Showing posts with label spss. Show all posts
Showing posts with label spss. Show all posts

Wednesday, 25 November 2015

Spss for dummies 3 - Mencari mean keseluruhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini kita nak cari mean keseluruhan pula dengan membandingkan mean-mean yang telah kita cari.









Sunday, 22 November 2015

SPSS for dummies 2 - Mencari mean individu

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung kelas SPSS kita..hihihi... bukan sebab saya nih expert SPSS.. tetapi... sebab saya nih buta SPSS... jadi bila dapat ilmu baru.. tu yang teruja sangat nak share dengan orang lain... sebab saya rasa kalau saya ni buta SPSS.. rasanya ramai lagi kat luar sana yang sama macam saya..hihihi....

Jadi, lepas kita dah cari nilai Alpha Cronbach... dah ok dan kita punya item.. so, langkah seterusnya adalah mencari mean bagi data tersebut. Terdapat 2 mean yang perlu kita cari iaitu:


1. mean individu
2. mean keseluruhan


1. Mencari mean individu. Contoh soal-selidik:



Soal-selidik ini mengandungi 12 item dengan 3 konstruk iaitu: 1: Prasarana Sekolah(PS), 2: Tenaga Pengajar (TP), dan  Kepimpinan Sekolah (KS).

Langkah 1: Cari Overall mean dahulu.







Langkah 2: Cari mean bagi setiap konstruk







Jadi, kita dah dapat mean bagi setiap konstruk.

Monday, 19 October 2015

Spss for Dummie 1: Mencari Alpha Cronbach

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... dalam kelas Kajian Tinjauan minggu ni... saya dah faham serba sedikit tentang SPSS.
Bagi yang belum kenal SPSS... SPSS adalah satu perisian yang digunakan oleh para penyelidik untuk membuat analisis data yang telah dikutip.

Minggu ni, saya belajar tentang Alpha Cronbach..
Alpha Cronbach dicari untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu data ( Realibility). Semakin tinggi nilai  Alpah Conbach, semakin bagus item yang kita gunakan.
Ujian menentukan Alpha Cronbach digunakan semasa data dari kajian rintis diperolehi (untuk menentukan kebolehpercayaan item).
Nilai AlphaCronbach .6 ke atas dikira sebagai nilai tinggi bagi Sains Sosial. Nilai yang terbaik adalah 1.0.

Jom tengok tutorial yang saya sediakan.. berdasarkan nota dari Dr. Norila

Contoh Item

 
















Nilai Alpha Conbach adalah .842. Menunjukkan item ini boleh dipercayai.

Jadual ini menunjukkan nilai Alpha Cronbach sekiranya item-item berkenaan dibuang. Contohnya, jika item a1 dibuang, nilai Alpha Cronbachnya adalah .823. ( Jadi, item ini tidak boleh dibuang kerana merendahkan nilai Alpha Cronbachnya)