Friday, 27 March 2020
Resepi Asam Pedas Ubi Keledek
Tuesday, 2 April 2019
Resepi Asam Pedas Kulit Tembikai
Kulit tembikai
4-5 ekor Ikan kembong
3-4 Asam keping (secukup rasa)
2 camca besar gula ( sesuaikan rasa)
Garam
Belacan (sedikit)
Daun kesum
Bunga kantan
*Bahan rebus:
5 biji cili kering
1sudu teh ketumbar
1 sudu teh beras
********************
*2 labu Bawang besar
*2 ulas bawang putih
*Kunyit ( hidup atau serbuk)
* semua bahan di atas di kisar halus.
Kulit tembikai dikupas dan dipotong kecil ( sebab lambat empuk)
Masukkan semua bahan kisar, asam keping, daun asam pedas, bunga kantan, 2 sudu besar gula. Masak sampai empuk. Masukkan ikan. Tutup api. Masukkan garam secukup rasa.
![]() |
| Baru masukkan... Tunggu sampai kulit tembikai empuk |
![]() |
| Dah masak... Ikan terlajak masak pula... Hancur sikit. |
Kali ni saya tak masukkan bunga kantan dengan daun kesum. . Sebab tak ada. Belacan pun tak letak sebab ada orang yang pantang belacan 😁.
Komen:
ikan terlebih masak.
Terlebih pedas. Agaknya jenis cili kering yang pedas sikit. So. . Next time.. Kita improve lagi...
Saya jarang masak asam pedas kedah ni... Bila balik kampung baru ada peluang belajar masak dengan mak. Sebab kat kampung.. Ramai tukang makan... 😁😁
Thursday, 29 June 2017
Resepi di Aidilfitri..
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri 2017M /1438H...
Sekarang... Mood nak menulis resepi.... Biasalah... Raya setahun dua kali.. jadinya, resepi yang nak dikongsi ni secara tak langsung.. hanya di masak dua kali setahun.... Resepi apa???.. :D... Saya nak share resepi gulai daging... Mesti ada yang tertanya tanya... Kenapa gulai daging???... Sebenarnya... Di Kedah, ketupat palas dicicah dengan gulai daging bukan dengan rendang.
Gulai daging untuk buat cicah ketupat berbeza dengan gulai daging kawah... Atau gulai daging yang kita biasa makan dengan nasi.
Oleh sebab ketupat selalunya dibuat di musim perayaan... Itu yang jadi masak gulai ni hanya dua kali setahun ( semasa Aidilfitri dan Aidiladha).
Jadi, untuk mengelakkan daripada saya bertanyakan soalan yang sama kat emak saya... Macamana nak masak gulai daging ni... Jadi, saya longgok jelah resepi ni kat dlm blog ni kan.. hihihi.. dan kebetulannya.... Gulai daging cicah ketupat tahun ni mendapat pujian pulak dari tetamu.... :D.. so... Jom tengok resepi di bawah:
Resepi Gulai Daging Cicah Ketupat
Bahan:
1kg daging lembu
1/2 kg hati, limpa, paru
4-5 bungkus serbuk gulai daging
3 sudu besar kerisik
1/2 sudu besar garam
5-6 batang serai (dipotong halus)
Santan pekat ( anggaran 250 ml)
Minyak masak (untuk menumis)
Bahan menumis:
2 labu bawang besar
Bawang putih
Kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang, daun kari
Caranya:
1. Daging dan organ dalamannya dipotong halus(dadu)
2. Setelah dibersihkan... Digaul bersama dengan serbuk kari..
3. Masukkan kerisik... Dan gaulkan sekali.
4. Masuk dan gaulkan juga dengan serai.
5. Tumiskan bahan menumis..
6. Setelah bawang kekuningan.. masukkan campuran daging tadi...
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Kemudian, masukkan santan.
9. Setelah daging empuk, dan kuah telah pekat.. tutup api, dan masukkan garam secukup rasa.
10. Sedia untuk dimakan.
# gulai dalam bahasa Kedah bermaksud masak kari.
# tips untuk dapatkan gulai daging yang sedap: kena campur dgn organ dalaman seperti yang dinyatakan.. perut lembu... Tak sesuai ya...
Monday, 29 August 2016
Surat Cikgu Roha kepada anak-anak murid : Jangan gadaikan nilai diri anda
Baru-baru ini, Cikgu ada menerima watssapp yang ingin Cikgu kongsikan bersama anak-anak murid sekalian.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Some Schools in Kolkata India sent this letter to the parents few months before board exams...
Dear Parents,
The exams of children are to start soon. I know you are all really anxious for your child to do well.
But, please do remember, among the students, who will give the exams, is an artist, who doesn't need to understand Maths.
There's an entrepreneur, who doesn't care about History or English literature.
There's a musician, whose Chemistry marks won't matter.
There's a sportsperson, whose physical fitness is more important than Physics.
If your child does get top marks then great. But, if he or she doesn't please don't take away their self- confidence / dignity from them.
Tell them it's ok, it's just an exam. They are cut out for much bigger things in life.
Tell them, no matter what they score, you love them and will not judge them.
Please do this and if you do, watch your children conquer the world. One exam or a 90 percent marks won't take away their dreams and talent.
And please do not think that doctors and engineers are the only happy people in the world.
With Warm Regards,
The Principal
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Apa yang hendak Cikgu nyatakan di sini adalah.. Allah menjadikan setiap manusia berbeza. Setiap orang dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing. Tidak semua orang dilahirkan untuk mendapat A dalam setiap matapelajaran di sekolah.
Dalam istilah bahasa inggerisnya.. ada orang dilahirkankan sebagai Book Smart dan ada orang dilahirkan sebagai Street Smart.. ( dulu ada rancangan realiti Book Smart Vs Street Smart - one of my favorite reality tv). Book Smart adalah orang yang memang dilahirkan untuk cemerlang dalam bidang pendidikan.... datanglah 10 subjek ker... 20 subjek ker... memang boleh score straight As... Contohnya.. Nik Madihah yang menggemparkan negara mendapat 20A dalam SPM pada tahun 2009.
![]() |
| Nik Madihah - Gambar dari Internet |
![]() |
| Nik Madihah bukan dari keluarga orang berada - Gambar dari internet |
Street Smart pula dalah mereka yang tercicir dalam pendidikan.. tetapi mampu menjadi orang yang berjaya.... contohnya... Bill Gates, Anitabhachan, Arnold Susahnakeja.. (hihihi), Oprah Winfrey dan ramai lagi... orang Malaysia??? for ever.... Cikgu sangat mengagumi Zulkifli Haron .... siapa mereka... oohh.. google saja nama mereka.....
![]() | |||
| Zulkifli Haron @ digelar juga McGyver Malaysia | Sumber: Internet |
Oh.. melalut pulak mukhadimahnya...
Terus-terang Cikgu katakan.. semakin dekat dengan hari peperiksaan... para guru yang makin berdebar-debar...
Pelik bin Ajaib sebenarnya bila Cikgu fikir-fikirkan sistem pendidikan kita sekarang ini. Maaf kalau Cikgu katakan.... anda semua adalah tikus putih pertama yang keluaran KSSR. Berjaya ataupun tidak.. andalah penentunya..
Berdasarkan objektif KSSR.. Cikgu sangat-sangat bersetuju di mana murid dinilai secara holistik.. bukan sahaja berdasarkan akademik tetapi secara keseluruhan. Bermakna.. penilaian adalah berdasarkan kepada akademik, sahsiah diri, komunikasi, kematangan dalam menyelesaikan masalah dan sebagainya. Itulah sebabnya... dihari keputusan UPSR diumumkan, anda akan menerima 3 lagi sijil selain keputusan UPSR iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan akhir sekali Psikometrik (PPsi)
Tapi... sayang... seribu kali sayang... itu semua mainan tidur semata-mata. Kononnya... murid dinilai secara holistik/keseluruhan... tetapi... di peringkat JPN.... apa yang dilihatnya???? Pastilah daerah mana yang mendapat Gred Purata paling tinggi... ( 1 adalah terbaik dan 5 adalah terburuk).... dan di peringkat PPD... yang dilihat adalah Gred Purata Sekolah.... Benda apa tu Gred Purata nih???? Gred purata nih.... berapa banyak awak dapat A lah.... A membawa nilai 1, B=2, C=3, D=4, dan E=5. Jadi... kalau satu subjek itu mendapat Gred Purata adalah 5, maksudnya semua murid yang ambik matapelajaran tersebut gagal.
