Friday, 6 June 2014

Jom masak: Ayam Masak Kuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuti sekolah telah seminggu berlalu... Ada seminggu lagi cuti untuk dihabiskan di kampung.

Yang bestnya bila balik kampung... Dapat makan masakan mak.... Dan juga masakan asli Kedah.

Jadi... Untuk post kali ini dan akan datang.... Saya akan kongsikan resepi-resepi yang telah dimasak.

Hari  ni... Mak saya masak Ayam Masak Kuning...  Resepi ciptaan mak saya. Resepi yang mudah.

Satu lagi.. Bila saya kongsikan resepi di blog ni. Untuk rujukan saya juga di masa depan..;) hehe....



Bahan-bahan:

Ayam ( nak letak sebelah ke... Seekor ke.... Suka hati anda lah... Hehe)
Kunyit hidup, halia,
bawang besar (1 labu)
bawang putih (2-3 ulas)
serai( 2 btg)
Semuanya di blender.

Garam, gula secukup rasa..
2 sudu besar sos cili.

Bawang besar dipotong bulat dan tomato dipotong 6.

Cara:

Tumis bahan yang diblender hingga wangi...
Masukkan ayam dan rebus hingga masak.
Masukkan garam, gula, sos cili.
Masukkan bawang besar dengan tomato yang dipotong.

Hidangkan...

Thursday, 29 May 2014

Kisah seutas jam...


Seringkali kita terlupa... perkara-perkara kecil dalam kehidupan kita yang kita anggap langsung tidak penting.... tetapi... rupanya tanpanya... perkara lain tidak bermakna.

Hah!!!... apa pulak la Cikgu Roha merapik nih... tajuk post ... cerita pasal jam.


Ceritanya begini...
Lama sangat saya tidak pernah memakai jam. Sebabnya..kulit saya alergik dengan tali jam... pakai pagi... petang karang naik la bintat-bintat kat pergelangan tangan yang memakai jam. Terus alergik nak memakai jam.

Tetapi bulan 6  tahun lepas... entah macamana boleh tergerak hati nak beli jam. Beli semasa rombongan Cikgu-cikgu sekolah ke Langkawi. Mungkin sebab talinya dari kulit ( leather) tidak menyebabkan alergik. Alhamdulillah...

Tetapi.. baru-baru nih satu daripada dua gelung yang mengikat lebihan tali jam telah hilang....  mulanya saya rasa... a'ah... apalah sangat gelung kecil tu... tak ada pun tak apa.... tetapi... rupanya saya salah...

Dengan hilangnya gelung itu... jam yang selama ini saya sangat suka pakai terasa tidak selesa lagi dipakai.... terasa sukar membuat kerja dengan tali jam yang menyucuk-nyucuk di tangan.

Betapa... gelung kecil yang saya rasa tidak penting.. rupanya sangat penting.

Cerita di dapur pula...
Seringkali tudung bekas diabaikan... kita sering melebihkan bekasnya. Tetapi, tanpa tudung.. sesuatu bekas menjadi tidak berguna. ( di rumah saya banyak bekas-bekas yang tidak bertudung.. :))


Begitu juga dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita mengabaikan perkara-perkara kecil yang kita anggap langsung tidak penting tetapi sebenarnya memberi impak besar dalam kehidupan kita.

Sekarang.... anda pilih saja satu perkara yang anda rasa langsung tidak penting. Apa saja..contohnya... senyum.... berikan senyuman kepada sesiapa sahaja... hatta pada seekor kucing pun... apa salahnya kan...:).. mungkin ada hikmah di sebaliknya....

Apa yang penting... kita hargai orang di sekeliling kita. Tak kira siapa mereka... tua.. muda... miskin ..kaya.. Setiap manusia di sekeliling kita memberi impak kepada kita. Tak kira secara positif atau negatif, secara langsung atau tidak langsung. Impak positif menjadikan kita lebih bermotivasi.. lebih bersemangat... sementara mereka yang memberi impak negatif menjadikan kita lebih tahan menghadapi dugaan dan cabaran serta menjadikan diri kita lebih kuat dan tabah. Seperti virus yang menyerang badan kita menjadikan badan kita lebih imun. :)


Sekian Catatan buat kali ini...

Semoga kita menjadi insan yang bahagia.

p/s: Inna lilah hiwainailaihiriiun.... Semoga Almarhum Sultan Azlan  Muhibbuddin Shah ibni Sultan Yussuf Izuddin Shah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Wednesday, 28 May 2014

Cerita pasal gajet baru lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya dah sebulan saya menggunakan smartphone keluaran Lenovo.. Model S650 .....

Apa yang bestnya???
Emm... tentu susah saya hendak membuat perbandingan dengan model telefon pintar jenama lain.. terutamanya Samsung yang merupakan pelopor telefon pintar. ( yang pastinya saya sangat suka kamera kompak keluaran syarikat ini...)

