Wednesday 30 July 2014

Jom belajar pecahan : Aktiviti 1

Assalamualaikum dan salam lebaran...

Kali ini saya ingin berkongsi pdp saya dalam kelas Tahun 1.

Tajuk: Mengenal pecahan

Objektif: Murid dapat mengenal dan menyatakan separuh, setengah dan suku

BBM: plastisin, pembaris

Aktiviti 1:

Sebelum ini, apabila memperkenalkan pecahan kepada murid tahun 1, aktiviti yang biasa dilakukan adalah dengan lipatan kertas. Tapi, kali ini saya menggunakan platisin.

Disebabkan murid saya cuma 6 orang, jadi setiap orang saya berikan sejumlah platisin.

Arahan 1: Dengan menggunakan platisin dan pembaris, setiap orang buat satu bentuk segiempat, segitiga dan bulat.

* secara tidak langsung, murid belajar mengenal bentuk asas.

Arahan 2: Dengan menggunakan pembaris, potong setiap bentuk kepada 2 bahagian yang sama besar. ( guru memperkenalkan 'setengah' dan 'separuh')

Arahan 3: Murid seterusnya diminta untuk memotong bentuk2 asas tersebut kepada 4 bahagian yang sama besar.(Murid diperkenalkan dengan 'suku').

* untuk menjadikan aktiviti lebih menarik, saya meminta mereka menilai hasil kerja rakan masing2. :)

( Maaf, tiada gambar untuk aktiviti ini kerana gambar yang diambil telah ter delete secara tak sengaja...hehe)

No comments:

Post a Comment