Lagi... nak tau apa bukti bahawa akademik tetap menjadi penilai no 1 berbanding 3 elemen lain??? Pernah dengar tentang " New Deal" ataupun... apa ya.. kalau tak salah dalam BMnya.. "Tawaran Baru"... yang akan diberikan kepada sekolah yang menunjukkan kecemerlangan akademik. Kiranya, sekolah yang dapat "New Deal" ni... cikgu-cikgunya akan mendapat imbuhan berupa wang sebanyak RM900 dan Pengetua atau Guru Besar mendapat RM7500. Kalau 3 kali berturut-turut dapat "New Deal"... Pengetua/Guru Besar dapat melancong ke luar negara dengan percuma....Uuuhh... banyak kan.... sekali lagi apa yang ditengoknya??? Pencapaian akademik ya...
Sayang sekali.. di sekolah Cikgu.. inilah yang terjadi... para guru ikhlas melaksanakan tugas masing-masing... tetapi... Tekanan dan "ugutan-ugutan" dari pihak PPD yang hendakkan sejuta "A" (agaknya) dari sekolah menyebabkan guru-guru tertekan. Situasi yang sama rasanya bagi setiap negeri... JPN menekan PPD... PPD memberi tekanan kepada GB.... GB kepada para guru dan para guru kepada murid-murid. Kesian anak-anak murid Cikgu....
Atas desakan-desakan dan tekanan-tekanan inlah.. tidak mustahil.. para guru akan menggadaikan maruah dan harga diri mereka untuk mencapai KPI sekolah/PPD. Yalah.. nak jaga nama sekolah kluster.... sekolah yang dapat "New Deal"... sekolah apa lagi...eemm.... Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).... kalo tak... jatuhlah maruah sekolah kalau dapat GPS 4.00 kan.... paling busuk pun... patut dapat 1.9...
Ingat lagi.. peristiwa-peristiwa tahun-tahun lepas??? kertas soalan bocor.... sehingga calon terpaksa menduduki kertas matematik dan sains 2 kali?? ingat cerita ada pentadbir yang sembunyikan calon... menyembunyikan dalam setor... memberi sogokankan wang supaya tidak hadir di hari peperiksaan dan sebagainya???? Dalam situasi ini.. Cikgu tidak menyalahlah para guru dan pentadbir sekolah.... jelaslah disini.. mereka menerima tekanan yang hebat dari pihak atasan yang mementingkan "A" dalam laporan mereka untuk tahun berkenaan tanpa mereka menyedari ataupun sengaja buat-buat tak tau.. bahawa nilai "A" untuk tahun berkenaan... merosakkan seluruh kehidupan murid tersebut selamanya. Mungkin mereka tidak sedar... mereka telah letakkan setitk noda hitam di kain yang putih dan suci.
Mungkin ada yang akan bertanya.... "La cikgu... nak buat macamana???? Cikgu A/B/C suruh saya tiru jer si D/E/F masa periksa.... dia pandai..."
Si D/E/F pulak menyampuk.... " Yalah Cikgu... saya nak tolong kawan saya ni lulus periksa!!"
Tolong ya... anak-anak murid Cikgu yang dikasihi sekalian.... nak tolong kawan.. bukan dengan cara macam tu ya....Ibaratnya... kawan anda berjalan di satu jalan yang ada lopak air di tengahnya.... kawan anda cakap... "alah.. cetek je air ni.. nak redah lah..... " kemudian... anda tolak dia dalam lopak air itu... dan rupa-rupanya lopak air tu sangat dalam..... adakah itu caranya menolong kawan??? Cikgu rasa tidak... Cara sebaiknya adalah nasihati dia supaya jangan redah air di lopak itu sebab kita tak tau sedalam manakah lopak tersebut... ataupun.. tarik dia..ikut laluan lain yang lebih selamat.
Sekali lagi Cikgu tegaskan di sini... nilai D yang anda perolehi dengan hasil keringat dan titik peluh anda adalah lebih berharga daripada nilai A yang anda dapat dengan cara menipu... tak kiralah anda dapat jawapan dari kawan anda ataupun dari guru anda sendiri. Percayalah... nilai D yang anda perolehi sekarang akan menjadi A apabila anda dewasa kelak. Seandainya anda dipaksa untuk meniru... katakan bahawa Malaikat Atid di sebelah kiri tak akan pernah lupa untuk mencatat segala keburukan walaupun sebesar zarah.
