Showing posts with label bibliografi. Show all posts
Showing posts with label bibliografi. Show all posts

Sunday, 24 May 2015

Sistem APA - Format Penulisan Rujukan Majalah, Internet


 Oleh:
Hassan Mohd Ghazali


Format Penulisan Rujukan Majalah

Greenberg, G. (2001, August 13). As good as dead: Is there really such a thing as brain death?. New Yorker, 36-41.
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat.

Format Penulisan Rujukan Akhbar

Minguan Malaysia. (1992, February 23). Masjid di Algeria jadi medan latihan golongan pelampau, 10.
Judul Akhbar. (Tarikh penerbitan). Judul artikel, mukasurat.

Kandau Sidi. (2000, July 5). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 17.
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.

Mad-cow may tighten blood-donor curbs. (2001, April 19). The Gazette,p. A13. Retrieved august 25, 2001, from Lexis-Nexis database.
Judul artikel. (Tarikh penerbitan). Judul Akhbar, p. mukasurat. Retrieved tarikh bahan diakses, from nama pangkalan data.

Feller, B. (2005, May 6). GM, Ford get “junk” rating. The Detroit News Online. Retrieved May 6, 2005, from. http://www.detnews.com/2005/autosider/0505/ 06/A01-173553.htm.
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.

Format Penulisan Rujukan Artikel dari Internet


Albanese, J. (2001). How can we reach teenage smokers? Retrieved September 13, 2001, from
http://msweb.nursingspectrum.com/ce/ce229.htm.
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.

Format Penulisan Rujukan Audiovisual


• Pita video
Language and verbal skills. (1976). [Videotape]. Virginia: Association for Retarded Citizen.
Judul pita video. (Tahun penerbitan). [Videotape]. Tempat penerbitan: Penerbit.

Sistem APA -Format Penulisan Rujukan Buku

sambungan..

Format Penulisan Rujukan Buku
• Tanpa pengarang
Give me liberty. (1969). New York: World.
Judul. (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit.

• Satu pengarang
Hassan Mohd Ghazali (2009), Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual tingkatan 4 dan 5, Kuala Lumpur: kreatif Enterprise
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

• Dua pengarang
Luca,M. & Kent,R. (1968). Art Education: Strategies of Teaching. New Jersey: Prentice Hall.
Nama pengarang pertama & nama pengarang kedua. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

• Tiga hingga lima pengarang
Cameron, D., Frazer, E., Harvey, P., Hampton, M.B.H., & Richardson, K. (1992). Researching language: Issues of power and method. London: Routledge.
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, pengarang ketiga, pengarang keempat, & pengarang kelima. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

• Enam pengarang dan ke atas
Rebecca T., et al (2007) Creativity and the Arts with Yong Children. Canada: Thomson.
Nama pengarang pertama, et al. (Tahun penerbitan). Judul.Tempat penerbitan: Penerbit.

Sistem APA - Penulisan Nama Pengarang

Cara menulis Bibliografi
Oleh: Hassan Mohd Ghazali (http://senivisual2.blogspot.com/)

Sistem APA

Sistem dokumentasi APA ‘AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION’(APA) merupakan system yang boleh diaplikasikan dalam bidang seni visual sebagai menulisan kajian dan ilmiah. Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks (citations) dan senarai rujukan (bibliography) maklumat sumber bahan yang digunakan di dalam sesuatu tugasan.

Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah bibliografi adalah:
• Pengarang
• Tahun penerbitan
• Judul
• Maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi, muka surat, dll)
• Maklumat tambahan (URL) (jika perlu)

Apa yang perlu didokumentasikan?

Dokumentasi merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan sistematik dimana ianya bertujuan memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengenalpasti sumber maklumat dan merujuk semula sumber bahan yang asal. Dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat:

• Petikan secara langsung (direct quotations)
• Parafrasa dan ringkasan (paraphrase and summary)
• Idea atau maklumat yang dirujuk ( statistik, graf, dll)

Format Bibliografi atau Rujukan menggunakan sistem APA. Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti berikut:

a) Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.

b) Pangkat atau gelaran bagi setiap pengarang perlu diletakkan selepas nama pengarang ataupun diabaikan.

c) Entri juga hendaklah disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya.

d) Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua di “kedalamkan” (indent) lima jalur.

e) Penulis dikehendaki mengunakan satu sistem sahaja secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya.

Penulisan Nama Pengarang

• Pengarang Barat – ringkaskan kepada nama keluarga sahaja dan nama selainnya hendaklah digunakan parap (initial).
a) John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy .Parap hendaklah ditulis selepas nama keluarga dan didahului dengan tanda ( , ).
a) J.F. Kennedy ditulis sebagai Kennedy, J.F.

• Pengarang Arab
a) Sulayman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani,
b) Sulayman ibn Ahmad
c) Sharifah Alwiah Alsagoff ditulis sebagai Alsagoff, Sharifah Alwiah
d) Sheikh Abdul Rauf ditulis sebagai Abdul Rauf, Sheikh

• Pengarang Melayu
a) Iberahim Hassan ditulis sebagai Iberahim Hassan
b) Ramli bin Abdullah ditulis sebagai Ramli bin Abdullah
c) Nik Safiah Abdul Karim ditulis sebagai Nik Safiah Abdul Karim
d) Dato’ Nordin Hassan ditulis sebagai Nordin Hassan, Dato’ atau Nordin Hassan
e) Syed Ahmad Jamal ditulis sebagai Syed Ahmad Jamal

• Pengarang Cina
a) Tuck Cheong Tang ditulis sebagai Tuck, Cheong Tang
b) Walter Woon Cheong Ming ditulis sebagai Woon, Walter C.M.

• Pengarang India
a) Krishan Kumar ditulis sebagai Krishan Kumar
b) V. Thilagavathi Gunalan ditulis sebagai Gunalan, V. Thilagavathi
c) Jagjit Singh Siddu ditulis sebagai Siddhu, Jagjit Singh

Nama yang menggunakan parap, maka parap perlu diletakkan selepas nama.
a) Zakri A.H ditulis sebagai Zakri, A.H.
b) H.M. Dahlan ditulis sebagai Dahlan, H.M.
c) S.K. Cheong ditulis sebagai Cheong, S.K.
d) R. Paul Singh ditulis sebagai Singh, R. Paul

• Penulisan bagi nama korporat.
a) Kementerian Pelajaran Malaysia ditulis sebagai Malaysia, Kementerian Pelajaran
b) American Psychological Association ditulis sebagai American Psychological Association
c) Angkatan Pelukis Semalaysia ditulis sebagai Angkatan Pelukis Semalaysia