Wednesday 20 February 2013

Taklimat Pendaftaran UPSR 2013

19 Feb 2013

Salam


Sebagai Setiausaha Peperiksaan (SUP) bagi SK Kundang Patah, taklimat bagi pendaftaran UPSR 2013 sememangnya dinanti-nantikan. Bukannya apa.... dengan bermulanya taklimat UPSR.... maka tugas sebagai S/U Peperiksaan bagi tahun berkenaan baru dapat dimulakan.

Kali ini taklimat diadakan di luar Daerah Raub. Taklimat untuk para SUP diadakan secara bergabung dengan Daerah Bentong. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke PPD Bentong ( :) heheh)... mujur saya pergi ke sana bersama SUP SK Tanjung Raja... jadi.. tidaklah tercari-cari sangat kerana Cikgu Aminah ( SUP SK Tanjung Raja) yang juga tidak tahu di mana PPD Bentong, berusaha mendapatkan maklumat dari teman-temannya, maka kami berjaya mencari tempat yang dicari tanpa sesat... Alhamdulillah....

Seramai 82 orang SUP dari dua daerah (43 orang dari Raub dan 39 orang dari Bentong) telah bertemu dalam satu dewan mesyuarat. Rupa-rupanya, Raub mempunyai lebih banyak sekolah berbanding Bentong. Walau bagaimanapun, Calon UPSR Bentong sebenarnya lebih ramai berbanding Raub. Bayangkan... terdapat 2 sekolah ( kalau tak salah) mempunyai calon UPSR lebih seramai 125 orang dan 111 orang calon dan calon paling sedikit adalah dari SK Lentang seramai 12 orang. Berbeza dengan Raub... SJK(T )Bukit Freser tidak mempunyai calon langsung sementara SJK Bkt Fraser 7 orang, SK Tanjung Raja 6 orang dan Alhamdulillah...SK Kundang Patah lebih ramai sedikit iaitu 14 orang calon... heheh. Di Raub... adalah perkara biasa apabila calon UPSR di sesebuah sekolah tidak sampai pun 10 orang!

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Haji Hamdan (Pegawai Bah. Peperiksaan dari PPD Raub) ... telah menerangkan tentang tugas-tugas SUP, instrumen2 untuk pemantauan dan berkenaan BOCADA (Borang Cadangan Pengawas Peperiksaan)

Antara isi penting tentang BOCADA:

  1. Ketua Pengawas harus dikekalkan seperti tahun lepas.
  2. 1 orang pengawas untuk 25 orang pelajar - tetapi disebabkan pelajar terdiri dari murid lelaki dan murid perempuan, maka 2 orang guru diperlukan.
  3. Pengawas yang dilantik haruslah berjawatan hakiki.

Dah ada guideline ... tak sabar rasanya nak mula buat fail ( hehehe)


Taklimat daripada Tn. Haji Mohamad Nazir b Othman pula berkaitan dengan pendaftran UPSR secara online:

http://apps2.moe.gov.my/daftarupsr/

* Nama login : SUP(kod sekolah)
* Kata Laluan: 123456 ( default)


Tn. Haji M. Nazir mengingatkan para SUP bahawa tarikh tutup pendaftaran UPSR adalah pada:

 28 Februari 2013

Setelah 12 tengah malam hari tersebut, maka sistem pendaftaran ditutup. Tarikh penghantaran borang-borang pendaftaran yang telah disahkan oleh guru besar, telah dipersetujui bersama untuk dihantar pada

4 Mac 2013

di PPD masing-masing. Kecuali borang Calon Orang Asli dihantar pada 15 Mac 2013


Berkenaan borang tuntutan perjalanan, terdapat juga perubahan berbanding tahun sebelumnya iaitu:

  1. Tidak dibenarkan untuk memadamkan maklumat di borang tuntutan dengan liquid paper, sebaliknya kesalahan yang dibuat perlu dibetulkan menggunakan borang yang diberi dalam CD dan di print semula.
  2. Menggunakan bank yang sama dimana gaji diterima.
  3. Antara bahan yang perlu disertakan bersama-sama borang tuntutan adalah:

  • Salinan buku bank ( tapi kalau guna Maybank tak adalah pulak kan?..)
  • Slip gaji terkini
  • Surat Panggilan Taklimat
(Kad Pengenalan tidak pulak dimaklum untuk disertakan... tetapi untuk selamat.. lebih baik disertakan )



No comments:

Post a Comment