Cikgu ada terbaca satu kata-kata yang menarik... " Seekor ikan akan selamanya dianggap bodoh sekiranya dia dinilai berdasarkan kebolehannya memanjat pokok". Ya.. ikan tidak mungkin mampu memanjat pokok seperti monyet tetapi... jika berenang di dalam air.... siapa yang terbaik??? monyet atau ikan???
![]() |
| Sumber: Internet |
Akhir sekali... jika anda rasa nak berputus asa... ingat kata-kata seorang motivator yang sangat terkenal ini... yang Cikgu sangat kagumi...
![]() |
| Sumber: Internet |
![]() |
| Sumber: Internet |
Salam Sayang buat semua..
- Ikhlas dari: Cikgu Roha-
Tuesday, 19 July 2016
Salam Lebaran...2016
Lama tak menjengok blog nih..ish banyak betul vitamin M ni.. hihihi...
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada yang mengenali saya... dan kepada yang tidak mengenali.... diucapkan Salam Aidilfitri... semoga hari anda sentiasa ceria dan diberkati Allah S.W.T.
Seringkali... itulah ucapan Maaf Zahir dan Batin sering kita ucapkan..eh... itu dulu.. sekarang... ucapan itu dinyatakan dalam fb, watsaap telegram...etc....tapi.... adakah ucapan yang kita lafazkan itu terbit dari hati yang betul-betul mengharapkan kemaafan ataupun sekadar CnP dari group sebelah???? Tepuk dada... tanyalah iman...hihi..
Sejujurnya... sebagai manusia yang bernama perempuan, emosi seringkali lebih mendominasi berbanding akal....oleh itu, seringkali didengari " I can forgive.. but not to forget..." Jadi, kuasa mengingat kaum wanita lebih kuat berbanding lelaki..... tambah-tambah... perkara-perkara yang menyakitkan hati... sampai ke mati akan diingatnya... ah.. melalut pulak...
Sebelum menjelang 1 Syawal... saya ada bertanya kepada seorang teman.." How's your Hari Raya..".. and she said... " I prefer wears apron than baju kurung.... "... lah.. gitu pulok....and of course I ask the reason why she said that...
The truth is.. when you get older... the spirit of Hari Raya.. slowly vanish...eh..ye ker???
Dulu... di zaman kanak-kanak... hari raya bermaksud pakai baju baru.... pergi rumah orang... berjalan keliling kampung dan kadang-kadang sampai kampung seberang berhari raya... dalam erti kata lain... pergi je mana-mana rumah.. cakap nak raya.. dapatlah duit raya....
Tapi... bila meningkat dewasa... dah masuk sekolah menengah dan masuk universiti..... sudah tentulah tiada lagi nak jalan keliling kampung kumpul duit raya.... dan erti beraya pun berubah....
Bagi saya... pengertian berhari raya:
1. Di hari raya.... mesti pakai baju raya @ baju baru.... kalau beli baju baru... tetapi dipakai sebelum hari raya... dah jadi bukan baju raya..jadi.. kena beli baju lain tau..heheh.
Pernah semasa saya di universiti...ada satu tahun tu.. saya rasa tak perlulah beli baju raya... sebab... sepanjang tahun pengajian...memang buat baju baru saja ..but....by the end.. on Hari Raya.... when everybody wears their new baju raya... perrrhh... rasa sedih gila....so.... from that day.... I'm promise to myself.... mesti ada baju raya for Hari Raya.. tak kira lah murah ke mahal.... janji baju baru....
2. Hari Raya maksudnya.. pagi-pagi... mesti solat sunat Hari Raya... baru beraya..... kalau first day raya kena bendera merah...memang rasa tak raya lah..huhuhu....
3. Hari Raya...mesti bagi duit raya.... dulu terima duit raya.. tapi bila dah kerja... kenalah sediakan duit raya... tapi.. ni tak rasa sangat sebab kadang-kadang duit raya dah bagi dulu sebelum raya kat anak-anak murid...
