Thursday, 13 March 2014

Main susun-susun nombor.... kelas tahun 1

Tercari-cari nombor yang seterusnya...

Depan kelas Tahun 1

92???..ye ker... 29 ker 92???

Wah... hampir berjaya...

Apa pulak nombor seterusnya???

Alhamdulillah....

PdP hari ini berjalan lancar.... kad-kad nombor yang baru siap dilaminate semalam sangat memberi manafaat kepada murid-murid tahun 1. (Puas lah jugak melaminate..heheh..tetiba rasa macam nak beli satu mesin laminate... insyaAllah..)

Kad nombor ini memang sengaja dicetak bersaiz A4... dari 0 - 100. Kebetulannya.... tapak bangunan lama yang dirobohkan mempunyai tiles yang masih elok dan berdepan dengan kelas tahun 1... Apa lagi... " jom kita main kat luar lah" ..hehehe.. suka sangatlah mereka..

Aktiviti yang dijalankan sangat mudah.... arahannya..." susun nombor ikut urutannya.." Masing-masing berebut-rebut nak menyusun... tetapi... ada yang masih keliru..... jadi... yang dah menguasai susunan nombor.. dapat lah menyusun dengan lebih banyak berbanding murid lain....

Nasib baik... saya telah mencetak nombor atas kertas berwarna... jadi... mula-mula tu memang ada yang keliru.... contohnya 16 dengan 61... tapi... akhirnya mereka dapat meneka nombor yang betul berdasarkan warna kertas yang digunakan. Kadang kala... nombor 9 dan nombor 6 dengan tulisan Comic San adalah sama... jadi, dengan skim warna...mereka dapat menentukan samaada nilainya adalah 9 atau 6.

Satu kelemahan yang saya perlu baiki.. adalah dari segi arahan. Bagi murid yang cepat "pick-up"... mereka terus memonopoli kad nombor... contohnya kad 30 berwarna hijau... terus mereka mengambil beberapa kad yang mempunyai angka 3 di depan... ini tidak memberi peluang kepada murid lain.... Jadi, lain kali... arahanya adalah... " setiap orang hanya boleh ambik satu kad sahaja pada satu masa"..eemmm...

Esok... insya Allah... aktiviti ini akan dilakukan lagi..tetapi dilakukan secara berkumpulan dan beberapa arahan berbeza akan diberikan.

Murid-tahun 1 ini masih kurang faham tentang konsep berkerjasama dalam kumpulan. Jadi, nilai murni ini yang akan diterapkan dalam pdp seterusnya. InsyaAllah....








Tuesday, 18 February 2014

Kisah 7 biji batu di tepi jalan...

Salam bertemu kembali....

Macam gempak jer tajuk post kali ni kan... macam kisah dongeng dahulu kala pulak kan....

Sebenarnya posting kali ini saya ingin sentuh tentang permainan batu seremban atau batu selambut - nama permainan ini di utara...

Saya percaya... mereka yang lahir di tahun 70an.... 80an... pastinya pernah bermain permainan ini. Seronok kan..

Di zaman itu.... batu-batu di tepi jalan pun boleh menjadi permainan yang amat menyeronokkan. Catatan kali ini yang hendak saya kongsikan bukanlah tentang keseronokkan bermain atau mengembalikan kembali nostalgia zaman itu.... .

Kali ini saya ingin membicarakan permainan tradisional ini dari sudut pendidikan terutamanya bidang matematik dan perkembangan sosial serta kognitif kanak-kanak.

Kisah 7 biji batu di tepi jalan....

Permainan batu seremban dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah mengutip 7 biji batu. Mengapa mesti 7 biji (mungkin di sesetengah tempat menggunakan 5 biji batu) ... mungkin di posting yang lain kita bincangkan.

Di sini sebenarnya telah berlaku proses pembelajaran - proses apa??? proses cause and effect ataupun sebab dan akibat. Bila kanak-kanak memilih batu-batu untuk bermain.... dalam otaknya akan berfikir beberapa perkara.

Sebab:
Antara persoalan yang timbul adalah: batu yang macam mana yang hendak dipilih.. batu kecil..? batu besar..? batu leper? batu berbonjol? batu yang mempunyai bucu tajam atau bucu bulat?

Akibat:
Jika memilih batu yang besar...nanti semasa proses " menimbang", tak banyak batu yang boleh "ditimbang". Jadi... sedikitlah markah nanti. Jika terlalu kecil pula... susah pula untuk diambil...mungkin akan cepat "mati". Batu leper lebih susah untuk "diambil" berbanding batu berbonjol. Dan kalau pilih batu berbucu tajam... akan menyakitkan tangan pula....

