Thursday, 7 May 2015

Format Penulisan Artikel Ilmiah - Satu Panduan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak bergelar pelajar semula .. terpaksa menggodek-godek internet untuk menyiapkan assignment dari pensyarah.. Dulu, tak ambik pot pun pasal penulisan ilmiah ini... tapi... inilah antara ilmu yang disedut dari UPSI... ( dulu yang tau buat penulisan kreatif jer...hihihi.... ada lah hasilnya.... mostly..sajak lah... cerpen ada 2 tak silap.. dan gurindam... tak siap-siap....hihihi... hasil karya sayalah.... tapi tak pernah dipublishkan pun... dalam blog pun tak der.. dalam diari jer...)



Oklah...melalut pulak... jom tengok format penulisan ilmiah yang saya dapat dari internet...( bukan saya yang tulis ya..saya copy paste jer.).Ini antara panduan yang terbaik yang saya jumpa - bagi newbies macam saya dalam dunia penulisan ilmiah ni..heh..

Nak download dalam bentuk word:

 https://docs.google.com/document/d/1jpr84E-aQfTY-YPpsOmsdM29bVBm-k0VUyDK3-krlU4/edit?pli=1


PENULISAN ILMIAH
  1. Pengenalan

Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah.

Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik.  

    Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah diharapkan, melalui usaha  ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti.

2.0    Definisi Konsep

    Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001).

    Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana, Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan.

     Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta  pula menyatakan bahawa karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:

1.     Penulisannya berdasarkan hasil penelitian;
2.     Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;
3.     Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;
4.     Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan
        menyelesaikan masalah yang dibincangkan;
5.     Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan     tepat sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca.

    Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan dalam:

1.     Masalah yang diteliti,
2.     Kaedah penelitian,
3.     Teknik penulisan bahan ilmiah dan
4.     Penguasaan bahasa yang baik.


3.0    Jenis Penulisan Ilmiah

    Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah beberapa contoh:


    1. Kerta Kerja Konsep/ Kajian

    Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.       

    1. Artikel

    Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang awam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya adalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.  

    1. Kertas Projek, Tesis dan Desertasi

    Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi. Kertas projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara tesis disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi dihasilkan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001).


    1. Laporan

    Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, 1995)


  1. Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian

    Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:
4.1    Kertas dan Saiz

    Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah dari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.

    1. Jidar/ Margins

    Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan. 
    1. Huruf/ Fonts

    Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah. Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan. Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidak bercampur-campur.
 
    1. Jarak Antara Baris

    Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5 spacing).

    1. Muka surat

    Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya.

    Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran. 
    1. Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian

    Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional

HALAMAN JUDUL


Halaman Judul
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Lampiran

BAB 1    PENDAHULUAN


1.1    Pendahuluan
1.2    Latar Belakang Kajian
1.3    Pernyataan Masalah
1.4    Tujuan Kajian
1.5    Rasional Kajian
1.6    Soalan Kajian
1.7    Batasan Kajian
 

BAB 2    TINJAUAN LITERATUR


    1. Pendahuluan
2.2    Tinjauan Am
2.2    Tinjauan relevan dengan soalan kajian
2.3    Rumusan

BAB 3    METODOLOGI


3.1            Pendahuluan
3.2    Reka Bentuk Kajian
3.3    Instrumen
3.4    Populasi/Sampelan
3.5    Prosedur Pengumpulan Data
-   kaedah
-   kajian rintis
    1.      Pemerosesan dan Analisis Data
    2.      Jadual Kerja
    3.      Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN



Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian  
                            Halaman
Halaman Judul                            i
Isi kandungan                                  ii
Abstrak                                iii
  1.0    Pengenalan                          1
      1.1     Matlamat Kajian                    
      1.2       Objektif Kajian                  
      1.3    Persoalan Kajian                   
      1.4       Kepentingan Kajian                            
      1.5    Batasan Kajian                                                
  2.0    Sorotan Kajian                       4
  3.0   Metodologi Kajian                         6
    3.1    Rekabentuk Kajian                                          
    3.2    Persampelan
    3.3    Instrumentasi
    3.4    Prosedur Kajian
    3.5    Kaedah Analisis Data
  4.0   Perbincangan Dapatan Kajian                      11
          4.1    Demografi
    4.2        .................
  5.0   Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan                           20

Rujukan                                
Lampiran                                                                     






5.0    Penggunaan Bahasa

    Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai  untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan  secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.

6.0    Perenggan

    Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan :

6.1      Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka
    • Pengantar
    • Menarik minat dan perhatian pembaca
    • Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan
    • Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
6.2     Perenggan Penghubung
    • Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.
    • Analisa masalah
    • Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik
6.3     Perenggan Penutup
    • Merumus dapatan
    • Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung
    • Ringkas, padat dan pendek




  1. Topik dan Tajuk

    Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut :

1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas
2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis
3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis
4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi

    Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik.

    Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label untuk suatu karangan.

Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:

a.    Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh     orang lain
b.    Judul perlu menggambarkan maksud  keseluruhan topik perbicaraan
c.    Judul biasanya tidak melebihi 12 patah  perkataan
d.     Gunakan perkataan dan istilah yang tepat  dan padat
e.    Tidak mengandungi  singkatan atau akronim.


  1. Kerangka Penulisan

    Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun  dalam komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat

  1. Format Rujukan

    Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:

(a)    Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)
(b)     Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)

Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):

(i)     Meletakkan tahun penerbitan dalam  kurungan selepas nama pengarang     yang  dirujuk, contohnya:

    Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang     merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti

(ii)     Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan     tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:

      Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang     lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).

(iii)     Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,     nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:

      Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji     oleh Kralj dan Petrovic (1995).

(iv)     Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau     lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:
      Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini     tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.

(v)     Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh     pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b,     c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber     tersebut, contohnya:
   
    Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir     dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil     seni rakyat tradisional Jawa.





  1. Bibliografi

    Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan.
    Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah tersebut.

    Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:

(a)     Buku

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda     Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu     Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.

(b)    Artikel dalam buku

Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in     Schools: Reflections and     Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. School Leadership and     Management. Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

(c)    Artikel dalam jurnal
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The     Intructional Management     Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2).  217-247.
(d)    Tesis
Chew Chee Wan (1993). Instructional Supervision For Curriculum     Implementation: A Case Study Of A     School. Universiti Malaya:     Disertasi Sarjana Pendidikan.
(e)    Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua     Dan     Pasukan Kerja Untuk     Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor:     Kertas     kerja tidak diterbitkan.

11.0    Cadangan

    Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor 2008

  1. Rumusan/ Kesimpulan

    Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.



Rujukan

American Psychological Association (2001). Publication Manual of the American     Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author.

Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC:     Gallaudet University.

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi.     Jakarta: LIPI.

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor:     Penerbitan UTM.















Friday, 1 May 2015

Bahagi Pecahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sambungan dari kursus Matematik KSSR Tahun 6 yang saya rasa sangat bermanafaat untuk dikongsi bersama-sama...

Masih dalam tajuk pecahan. Kita sambung pulak dengan bahagi pecahan yang akan diwakilkan dengan gambarajah... supaya murid lebih mudah memahami konsepnya.









Semoga bermanafaat. Saya pun baru tahu bagaimana nak mewakilkan dengan rajah.. hihihi

Tuesday, 28 April 2015

Maematik Tahun 6: Operasi Pecahan dengan rajah- Darab Pecahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Perkongsian ilmu semasa Kursus Penyebaran KSSR Matematik Tahun 6 lagi.

Selama ini saya hanya tahu mewakilkan rajah untuk operasi tambah dan tolak pecahan. Rupanya operasi darab dan bahagi bagi pecahan juga boleh diwakilkan dengan rajah. Terima kasih kepada JUK Matematik Tahun 6, En. Kong Choon You - dari SJK(C) Serdang Baru, Selangor.











Tajuk: Masa dan Waktu ( Tahun 6 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini saya nak kongsi ilmu yang saya dalat semasa kursus Penyebaran KSSR Matematik Tahun 6 pada 22 April 2015 yang lepas.

Tajuk yang nak saya kongsi adalah Tajuk Jam - Sistem 24 jam

Ilmu baru yang saya dapat: bagaimana nak menyebut dalam sistem 24 jam...





Semoga memberi manafaat. Sebelum ni saya pun tak tau sebutan yang betul..hihi

Satu lagi tips... dalam subjek matematik,

1) Bagi sistem 12 jam tiada istilah pagi, petang atau malam.

Contoh:

a) 2.00 petang ( Salah )
    2.00 p.m ( betul )

Istilah yang gunakan adalah p.m/a.m sahaja

2) Murid tidak lagi boleh diberitahu bahawa:

a) 1 bulan = 30 hari

 Kerana ada bulan 28 hari, 30 hari dan 31 hari.

b) Juga tidak boleh maklumkan kepada murid bahawa

1 bulan = 4 minggu

Uhh..h...banyaknya yang silap selama ini...

Tak apa... " Biasakan yang betul.... betulkan yang biasa"

Tuesday, 14 April 2015

Seminggu telah berlalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wahh... Sudah berhabuk blog ni nampaknya.. Lama tak diupdate..

Bukan tak ada cerita... Banyak yang hendak dikongsi.. Tetapi... Kekangan masa yang amat sangat tidak mengizinkan saya untuk memblogging..

Hehe... Kembali ke tajuk posting kali ni.... Apa yang seminggunya???

Alhamdulillah... Ceritanya... Sudah seminggu saya di tempat baru.. Persekitaran baru... sekolah baru....