4. Perkara yang paling best... duduk rumah... tunggu tetamu datang beraya.... time ni lah dok bilang sedara mana yang dah datang... yang belum datang... saat ziarah menziarah inilah yang mengeratkan silatrurahim... time nilah.. sedara mara nak memperkenalkan orang baru dalam keluarga... memperkenalkan menantu baru... cucu baru... suami baru...eerrkk...hihihi.. Ada sesetengah orang... semasa hari raya .. mereka gemar pergi berziarah sanak-saudara.... ( jadi... bagi yang jenis macam ni... x payah ler pergi ziarah rumah diaorang... tak der kat rumah punya....nak jumpa suruh jer diaorang datang beraya kat rumah...) ..Me??? I'm the second type... malas nak berjalan rumah orang.... lebih suka orang datang rumah..heheh...
Oleh itu... jadikan hari raya... hari untuk kita mengeratkan silaturrahim sesama sanak-saudara jauh dan dekat. Kenali ahli baru dalam keluarga mereka.... jangan pulak orang kata " sampai berlanggar bahu pun tak kenal saudara"....
| Sepupu sepapat... sepusing... sepusat..heheh |
| Saudara-mara yang datang beraya....uuhh.. sekali datang.. 2 -3 kereta.... |
Monday, 28 March 2016
Buah pahit ditelan manis - Kejohanan Wajadiri Peringkat Kebangsaan Sekolah & IPT
| Lautan Biru.... peserta dari seluruh negara... |
Alhamdulillah....
Pertandingan Wajadiri Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah dan IPT yang telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Sabtu lepas ( 26 Mac 2016) telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Team Raub... walaupun tidak membawa pulang sebarang pingat... tetapi anda telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya.
Alhamdulillah, setelah lebih kurang 6 tahun Silat Cekak Pusaka Hanafi bertapak di bumi Raub, ini merupakan tahun kedua pasukan dari Raub menyertai pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta dari SMA Al-Ulum Addiniah @ SMA Dong, Raub.
| Menerima cenderahati dari perasmi.. |
Walaupun pasukan dari Raub tidak membawa pulang apa-apa pingat, tetapi.. semangat berpasukan, semangat kesukanan dan setiakawan berjaya ditunjukkan dalam pertandingan ini. Tahniah!!
Satu peningkatan berbanding penyertaan tahun lepas adalah... jumlah peserta yang memakai uniform bertambah berbanding tahun lepas. Tahun lepas... hanya seorang peserta sahaja yang layak memakai uniform tetapi pada tahun ini... mereka yang layak memakai uniform adalah seramai 6 orang!!!.. Alhamdulillah... sebagai jurulatih mereka... saya memang berbangga dengan mereka.
Untuk makluman pembaca yang budiman... Dalam Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi... hanya ahli yang telah tamat sahaja yang dibenarkan memakai uniform persilatan.
Pada penyertaan kali ini,Team SMA Dong menghantar seramai 12 orang peserta. Antara kategori yang disertai adalah:
![]() |
| Dua orang jejaka pujaan malaya dari Raub.... |
Lelaki (2 peserta untuk kedua-dua kategori)
1. Sepasang Kaki (serangan dengan kaki)
2. Sepasang Tongkat ( serangan menggunakan tongkat)
Manakala bagi wanita pula, kategori yang disertai adalah:
1. Sepasang Kaki ( 2 peserta)
2. Sepasang Tongkat (2 peserta)
3. Buah jatuh ( kategori buah jatuh disertai oleh penuntut yang masih belum tamat).(6 peserta)
Semasa pertandingan sedang dijalankan, terdapat satu kejadian yang sangat menyentuh hati saya.
Semasa pelajar SMA Dong sedang bertanding dalam kategori sepasang tongkat, rupa-rupanya salah seorang pelajar tersebut telah tercedera semasa dalam pertandingan. Saya yang memerhati dari luar gelanggang... tak perasan pun kejadian tersebut. Sebaik keluar sahaja dari gelanggang, pelajar tersebut terus pengsan. Kelam kabut juga masa tu... Rupa-rupanya... semasa bertanding... pasangan pelajar tersebut telah terpukul kepalanya dengan kayu dengan agak kuat. Bergegas kami ke hospital dengan bantuan JPAM. Inilah pengalaman pertama saya menaiki ambulans..
