Saturday 7 June 2014

Jom masak: Sotong Masak Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam, saya dan keluarga telah menziarahi ibu saudara saya yang tak berapa sihat. Nak kata sakit... Tak juga.. Sebab memang dah keadaan dia macam tu. Mata tak berapa nak nampak sebab kencing manis, kaki pun sebahagian tapak kaki telah dibuang. Jadi , semasa dok borak-borak... Terkeluarlah resepi sotong ni yang pernah dicuba oleh mak saya... Eehhh.. Salah rupanya resepi yang mak buat ari tu... Hehe... Tu lah... Menuntut tak habis kata orang. Jadi... Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahannya:

1 kilo sotong
Serbuk cili 1 peket kecil ( yang harganya RM 1)
1/2 botol sos cili cap jagung ( tok guru kata kena pakai sos cap ni... Jadi saya tulis macam tu lah...hehe. Rasa sos ni lebih manis dan pedas.. Kalau sos jenama terkenal macam life ke... Meggie ke.... Masam)



Gula batu sebesar ibu jari
Kicap (cap maju)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Serbuk cili dibancuh dengan air dan dimasak sampai cili tu masak.

Kemudian, masukkan sos cili dan kicap. Kicap jangan masuk terlalu banyak.
Masukkan semua bahan.
Bila cili dah masak... Baru masukkan sotong. Pastikan periuk ditutup rapat. Masak dengan api kecil.
Lebih kurang 10-15 minit... Sotong boleh diangkat...( check dulu samaada sotong empuk atau tak)


Add caption

Pantang: jangan sesekali masukkan ajinomoto ;)

Saya dah faham cara nak masak sotong. Iyelah... Selama ni masak sotong keras sebab biar lama atas kuali. Kalau sekejap sangat... Takut sotong tak masak. Rahsianya.... Tutup rapat tudung periuk... Baru empuk.... Emmm... Baru tahu...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment