Monday, 28 January 2013

Cenderahati buat yang berjaya...

Bulan Januari sudah hampir melabuhkan tirainya... Kajian kes saya tahun ini adalah murid tahun 4 seramai 14 orang ( seorang murid tidak dimasukkan kerana dia adalah murid pemulihan - murid pemulihan tidak dikira kerana ketika sesi pembelajaran, dia akan diajar oleh guru pemulihan khas).

Sehingga hari ini, seramai 6 orang ( 43%) telah berjaya menghafal sifir 2 hingga 9 -  dengan menggunakan teknik yang sudah saya ceritakan sebelum ini.

Jadi, sebagai satu galakkan kepada mereka untuk menghafal sifir, saya telah berjanji dengan mereka bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menghafal semua sifir akan diberikan hadiah. Ini bermakna jika semua murid berjaya menghafal.... maka semua murid yang akan mendapat hadiah. Hadiahnya adalah buku nota yang kulit bukunya bercorak karekter kartun seperti Snow White, Cinderella dan sebagainya.

(tak boleh pulak nak upload gambar)

Sunday, 20 January 2013

Bijak Sifir - Kotak Ajaib ( Part 2)

-Sambungan

Untuk sifir bernombor genap seperti sifir 2, 4, 6 dan 8 kotak di bawah digunakan;










Peraturan yang digunakan masih seperti sebelum ini iaitu; (berdasarkan arah anak panah) nombor di kotak seterusnya MESTI LEBIH BESAR daripada kotak sebelumnya.

Contoh soalan: 4 x 8 =

Maksudnya: kotak ke-4 bagi sifir 8

Jadi, jawapannya adalah 32.

Bijak Sifir - Kotak Ajaib (part 1)

Kotak Ajaib ini adalah antara method yang digunakan oleh guru-guru matematik untuk memudahkan murid-murid menjawab soalan matematik yang melibatkan sifir tanpa mengambil masa yang lama untuk melukis kotak.

Selalunya saya menggunakan teknik ini apabila murid tersebut sudah di tahun 6 dan masih tidak mampu untuk menghafal. Dengan teknik ini, mereka boleh melukis petak-petak tersebut semasa di dalam dewan peperiksaan.

Terdapat 2 kotak yang mereka perlu ingat. Berikut adalah contoh untuk menjawab soalan yang melibatkan sifir nombor ganjil sahaja.


Murid dapat menggunakan kotak ini untuk menjawab soalan sifir 3, 7 dan 9. Jadi, murid mesti mengingati susunan nombor dan arah anak panah dengan betul.

Berdasarkan anak panah, kita memastikan bahawa nombor pada kotak seterusnya lebih besar daripada kotak sebelumnya.

Berdasarkan anak panah di atas, selepas nombor 7 adalah nombor 4, tetapi syaratnya adalah nombor seterusnya mestilah lebih besar dari sebelumnya. Jadi, kita tambah 1 di hadapan yang menjadikannya 14. Jika di kotak seterusnya kita tambah 1 di hadapan, ia menjadi 11 - itu sudah melanggar peraturan. Jadi, nombor 2 di letakkan di hadapan nombor menjadikannya 21( lebih besar dari 14).

-Bersambung -

Tuesday, 15 January 2013

Projek Bijak Sifir....

Projek Bijak Sifir 9 hari....

Masuk hari ni... murid-murid yang advanced dah menghafal sehingga sifir 4. Bermakna, mereka hanya tinggal sifir 3, 2, dan 1 sahaja untuk di hafal. Murid yang lemah, masih tersangkut di sifir 7 dan 6. Saya sudah berjanji dengan mereka... sesiapa yang dulu habis menghafal semuanya, akan saya berikan hadiah... (heheh)... hanya untuk tempat petama, kedua dan ketiga ( atau.. saya perlu beri kepada lebih murid..??? akan difikirkan...)

Sekiranya sudah habis murid kategori A ini menghafal... apakah langkah seterusnya??? Sebagai seorang guru.. kita perlu menjadi kreatif..... yang seronoknya... apabila mereka sudah dapat menghafal semuanya... kuiz akan dibuat.... murid-murid saya sangat gemar bermain kuiz... bertanding sesama mereka...

Satu penambahbaikan dalam teknik Bijak Sifir 9 hari adalah... saya tambahkan eleman nyanyian dan tarian.... hahahha... semoga mereka lebih gembira menghafal sifir... ( tiba-tiba teringat rancangan TV tahun 90an dulu yang ada Siti Sifir...)

Monday, 14 January 2013

Masalah sifir...

Salam 1 Malaysia...

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid dengan teknik-teknik sifir yang ada di pasaran (hehehe). Untuk makluman semua, terdapat berbagai-bagai teknik untuk menghafal dan menjawab persoalan yang berkaitan dengan sifir (just google..or go to youtube)

Seperti semua sedia maklum... nadi dalam matematik adalah sifir... maka ia adalah sesuatu yang " mesti " dihafal oleh semua orang...

Dalam Teknik-Teknik Bijak Sifir, antara yang popular adalah jadual sifir pelbagai guna(SPG) ( boleh rujuk di blog Cikgu Mazira) , kotak ajaib, teknik-teknik menggunakan jari, dan sebagainya.

Awal-awal dulu saya memang menggunakan jadual sifir pelbagai guna (SPG). Tetapi masalah yang timbul adalah apabila murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu jadual. Dan juga bila murid silap mengira di satu kotak, kesalahan itu akan berterusan di kotak-kotak yang seterusnya. Ini adalah masalah besar apabila murid menjawab soalan peperiksaan.

Pada masa itu, fokus saya adalah supaya jadual itu akan terpeta di minda murid-murid... tanpa mereka perlu melukis semula jadual tersebut ( jadi, teknik ini agak kurang menjadi bagi murid saya)..

Pernah semasa satu mesyuarat di PPD Raub, saya ada bertanya kepada guru matematik lain apakah teknik menghafal sifir yang mereka gunakan. Menurut Cikgu Mimi, dari SK Temau ( antara sekolah-cemerlang, yang mendapat new deal pada tahun 2011), mereka memang menggunakan teknik SPG ini. Tetapi teknik ini diajar murid-murid di tahun 2 lagi. Jadi, semasa di tahun 4.. mereka tidak lagi menghadapi masalah menggunakan SPG...

Menurut Cikgu Mahadi (seorang Guru Cemerlang daerah Raub) jadual SPG lebih sesuai digunakan oleh murid yang bijak ( tapi, kalau murid dah cemerlang... kenapa mesti mereka bina jadual lagi kan?.), jadi, dari Cikgu Mahadi lah saya belajar kotak ajaib( dan ia sememangnya lebih mudah berbanding SPG) untuk kegunaan pelajar yang lemah.

Berdasarkan pengalaman mengajar yang dah masuk tahun ke-5, saya membuat kesimpulan... untuk jangkamasa panjang... setiap orang murid MESTI menghafal sifir. Tidak boleh tidak.

Fokus saya bagi murid-murid ini adalah apabila persoalan sifir ditanya, mereka dapat menjawab dalam masa 1 @ 2saat sahaja ( sifir yang saya maksudkan adalah sifir asas.. sifir 1 hingga 9). Saya dapati.. jika mereka menghafal sifir, lebih mudah mereka menyelesaikan masalah bagi tajuk-tajuk seterusnya seperti bahagi, pecahan, memudahkan pecahan dan peratus dan sebagainya.

-bersambung...










Friday, 11 January 2013

Catatan seorang guru... (part 2)

Sebagai seorang guru ... saya diajar pedagogi semasa di IPG. Di IPG kami diajar pelbagai TEORI. Tetapi... ilmu sebenar tentang teknik pengajaran dan pembelajaran,  saya belajar di lapangan @ di sekolah tempat saya ditugaskan.. Dalam apa jua keadaan sebenarnya... guru terbaik adalah PENGALAMAN sebenarnya.

1) Sebagai guru baru... sudah semestinya saya merujuk kepada guru senior di sekolah tentang teknik mengajar... (bukan mudah hendak mengajar sebenarnya. Anda fikir mudahnya kerja guru??? apa kata anda cuba mengajar anak anda yang berumur 9-10 tahun  tentang bahagi atau pecahan..:))

Seringkali saya akan merujuk kepada guru yang lebih berpengalaman bagaimana hendak mengajar tentang sesuatu tajuk.

2) Apabila ada mesyuarat ( tak kisahlah mengenai apa saja... sebagai s/u perperiksaan, guru matematik, guru media dan pusat sumber) di PPD, saya meringankan mulut untuk bertanya tentang teknik yang guru-guru dari sekolah lain gunakan.Melalui perkongsian antara guru-guru dari satu daerah, saya belajar pelbagai teknik mengajar untuk sesuatu tajuk.

3) Melalui guru cemerlang yang dijemput oleh sekolah untuk memberi tips ketika Kem Kecemerlangan UPSR.

4) Akhir sekali, sudah tentulah anak-anak murid saya. Saya akan pastikan kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan pada tahun sebelumnya tidak saya ulangi untuk murid-murid yang pada tahun seterusnya. Melalui pengalaman mengajar mereka, seringkali saya menambah baik teknik mengajar dengan menggabungkan teknik yang saya pelajari dari guru super dan tahap penerimaan mereka.

Semoga saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid tercinta..:)

Thursday, 10 January 2013

Catatan seorang guru ....(part1)

Salam....