Alhamdulillah.. tiada kecederaan serius. Ditanya bagaimana kejadian berlaku... rupa-rupanya dia dah tercedera semasa buah ke-2. Dalam pertandingan, telah ditetapkan syarat bahawa peserta mesti menunjukkan 2 kaedah menangkis serangan tongkat yang telah ditetapkan dan 2 kaedah menangkis serangan tongkat kreatif.
Jadi, dalam keadaan yang kebingungan, pelajar tersebut meneruskan 2 lagi serangan untuk menamatkan persembahan. Dipaksa dirinya untuk menamatkan persembahan. Katanya.. dia kuatkan semangat.. tahan diri demi Kak Niza.... ( eerrr... memang terharu sangat bila dia cakap macam tu...)... keluar jer dari gelanggang.... terus pengsan... Nasib baik tiada apa-apa yang serius.
![]() |
| Kami.... |
Tahun hadapan... Pulau Pinang telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Wajadiri Peringkat Kebangsaan IPT dan Sekolah. InsyaAllah... Team Raub.... kita sediaaa.....!!!!
Secara personal.. saya lihat pertandingan kali ini banyak keistimewaannya. Apa tidaknya.... ramai anak-anak rakan-rakan senior masuk bertanding.... jadi, kebanyakan yang jadi juri pertandingan tahun lepas... angkat bendera putih.... kerana hendak memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Tahniah...
Tahniah juga diucapkan kepada SMK Sri Kukup, Johor yang merangkul Johan Keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan.
Selain itu, di waktu-waktu beginilah kami dapat berkumpul dan berjumpa dengan rakan-rakan seangkatan. Almaklumlah... sebelum ini masing-masing berada di segenap pelosok negara. Bila ada acara sebegini dapatlah kami berkumpul dan bersua kembali.... bertanyakan khabar berita.
Satu keistimewaan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi ini.. boleh dikatakan.. ramai yang satu keluarga terdiri daripada ahli silat cekak.... Yalah.. dah mak dengan ayahnya ahli silat... memang wajib lah anak pun ahli juga.... kan..
Banyak keistimewaan belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH).... antaranya... mendidik seseorang menjadi seorang yang bertanggungjawab, berani dan tidak ketinggalan menghormati kedua ibu bapa... sudah pastinya itu adalah antara sifat yang mahu diterapkan dalam diri setiap anak-anak ....
Menghormati kedua ibu bapa adalah antara perkara yang paling ditekankan kepada setiap ahli... lagipun itu adalah salah satu daripada pantang larang SCPH - Tidak boleh derhaka kepada kedua ibu bapa....
Ayuh pembaca budiman... jom sertai Silat Cekak Pusaka Hanafi... Pastikan yang Ori....
Sunday, 20 March 2016
Smart-Pasca 2016 - Satu pendedahan...
Wah!!!.... lama betul tidak menulis... dah masuk bulan ke-3.. tapi ini baru coretan ke-2 untuk tahun ini.... entah apa yang sibuk sangat tu.. hihihi.
Dalam kehidupan sebagai seorang pelajar... semester ini... saya dah tidak lagi menghadiri kelas.... maksud saya.. kelas yang wajib diambil dah habis... untuk semester ke-3 ni... saya perlu fokus kepada research... eerrkk.. research???? binatang apakah itu?????? ohh TIDAKKKK!!!!
Tapi... itulah yang dinamakan proses pembelajaran.... Tapi... disebabkan SELAMA INI .... saya tidak pernah didedahkan dengan dunia penyelidikan... dunia penulisan ilmiah dan sebagainya... tentulah tidak adil... tiba-tiba .... out of no where.... tiba-tiba... nak jadi penyelidik... errkk...
Alhamdulillah.... cuti sekolah penggal pertama selama seminggu ... saya menghadiri kursus yang dikendalikan oleh IPS ( Institut Pengajian Siswazah) UPSI... sangat banyak yang dipelajari sepanjang minggu. ... mau ting-tong lah juga kepala ni.... mana tidaknya...kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan disambung semula 8.00 malam - 10.00 malam selama tiga malam berturut-turut.... perrgghhh..
Sebenarnya.. nih nak cerita tentang kursus tu lah...
Hari pertama dan kedua... adalah kelas bersama Dr. Nurul Fadly Habidin.... lagi.. hihihi (perkataan lagi merujuk kepada kursus intensive writing 10 minggu kendalian Dr. Fadly ini yang saya ikut semester ni..)