Ha... itu baru proses memilih batu.. belum lagi kita masuk bab permainan.

Setelah batu dipilih.... kanak-kanak akan duduk dalam bulatan dan "menimbang" batu. Siapa yang dapat menimbang dan menangkap batu dengan jumlah yang paling banyak akan bermula dahulu.. diikuti dengan kanak-kanak yang mendapat batu yang kurang, dan sudah tentu yang paling sedikit atau mungkin mendapat 0 akan menjadi orang terakhir... - proses perbandingan.

Semasa bermain.... operasi asas matematik digunakan... operasi apa??? pastinya operasi tambah dan operasi darab - sifir 2...

Selain daripada melibatkan banyak konsep matematik.... permainan ini melatih motor halus dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Ini sekaligus meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak tersebut.

Dari sudut sosial.... sudah tentunya dari meningkatkan komunikasi sesama rakan-rakan... sabar menunggu giliran, dan dapat menerima kekalahan.

Inilah kisah 7 biji batu di tepi jalan. 7 biji batu yang pada pandangan mata orang langsung tidak berharga.... tetapi dengan 7 biji batu ini... seorang kanak-kanak itu belajar pelbagai konsep matematik.... koordinasi mata dan tangan... pembinaan motor, belajar bersosial dan belajar berkomunikasi dengan baik. Dan yang paling penting sekali..... semua yang terlibat dapat berseronok....

Inilah kisah 7 biji batu....

Jadi, teman-teman...

Di zaman teknologi ini... dimana anak-anak lebih mengenali iPad..tab..notebook dan sebagainya..jangan kita lupa permainan tradisional warisan nenek moyang kita. Ajarkan anak-anak permainan ini....permainan yang tak perlu anda keluarkan walau satu sen pun....

p/s: Di zaman moden ini... telah ada batu seremban yang diperbuat daripada pundi kacang.... seandainya anda memilih untuk menggunakan batu buatan @ pundi kacang ... anak anda akan hilang peluang belajar konsep membuat keputusan dan konsep sebab dan akibat....

Jom kita hidupkan kembali permainan tradisional kita....

Jumpa lagi...








Friday, 15 November 2013

jangan kata kita faham andai kita tidak mengalaminya - kisah sebatang gigi...

Macamana tajuk post kali ini??? ada tanda soal dalam kepala anda tak??? hehehe... cerita pasal gigi lah pulak...

Sebenarnya kali ini saya nak kongsi cerita saya sebenarnya....

Baru saya sedar... rupanya selama ini saya bersifat angkuh... maafkan saya...

Saya dilahirkan dengan serba sempurna.. Maksud saya, secara fizikalnya...tiada cacat cela... 2 tangan, 2 kaki, 10 jari tangan dan 10 jari kaki, hidung, mata semua berfungsi dengan sempurna... Alhamdulillah....

Saya juga datang dari keluarga yang bahagia...bukan keluarga yang pincang.. sekali lagi... Alhamdullillah....

 Bila saya lihat orang-orang di sekeliling saya... terdengar atau terbaca tentang kisah mereka tentang kehilangan orang tersayang... ataupun hilang anggota badan akibat penyakit atau kemalangan.. contohnya orang yang hilang sebelah kaki akibat penyakit kencing manis/kemalangan atau apa saja sebabnya... seringkali saya terfikir.... " alah.... ok lah tu.. sekurang-kurangnya ada lagi sebelah kaki...." atau... ".. sekurang-kurangnya masih hidup lagi... ok lah "...rupa-rupanya.... secara tidak sedar...saya telah bersikap angkuh terhadap orang lain....

Alhamdullillah.... beberapa minggu lepas... Allah telah menurunkan nikmat sakit gigi kepada saya ( - saya pinjam kata-kata Dato' Sarimah Ahmad kerana hari ini saya telah berkongsi pengalaman dengan beliau tentang pengalamannya yang menghidap barah otak dan hidung tahap 4 dan bagaimana beliau berjuang menentang penyakitnya... Beliau tidak mengatakan sakitnya itu sebagai dugaan seperti yang kita selalu katakan... tetapi nikmat....)


Bersama seorang Primadona dan Idola...


Untuk pengetahuan teman-teman, selama ini saya memang tidak pernah menghadapi masalah gigi. Bila gigi kacip saya bermasalah...menyebabkan gusi saya bengkak dan bernanah serta mengganggu tidur malam saya... ini memaksa saya untuk berjumpa doktor gigi.

