Saturday 23 August 2014

Jom kenal pecahan.... Aktiviti 2

Tahun: 1 Gemilang
Masa: 60 minit
Tajuk: Mengenal pecahan
Objektif: Murid dapat mengenal dan dapat menyatakan separuh, setengah, suku
BBM: plastisin, pembaris, acuan biskut raya

Disebabkan aktiviti pdp ini jatuh pada bulan puasa.. jadi.. saya namakan aktiviti seterusnya adalah " Jom buat kuih raya". Aktiviti sebelum ini melibatkan bentuk-bentuk asas.. jadi, pada aktiviti ini.. saya dedahkan mereka dengan pelbagai bentuk... ( saya telah membeli acuan kuih raya untuk mereka).

Arahan untuk murid: Pilih mana-mana 4 bentuk yang paling disukai, kemudian potong biskut raya tersebut kepada setengah dan suku.

Keputusannya: Ada yang dapat memotong dengan betul dan ada yang salah. Murid diminta memberi pendapat tentang hasil kerja rakan mereka. Adakah rakan mereka memotong dengan betul...

Gigih membuat kuih raya...

" Kuih raya" yang dah siap.. tunggu nak potong jer...
 Melalui aktiviti ini... murid dapat mengenalpasti objek yang mana boleh dipotong setengah dan yang mana boleh dipotong suku. Selain ini, mereka juga diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat tentang bentuk-bentuk yang telah dihasilkan dan bagaimana memotong sama untuk mendapat bentuk setengah dan suku.

Jom belajar jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tajuk baru untuk tahun 1: Mari mengenal jam.

Objektif utamanya.. selepas belajar tajuk ini, murid sudah mampu untuk membaca jam. Maknanya kalau ditanya pukul berapa sekarang.... merujuk kepada jam dinding ( sudah tentunya jam analog... jam digital tak dikira ..ok...) mereka sudah dapat menyatakan waktu dengan tepat. Dalam silibus tahun 1... pada tahap ini.. mereka hanya dapat menyatakan jam dengan menggunakan istilah suku dan setengah. Tetapi disebabkan semua murid saya sudah menghafal sifir 5... jadi.... advanced... mereka diajar terus membaca jam.

Antara aktiviti kegemaran saya kalau melibatkan jam... adalah membina jam. Kali ini saya menggunakan pinggan polisterin. Tujuannya supaya mereka dapat mengenal dan mengingat serta dapat bermain sesama mereka semasa ketiadaan guru. Sekaligus ini meningkatkan daya ingatan, meningkatkan tahap sosial dan interaksi sesama mereka dan juga meningkatkan daya imaginasi mereka.




Aktiviti menggunting dan menampal: membina motor halus murid-murid...