Bulan Januari sudah hampir melabuhkan tirainya... Kajian kes saya tahun ini adalah murid tahun 4 seramai 14 orang ( seorang murid tidak dimasukkan kerana dia adalah murid pemulihan - murid pemulihan tidak dikira kerana ketika sesi pembelajaran, dia akan diajar oleh guru pemulihan khas).
Sehingga hari ini, seramai 6 orang ( 43%) telah berjaya menghafal sifir 2 hingga 9 - dengan menggunakan teknik yang sudah saya ceritakan sebelum ini.
Jadi, sebagai satu galakkan kepada mereka untuk menghafal sifir, saya telah berjanji dengan mereka bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menghafal semua sifir akan diberikan hadiah. Ini bermakna jika semua murid berjaya menghafal.... maka semua murid yang akan mendapat hadiah. Hadiahnya adalah buku nota yang kulit bukunya bercorak karekter kartun seperti Snow White, Cinderella dan sebagainya.
(tak boleh pulak nak upload gambar)
No comments:
Post a Comment