 Dalam hal ini saya mempunyai pilihan samaada cabut atau membuat rawatan gigi. Boleh dikatakan pilihan antara sayangkan duit atau sayangkan gigi. Maksudnya.. jika tidak hendak mengeluarkan belanja yang banyak... pilihannya adalah cabut kerana mencabut gigi lebih murah dari merawat gigi.

Di sebabkan saya tidak sanggup berpisah dengan salah satu anggota badan saya tu, akhirnya saya memilih untuk membuat rawatan gigi - rawatan akar gigi... yang memungkinkan gigi saya diselamatkan dari dicabut. Saya tidak dapat membayangkan... bagaimana keadaan saya jika saya kehilangan gigi saya yang satu itu. Bagaimana saya hendak mengunyah makanan dengan sempurna... bagaimana saya hendak berdepan/bercakap dengan orang lain dengan ruang kosong dalam mulut saya, bagaimana rasanya menggunakan gigi palsu... bagaimana...bagaimana..bagaimana.. dan pelbagai kemungkinan dan persoalan...

Akhirnya saya tersedar......... ia hanyalah sekadar sebatang gigi! 

Kalau sebatang gigi pun saya tak sanggup hilang... dah menyebabkan hati dan jiwa saya terganggu... bagaimana saya hendak kehilangan anggota badan lain???... bagaimana dengan mudah saya mengatakan kepada orang lain... " tak pe.. hilang satu jari... ada lagi 9 jari..." '' hilang satu tangan... ada satu tangan lagi".... walaupun saya tidak menyatakannya secara lahiriah...namun..hati saya sering berkata begitu.... sekali lagi.. maafkan saya...

Syukur saya kepada Allah kerana telah menyedarkan saya. Sesungguhnya... mudah untuk kita katakan kepada seseorang yang ditimpa musibah '' bersabarlah dengan dugaan"..atau "akak faham penderitaan adik"... tetapi...jika  kita tidak pernah mengalami situasi berkenaan, kita sebenarnya tidak faham pun penderitaan mereka (mungkin ada insan terpilih yang dapat memahami dan merasai penderitaan orang lain)

Kesimpulannya... kita hanya mampu memberi simpati kepada orang lain, tetapi kita tidak dapat merasai dan memahami penderitaan orang lain tanpa kita alami sendiri pengalaman tersebut. Dan semoga Allah menghilangkan sifat angkuh dalam diri saya dan anda semua... sifat angkuh yang kita tidak sedar kewujudannya dalam diri kita... Semoga Allah mengampunkan kita semua...

Tuesday, 29 October 2013

Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Darab ( Kaedah tiang )

Kaedah 2: Kaedah Tiang

Contoh: 235 x 14









Nyatakan kepada murid, 1 bilik hanya untuk 1 nombor. jadi,
jika 2 digit, pergi ke bilik seterusnya.


Monday, 28 October 2013

Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Kaedah Darab...

Dalam melaksanakan operasi darab... pun terdapat pelbagai kaedah dan teknik. Selama ini yang saya amalkan dan ajarkan kepada murid adalah jenis biasa ( bentuk lazim ) dan menggunakan kaedah lattice untuk darab yang melibatkan 2 digit.

jom kita kongsi kaedah-kaedah yang baru saya pelajari. ( mungkin anda sudah biasa dengan kaedah-kaedah yang ditunjukkan )

1) KAEDAH LUAS

Contoh: 235 x 14








Saya rasa ini adalah antara kaedah atau teknik mendarab yang mudah. Insyaallah akan dicuba kepada murid-murid saya,



Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Tolak ( Kaedah 3)

Kaedah 3: Tak ingat pulak namanya...heheh... kita letaklah namanya kaedah palang, boleh???
Kaedah ini sangat sesuai untuk murid yang sangat lemah.













Sesi Perkongsian Kursus LINUS: Tolak ( Kaedah 2)

Operasi Tolak ( Mengumpul Semula)

Kaedah 2: Kaedah Beza

Contoh: 437 - 89 =

Tukarkan ke bentuk lazim:




Kemudian cari bezanya:

Beza 9 dengan 7 = 2
Beza 80 dengan 30 = 50
400 ( tiada nombor untuk dibezakan) = 400


jadi:
400 - 50 = 350
350 - 2 = 348 ( boleh guna kaedah working backward ; 350 langkah 2 ke belakang = 348)


* Saya kurang gemar kaedah ini. Tetapi kita harus tahu pelbagai teknik dan kaedah kerana murid-murid kita yang mempunyai kebolehan pelbagai. Mungkin kaedah ini sesuai untuk sesetangah murid.