Monday 19 October 2015

Spss for Dummie 1: Mencari Alpha Cronbach

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... dalam kelas Kajian Tinjauan minggu ni... saya dah faham serba sedikit tentang SPSS.
Bagi yang belum kenal SPSS... SPSS adalah satu perisian yang digunakan oleh para penyelidik untuk membuat analisis data yang telah dikutip.

Minggu ni, saya belajar tentang Alpha Cronbach..
Alpha Cronbach dicari untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu data ( Realibility). Semakin tinggi nilai  Alpah Conbach, semakin bagus item yang kita gunakan.
Ujian menentukan Alpha Cronbach digunakan semasa data dari kajian rintis diperolehi (untuk menentukan kebolehpercayaan item).
Nilai AlphaCronbach .6 ke atas dikira sebagai nilai tinggi bagi Sains Sosial. Nilai yang terbaik adalah 1.0.

Jom tengok tutorial yang saya sediakan.. berdasarkan nota dari Dr. Norila

Contoh Item

 
















Nilai Alpha Conbach adalah .842. Menunjukkan item ini boleh dipercayai.

Jadual ini menunjukkan nilai Alpha Cronbach sekiranya item-item berkenaan dibuang. Contohnya, jika item a1 dibuang, nilai Alpha Cronbachnya adalah .823. ( Jadi, item ini tidak boleh dibuang kerana merendahkan nilai Alpha Cronbachnya)


No comments:

Post a Comment