Selepas yang bergelar Guru Siswazah Terlatih... setelah tamat Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun 2008.... Saya telah ditempatkan di SK Kundang Patah, Raub Pahang.

Yang kelakarnya ... sebagai seorang guru baru .... saya masih belum ada "rentak tari" saya lagi. Jadi, apa yang saya buat adalah mencuba pelbagai pedagogi dan method yang diajar oleh pensyarah saya di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA).

Sebagai guru baru di sekolah...saya sememangnya di "BULI" oleh murid-murid saya. Memang setiap kali keluar kelas tu memang terasa hendak menangis ... sampaikan satu ketika guru besar menegur tentang kawalan kelas saya yang lemah! ketika itu saya ditugaskan untuk mengajar matematik untuk murid tahun 3 dan 4. Murid tahun 4 lah yang sering membuatkan saya terasa gagal.

Hingga sekarang ... setelah masuk tahun ke-5 bergelar guru ... akhirnya saya mendapat rentak saya sendiri. Sebenarnya mereka inilah yang membentuk " rentak" saya sebagai seorang guru.

Kadang-kadang saya berasa amat berdosa kepada "anak-anak sulung" saya kerana kekurangan ilmu dan pengalaman dalam mendidik mereka. Tapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pelajar saya kerana merekalah... saya mampu mendidik adik-adik mereka dengan lebih baik... :)


Wednesday, 9 January 2013

Bijak Sifir...


Ini adalah carta sifir yang saya gunakan untuk projek Bijak Sifir saya. Teknik menghafal sifir ini telah saya cuba ke atas murid tahun 4 tahun lepas (2012) yang seramai 7 orang sahaja sekelas. Hasilnya agak membanggakan kerana di akhir tahun 2012... 6 orang murid berjaya menguasai sepenuhnya sifir 2 sehingga 9. Sementara seorang murid lagi ( bekas pelajar kelas pemulihan), tetap menguasai sifir ini, tetapi agak lambat sedikit berbanding kawan-kawan yang lain. Lambat yang saya maksudkan di sini adalah dia mengambil masa antara 10-20 saat untuk menjawab soalan spontan yang saya lontarkan kepadanya ( dan dia merupakan antara murid kegemaran saya.. :) ) - and of course he still manage to answer it correctly ...





Jadi, untuk permulaan tahun 2013 ... apabila sekali lagi saya berikan tanggungjawab untuk mengajar matematik tahun 4( yang mana bilangan murid adalah seramai 15 orang).. sekali lagi saya menggunakan carta sifir ini sebagai rujukan.




Friday, 4 January 2013

Baru Siap....




Bahan Bantu Mengajar (BBM) baru untuk tahun 2013. Tahun ini adalah tahun pertama ditugaskan untuk mengajar tahun 2 yang melibatkan KSSR. Jadi agak kelam-kabut jugak.Walaupun dah pergi kursus KSSR untuk tahun 3, tahun lepas... tetapi ini baru nak diimplementasikan.... jadi terpaksa menuntut dengan guru-guru yang sememangnya sudah mengajar KSSR sebelum ini.

Semasa melihat-lihat tajuk-tajuk dalam silibus tahun 2, Topik pertaman Nombor Bulat sehingga 1 000.... dah terasa cabarannya.. mengajar asas matematik... memang mencabar... ( tapi sebenarnnya.. mengajar mana-mana tahun pun tetap mencabar).

Fokus untuk mengajar tahap 2 adalah berteraskan UPSR, tetapi fokus untuk tahap 1 lebih kepada didik hibur. Bagaimana menanamkan akar minat matematik dalam diri mereka supaya mereka tidak merasakan matematik itu sesuatu yang sangat susah... tetapi sebaliknya sesuatu yang sangat seronok untuk dipelajari.

Semoga kita dianugerahkan idea dan kreativiti yang berterusan dari Illahi.... insyaallah...

Resepi Asli Kedah: Sayur geti masak lemak

Tau bagaimana rupa pokok geti? Inilah rupa pokok geti. Kat tempat lain.. tak tau pulak namanya... sebab selama berada di Raub.. rasanya belum lagi terjumpa pokok nih...

 Untuk resepi ini, bahagian pucuk daun digunakan... bunga pun enak  dimakan sekali.



 Istimewanya masakan ini, setelah dibersihkan..(dibasuh ) daunnya perlu disimpulkan.


Jadi seperti ini.



Kalau ada daun yang terlerai dari batangnya... boleh jer dicampurkan dengan daun-daun yang telah disimpulkan.



Setelah siap, masukkan santan kedalam periuk beserta dengan daun yang siap disimpulkan. Didihkan, biar sehinggah hampir empuk baru masukkan bunganya, sebiji telur ( kalau digantikan dengan udang hidup pun boleh), garam secukup rasa, secubit gula, dan akhir sekali.... masukkan kepala santan... siap untuk dimakan.