alam Post-graduates ni... rupanya .... i have to be a researcher... eerrr.... researcher????... otak saya tak dapat nak proses... kenapa saya kena jadi researcher pulak..... hello.... saya masuk universiti semula sebab nak belajar la!!!

4 tahun di UPM... mengambil jurusan Sains Komputer...masuk bidang pendidikan... jadi cikgu...tiba-tiba... masuk UPSI... sambung belajar 2 sem... sem ketiga dan keempat... buat research.... errrr..... I think something missing here....

Oh... rupanya.. setelah adalah buat sedikit pembacaan.... rupanya kajian adalah merupakan salah-satu cabang ilmu... through research.... we gain knowledge.... oohh... baru tahu... ingatkan baca buku... masuk kelas jer...kikiki So, I have to twist my mind a little bit... eerrr.... as a researcher...something that never cross in my mind before....

Tergagau-gagau jugak.... menatang apa la methodology la... literature review la... descriptive... inductive la... citation la...kena baca jurnal pulak tu....( antara bahan bacaan yang tidak pernah termasuk dalam senarai)

Dr Nasir always said... You are Master student... Sarjana.... pemikiran tahap sarjana...(payah jugak nak hadam apa yang di katakan... tapi akhirnya faham lah jugak apa yang dia katakan....)

Mungkin sebab faktor umur yang berkolerasi dengan perkembangan dan kematangan minda dan pengalaman... menyebabkan beberapa perkara yang sebelum ini sukar difahami... dapat difahami dan dihubung kait dengan mudah...( macam iklan susu pulak..hihihi)... baca jurnal pun relaks saja(? ye ker...masih merangkak-rangkak juga)...( tak macam masa degree dulu.... subjek penulisan ilmiah lah subjek paling tidak digemari...

Apa pun... dunia belajar tetap menjadi dunia yang paling saya suka.... So... jom kawan-kawan... kita sambung belajar.... hihi

But... I still thinking... after that.. what????...Maksud saya... lepas belajar ni apa? sesuatu yang masih saya tidak ada jawapannya.....