![]() |
| Dr. Nurul Fadly Habidin |
Sesi Dr. Nurul Fadly adalah berkaitan dengan penulisan BAB 1 dan BAB 2 dalam penulisan tesis iaitu berkaitan dengan Objektif kajian, Permasalahan Kajian, Persoalan Kajian.. Bab 2... hari ke-2 tentang Literature Review... ataupun bagaimana menulis tentang kajian-kajian lepas... apa yang perlu ditulis dan apa yang tidak perlu ditulis.. bla..bla..bla... Bila Dr. Fadly nampak kita dia tanya.. " tak boring ke??? " sebab masa kursus intensif pun dia cerita benda yang sama... tak boring... sebabnya... yang sebelum-sebelum ini... macam kurang faham apa yang hendak disampaikan.... tetapi, apabila benda yang sama diulang-ulang... akhirnya fahamlah jugak.. walaupun sedikit...
Hari ke-3, yang paaaling sakit kepala.... belajar SPSS dari Dr. Nor Azrin.... laju sungguh... banyak yang hendak diajar dalam masa yang terhad.... sudahnya... sakit kepala...
![]() |
| Belajar SPSS dengan Dr. Nor Azrin |
Hari ke-4... ok sikit... belajar sesuatu yang tak berapa nak teknikal mcam SPSS.... regression la... correlation la...
Hari ke-4... belajar tentang Mendeley dan MS Word..... Mendeley pernah cuba... try... test dah... Word??? mesti korang ketawa kan... belajar MS Word??? tapi sebenarnya... banyak fungsi di Word yang kita explore lagi... pernah baca dalam buku Dr. OT.... ramai orang guna MS Word sebagai mesin taip elektronik jer... Yang bestnya... Dr. Sharul Effendy menunjukkan cara bagaimana menulis tesis dalam satu fail... bukan separate fail ikut chapter yang macam kita selalu buat tu....hihihi... masa ni ... terdetik dalam hati... " wah... lepas ni bolehlah tulis novel pulak"... hihihi...
Satu kelebihan bila kita menulis dalam satu fail adalah mudah bagi kita untuk buat citation dan references... jadi, tak adalah macam kita buat assignment dulu... dah siap writing... 2 hari buat references... sebab ikut APA format.... mau demamlah jugak.... mujur dengan Mendeley dan Word ... perkara ini menjadi lebih mudah.
![]() | |
| Dr. Sharul Effendy Janudin... Penulis blog APM ( Aku Penyelidik Muda ) |
![]() |
| Bersama Kak Ros.... yang sangat bersemangat .... malulah orang yang lebih muda... |
![]() |
| 3 malam di libarary.... |
Sesuatu yang menarik... bolehlah dirumuskan bahawa semua speaker menekankan satu perkara yang sama iaitu bahan rujukan yang berkualiti. Ini bermakna... untuk menghasilkan tesis atau jurnal yang berkualiti, bahan rujukan dan bahan bacaan kita juga mestilah berkualiti.
Ini mengingatkan saya kepada beberapa perkara dalam kehidupan harian kita.... back to basic.... pasti anda pernah terdengar proverbs ke mutiara kata:
1. You are what you eat ataupun
2. You are what you read...
Dan seperkara... personaliti seseorang dapat diteka.... what kind of person are you bila kita tengok jenis buku yang ada di rak buku di rumahnya.... so ladies.... be careful...hihihi
Bila kita mengikuti sesuatu kursus atau bengkel.... sebenarnya... bukan hanya ilmu yang disampaikan oleh speaker atau fasilitator sahaja kita dapat... secara sedar atau tidak sedar.... banyak perkara lain yang kita perolehi.... antaranya... pergaulan dan pandangan kita lebih luas...pergaulan dengan teman-teman dari fakulti dan jurusan yang berbeza...pelajar tempatan dan antarabangsa..... komunikasi kita dengan orang lain bertambah baik serta kita akan berjumpa dengan mereka yang boleh memberi motivasi dan pengaruh positif terhadap kita....
So.... kita akan akan menjadi insan yang lebih baik setiap hari... harapannya...
Moga kita berjumpa lagi... dan semoga catitan ini memberi motivasi dan manafaat kepada anda....
Assalamualaikum w.b.h..




















