Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid dengan teknik-teknik sifir yang ada di pasaran (hehehe). Untuk makluman semua, terdapat berbagai-bagai teknik untuk menghafal dan menjawab persoalan yang berkaitan dengan sifir (just google..or go to youtube)
Seperti semua sedia maklum... nadi dalam matematik adalah sifir... maka ia adalah sesuatu yang " mesti " dihafal oleh semua orang...
Dalam Teknik-Teknik Bijak Sifir, antara yang popular adalah jadual sifir pelbagai guna(SPG) ( boleh rujuk di blog Cikgu Mazira) , kotak ajaib, teknik-teknik menggunakan jari, dan sebagainya.
Awal-awal dulu saya memang menggunakan jadual sifir pelbagai guna (SPG). Tetapi masalah yang timbul adalah apabila murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu jadual. Dan juga bila murid silap mengira di satu kotak, kesalahan itu akan berterusan di kotak-kotak yang seterusnya. Ini adalah masalah besar apabila murid menjawab soalan peperiksaan.
Pada masa itu, fokus saya adalah supaya jadual itu akan terpeta di minda murid-murid... tanpa mereka perlu melukis semula jadual tersebut ( jadi, teknik ini agak kurang menjadi bagi murid saya)..
Pernah semasa satu mesyuarat di PPD Raub, saya ada bertanya kepada guru matematik lain apakah teknik menghafal sifir yang mereka gunakan. Menurut Cikgu Mimi, dari SK Temau ( antara sekolah-cemerlang, yang mendapat new deal pada tahun 2011), mereka memang menggunakan teknik SPG ini. Tetapi teknik ini diajar murid-murid di tahun 2 lagi. Jadi, semasa di tahun 4.. mereka tidak lagi menghadapi masalah menggunakan SPG...
Menurut Cikgu Mahadi (seorang Guru Cemerlang daerah Raub) jadual SPG lebih sesuai digunakan oleh murid yang bijak ( tapi, kalau murid dah cemerlang... kenapa mesti mereka bina jadual lagi kan?.), jadi, dari Cikgu Mahadi lah saya belajar kotak ajaib( dan ia sememangnya lebih mudah berbanding SPG) untuk kegunaan pelajar yang lemah.
Berdasarkan pengalaman mengajar yang dah masuk tahun ke-5, saya membuat kesimpulan... untuk jangkamasa panjang... setiap orang murid MESTI menghafal sifir. Tidak boleh tidak.
Fokus saya bagi murid-murid ini adalah apabila persoalan sifir ditanya, mereka dapat menjawab dalam masa 1 @ 2saat sahaja ( sifir yang saya maksudkan adalah sifir asas.. sifir 1 hingga 9). Saya dapati.. jika mereka menghafal sifir, lebih mudah mereka menyelesaikan masalah bagi tajuk-tajuk seterusnya seperti bahagi, pecahan, memudahkan pecahan dan peratus dan sebagainya.
-bersambung...
No comments:
Post a Comment