Orang tua-tua kata... ' Alah membeli, menang memakai'... jadi.. saya akan pastikan bahawa saya akan menggunakan sepenuhnya...... semaksimum mungkin telefon bijak ni... heheh...

Mula-mula dulu.. berangan nak Samsung Galaxy Note 10.1...tertengok dalam youtube... iklannya.... memang menarik....macam iklan Astro.... macam-macam adaaaa...... hehehe... banyak benda boleh dibuat dgn Note 10.0 ni... nak jadi penulis ka... pelukis kaa... boleh jer guna Note10.1 ni.. yang bestnya... mestilah s-pennya.. Di USA terdapat sekolah rintis yang menggunakannya Note10.1 untuk pembelajaran murid-murid... memang sistem pembelajaran masa depan....




Tapi,...bila nak membeli...asyik tertangguh saja... faktor harga lah menyebabkan saya berfikir banyak kali .. dan juga menimbangkan pilihan-pilihan lain yang ada...

Atas nasihat teman-teman yang mahir dengan telefon bijak ni.... dan juga faktor utamanya adalah harganya yang separuh daripada harga Galaxy Note...jadi.. pejam mata belilah jenama lenovo ni.

Saya punya pun warna pink..heheh


 jadi... dengan intro yang panjang berjela ni... apa faedah yang saya dapat dari phone lenovo ni???

1) Member-member yang dok sebuk-sebuk nak ber watsapp.... jadi saya pun dapatlah ber watsapp, ber wechat, ber telegram...dan kononnya sentiasa mendapat info-info terkini (iyolah sangat...)

2) Fungsi kamera- Saya suka fungsi kamera pada smart phone ini kerana saya boleh terus meng upload dan share gambar yang di ambil seperti di fb, wechat, watspp... tapi... nikmat mengambil gambar tetap dengan menggunakan kamera kompak ( teringin juga nak beli dslr..tapi... faktor harga sekali lagi memainkan peranan..heheh... lagi pun orang putih kata: its not about the camera.. its about men behind the camera.. lebih kurang  begitulah bunyinya....). Saya rasa faktor telefon ini yang nipis agak sukar untuk saya kendalikan... berbanding kamera kompak yang lebih tebal.

3) Capaian internet di telefon... itu memang memudahkan kehidupan saya di mana saya terus dapat  akses ke internet banking dengan mudah.

4) Blogging.. dengan smart phone ni.. saya boleh terus sahaja blogging ... di mana sahaja. dan pada bila-bila masa ... ( tapi masalahnya... keypad yang kecil dan skrin yang terhad agak sukar untuk menulis di blog panjang-panang... macam sekarang..heheh.. dah tu, asyik tersalah taip je.. terutamanya.. huruf 'a'.. asyik tertekan s saja.. heheh)... tapi... it is better... tak derlah tersimpan lama sangat modal menulis.. sampai kadang-kadang terlupa pula...heheh

5) Selain itu.. sifatnyanya seperti mini komputer menyebabkan saya sangat suka meng explore setiap fungsi dan aplikasi yang ada. ( Buat masa sekarang.. saya sangat suka dengan Evernote kerana nota2 yang saya catitkan samada semasa menghadiri mesyuarat..forum..atau ketika menonton tv dapat saya kongsi dengan kawan-kawan di fb..  :D

Sekarang saya tengah cuba untuk belajar menggunakan aplikasi untuk membuat bajet... atau mungkin saya patut mendownload aplikasi accounting..( ada ke yang percuma??? macam tak jumpa pula kat playstore tu).

Tapi,.. disebabkan saya menggunakan wifi streamyx di rumah.. jadi.. saya hanya online waktu petang juga malam... mungkin lepas nih saya kena fikirkan untuk mengambil prepaid internet pulak... eemm... nak kene pergi tanya kat kedai celcom lah nampaknya..

Insya Allah... ada kesempatan... kita bersua di catitan @ bebelan yang seterusnya....

Salam bahagia.....semoga anda bahagia walau dimana anda berada...... ;D


Saturday, 10 May 2014

Gadget baru saya..

Assalamualaikum dan salam berbahagia..

Sudan lama blog ini tidak diupdate. Rasanya tiada cerita menarik nak dikongsikan.

APA yang menariknya, Kali ini says cuba memblog Dari gajet yang baru says beli semalam.... Sebuah telefon pintar jenama lenovo, model s650. Ini sudah bagus.. Dapat blogging dari hp je... He he...cuma masalahya... Keyboard yang tak cukup besar.. Menyebabkan banyan typing error. Nak tekan 'a' tertekan 's'.. Emm..

Ini juga merupakan pertama kali saya membeli HP baru dengan HP lama masih elok. Satu lagi... Sebenarnya Dah tak larat dengar member mengutuk Dan mengata. Hehe.. Thanks to all my dear friends..
















Gajet baru..

Aduh.. Dah tulis panjang-panjang.. Hilang pulak,.. Issh

Wednesday, 2 April 2014

Main nombor lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Anak-anak Tahun 1 ni memang suka betul kalau dapat main susun-susun nombor...

Saya masih menggunakan set kad nombor yang dibuat sebelum ini. ( Memang berguna betul kad-kad nombor bersaiz A4 ni. Banyak aktiviti yang boleh dibuat)

Kali ini, objektif PdP adalah untuk mereka dapat melakukan operasi tambah Fakta Asas Nombor.

Hakimi dan Alia...

Hakimi lagi...


Hakimi ni memang aktif... dia jer yang dok dapat jawab


Haziq tengah keliru...asyik dok tanya er..betul ker salah....

Hakimi tolong betulkan... nasib baik mereka dalam satu kumpulan yang sama..hehe


Permainan ini melibatkan 2 kumpulan murid. Kali ini, kad nombor dari 0 -10 digunakan. Kad-kad kecil pula adalah kad operasi tambah. jadi, mereka perlu meletakan kad-kad operasi pada kad-kad nombor yang memberikan jawapan yang betul. Kumpulan yang meletakkan jawapan yang paling banyak dan betul dikira sebagai pemenang.

Disebabkan saya hanya mempunyai satu set kad operasi yang sama warna,  jadi jawapan bagi satu lagi kumpulan terpaksa saya tandakan dengan pen marker.

Akhirnya.. permainan ini dimenangi oleh kumpulan Aisy. Kumpulan Hakimi pula tidak bernasib baik.

Penambahbaikan yang perlu saya lakukan untuk mempelbagaikan aktiviti menggunakan kad nombor dan juga menjadikan aktiviti ni lebih menyeronokkan:

1) Kad nombor operasi perlu dibuat lebih dari satu set, dengan warna yang berbeza untuk kumpulan yang berlainan.

2) Set nombor juga perlu dibuat lebih dari satu set.

3) Kad operasi untuk operasi tolak juga perlu dibuat.

4) Perlu  juga disediakan kad operasi bagi jawapan lebih dari sepuluh.


Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua... Insya Allah...








Thursday, 13 March 2014

Main susun-susun nombor.... kelas tahun 1

Tercari-cari nombor yang seterusnya...

Depan kelas Tahun 1

92???..ye ker... 29 ker 92???

Wah... hampir berjaya...

Apa pulak nombor seterusnya???

Alhamdulillah....

PdP hari ini berjalan lancar.... kad-kad nombor yang baru siap dilaminate semalam sangat memberi manafaat kepada murid-murid tahun 1. (Puas lah jugak melaminate..heheh..tetiba rasa macam nak beli satu mesin laminate... insyaAllah..)

Kad nombor ini memang sengaja dicetak bersaiz A4... dari 0 - 100. Kebetulannya.... tapak bangunan lama yang dirobohkan mempunyai tiles yang masih elok dan berdepan dengan kelas tahun 1... Apa lagi... " jom kita main kat luar lah" ..hehehe.. suka sangatlah mereka..

Aktiviti yang dijalankan sangat mudah.... arahannya..." susun nombor ikut urutannya.." Masing-masing berebut-rebut nak menyusun... tetapi... ada yang masih keliru..... jadi... yang dah menguasai susunan nombor.. dapat lah menyusun dengan lebih banyak berbanding murid lain....

Nasib baik... saya telah mencetak nombor atas kertas berwarna... jadi... mula-mula tu memang ada yang keliru.... contohnya 16 dengan 61... tapi... akhirnya mereka dapat meneka nombor yang betul berdasarkan warna kertas yang digunakan. Kadang kala... nombor 9 dan nombor 6 dengan tulisan Comic San adalah sama... jadi, dengan skim warna...mereka dapat menentukan samaada nilainya adalah 9 atau 6.

Satu kelemahan yang saya perlu baiki.. adalah dari segi arahan. Bagi murid yang cepat "pick-up"... mereka terus memonopoli kad nombor... contohnya kad 30 berwarna hijau... terus mereka mengambil beberapa kad yang mempunyai angka 3 di depan... ini tidak memberi peluang kepada murid lain.... Jadi, lain kali... arahanya adalah... " setiap orang hanya boleh ambik satu kad sahaja pada satu masa"..eemmm...

Esok... insya Allah... aktiviti ini akan dilakukan lagi..tetapi dilakukan secara berkumpulan dan beberapa arahan berbeza akan diberikan.

Murid-tahun 1 ini masih kurang faham tentang konsep berkerjasama dalam kumpulan. Jadi, nilai murni ini yang akan diterapkan dalam pdp seterusnya. InsyaAllah....