Wednesday 2 April 2014

Main nombor lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Anak-anak Tahun 1 ni memang suka betul kalau dapat main susun-susun nombor...

Saya masih menggunakan set kad nombor yang dibuat sebelum ini. ( Memang berguna betul kad-kad nombor bersaiz A4 ni. Banyak aktiviti yang boleh dibuat)

Kali ini, objektif PdP adalah untuk mereka dapat melakukan operasi tambah Fakta Asas Nombor.

Hakimi dan Alia...

Hakimi lagi...


Hakimi ni memang aktif... dia jer yang dok dapat jawab


Haziq tengah keliru...asyik dok tanya er..betul ker salah....

Hakimi tolong betulkan... nasib baik mereka dalam satu kumpulan yang sama..hehe


Permainan ini melibatkan 2 kumpulan murid. Kali ini, kad nombor dari 0 -10 digunakan. Kad-kad kecil pula adalah kad operasi tambah. jadi, mereka perlu meletakan kad-kad operasi pada kad-kad nombor yang memberikan jawapan yang betul. Kumpulan yang meletakkan jawapan yang paling banyak dan betul dikira sebagai pemenang.

Disebabkan saya hanya mempunyai satu set kad operasi yang sama warna,  jadi jawapan bagi satu lagi kumpulan terpaksa saya tandakan dengan pen marker.

Akhirnya.. permainan ini dimenangi oleh kumpulan Aisy. Kumpulan Hakimi pula tidak bernasib baik.

Penambahbaikan yang perlu saya lakukan untuk mempelbagaikan aktiviti menggunakan kad nombor dan juga menjadikan aktiviti ni lebih menyeronokkan:

1) Kad nombor operasi perlu dibuat lebih dari satu set, dengan warna yang berbeza untuk kumpulan yang berlainan.

2) Set nombor juga perlu dibuat lebih dari satu set.

3) Kad operasi untuk operasi tolak juga perlu dibuat.

4) Perlu  juga disediakan kad operasi bagi jawapan lebih dari sepuluh.


Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua... Insya Allah...