Salam....
Selepas yang bergelar Guru Siswazah Terlatih... setelah tamat Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun 2008.... Saya telah ditempatkan di SK Kundang Patah, Raub Pahang.
Yang kelakarnya ... sebagai seorang guru baru .... saya masih belum ada "rentak tari" saya lagi. Jadi, apa yang saya buat adalah mencuba pelbagai pedagogi dan method yang diajar oleh pensyarah saya di Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA).
Sebagai guru baru di sekolah...saya sememangnya di "BULI" oleh murid-murid saya. Memang setiap kali keluar kelas tu memang terasa hendak menangis ... sampaikan satu ketika guru besar menegur tentang kawalan kelas saya yang lemah! ketika itu saya ditugaskan untuk mengajar matematik untuk murid tahun 3 dan 4. Murid tahun 4 lah yang sering membuatkan saya terasa gagal.
Hingga sekarang ... setelah masuk tahun ke-5 bergelar guru ... akhirnya saya mendapat rentak saya sendiri. Sebenarnya mereka inilah yang membentuk " rentak" saya sebagai seorang guru.
Kadang-kadang saya berasa amat berdosa kepada "anak-anak sulung" saya kerana kekurangan ilmu dan pengalaman dalam mendidik mereka. Tapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pelajar saya kerana merekalah... saya mampu mendidik adik-adik mereka dengan lebih baik... :)
No comments:
Post a Comment