Setelah bertugas di SK Kundang Patah, Raub... selama 6 tahun 4 bulan... pada tarikh 6 April 2015... secara rasminya... saya menjadi warga SK Ulu Sungai.. Lebih kurang jaraknya 20 minit @ 19 Km dari Kg. Kundang Patah ( Alhamdulillah ... masih di Raub..)

Mesti ada yang tertanya-tanya.... mengapa saya ditukarkan..???? mesti ada kes ni...kan... emmm... ya... memang ada kes pun....  huhuhu...

Sedih jugak bila nak di ceritakan... tapi... lebih baik saya ceritakan... supaya kisah saya menjadi panduan dan teladan kepada orang lain...

Kisah bermula apabila saya menerima surat pertukaran ke negeri kelahiran saya - Kedah Darul Aman... kelulusan pertukaran tersebut saya terima dalam bulan Februari 2015 (semakan semula)... ketika itu... saya tengah gembira dan excited... kerana permohonan melanjutkan pelajaran ke UPSI telah berjaya... surat kelulusan pertukaran tersebut  menjadi mimpi ngeri bagi saya....

Atas sebab ingin melanjutkan pelajaran... dan beberapa perkara lain yang belum selesai... menyebabkan saya tidak bersedia lagi untuk meninggalkan bumi Raub. Lagipun... seandainya saya menerima tawaran pertukaran ke Kedah.. jarak perjalanan dari Kedah ke UPSI memakan masa lebih kurang 5 jam... berbanding dari Raub ke UPSI yang hanya mengambil masa 2 jam - melalui jalan Bukit Fraser.

Jadi, saya telah membuat surat permohonan membatalkan pertukaran.. dan permohonan saya telah diluluskan...

Cuma.. sayangnya.. surat kelulusan pembatalan saya tersebut menyebabkan saya diminta untuk melaporkan diri di sekolah baru - SK Ulu Sungai... bukan sekolah lama seperti yang saya harapkan...

Agak sedih jugak sebenarnya.. meninggalkan kakak-kakak di SKKP ... yang baik hati...yang sangat mengambil berat.... Guru Besar yang prihatin... dan..... anak-anak murid yang saya sayangi...  :'(

Tapi... mungkin ada hikmahnya saya berpindah....

Di sekolah baru... muridnya ramai sedikit dari SK Kundang Patah... Murid SK Kundang Patah lebih kurang 73 orang... murid SK Ulu Sungai lebih kurang 140 orang.. dan di sini... saya berpeluang mengajar anak-anak orang asli... satu pengalaman yang menarik juga.. :)

Insyaallah... walau dimana pun saya berada... SK Kundang Patah tetap di hati....

SK Kundang Patah,

Megah Indah Dicintai

Menuju Garisan Yang Seimbang

Jasmani, Emosi, Rohani  Intelek

Selaras Cita Negara

Berdirilah Kami Generasi Muda

Menyahut Perjuangan Ibu Pertiwi

Kami Berikrar Bersatu Semua

Demi Pendidikan Dan Nama Sekolah

Guru Ibu Bapa Kami

Tanggungan Didikan Yang Padu

Jasamu Tetap Kami Kenang

Abadi Dan Abadi  (2x)


SK Kundang Patah ibaratnya satu sekolah yang mendidik saya menjadi seorang guru... banyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi...

SK Ulu Sungai pula menjadi tempat untuk saya mencurahkan pengalaman yang telah saya kutip di SKKP. Dan juga bakal saya kutip ilmu dan pengalaman dari guru-guru di sini pula... insyaallah...

Semoga api semangat dalam diri saya tidak akan terpadam... semoga terus marak membara...

Seperti kata bijak pandai... love your job... not your company.. ( lebih kurang macam tu lah bunyinya ... kalo tak salah.... )

and i love my job very much.... :) ...  di mana ada insan yang bergelar murid... saya sudah cukup gembira.... tak kira dimana pun saya ditempatkan... insyaallah...


Gambar sekitar Majlis Meraikan Pertukaran saya ke SK Ulu Sungai

Jom makan... bestnya..

Anak-anak murid kesayangan...

Anak-anak Tahun 6 yang dikasihi..


Thanks akak-akak.. hadiah tupperware lagi..hihi... I like...

Thanks Cikgu Fini... cantik dan sedap bunga tu....

Anda semua tetap dihati saya...

Bukan birthday I.... tapi.. dapat potong kek jugak..hihihi








Monday, 13 April 2015

Sudut-sudut dalam kelas..

Assalamualsikum dan salam sejahtera... sudut melukis dalam bilik darjah...




Suka sangat mereka ni... setiap orang ada bahagian masing-masing.... macam artist lah kononnya... tapi yang penting... masa cikgu tak ada.... mereka pandai memanafaatkan masa dengan melukis... tak bising-bising atau berlari sana-sini...