Tuesday, 14 October 2014

Jom santai-santai main congkak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

UPSR yang tertangguh dan yang di ulang telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Kini...murid-murid tahun 6 akhirnya berasa MERDEKA ( iyolah sangat..)

Jadi, ketika peperiksaan dilaksanakan... kelas PJ tidak dijalankan di luar kerana bimbang mengganggu kosentrasi murid yang sedang menghadapi peperiksaan..

Jadi, aktiviti yang dijalankan adalah " indoor game". Murid-murid saya ( Tahun 2 - 9 orang) ini sangat suka bermain congkak. Tapi, sayangnya... saya hanya mempunyai satu set congkak sahaja.

Tapi.. idea dari sepupu di kampung ( Tahun 1)... membolehkan murid-murid lain turut boleh bermain congkak. Modifikasi congkak.. :)

Gembira sangat dapat main... set congkak dapat ke budak lelaki...


Kalau ikutkan zaman saya dolu-dolu ...hihihi... manalah mampu hendak membeli set congkak. Rasa sangat mahal... Jadi.. macamana nak buat??? apa lagi... korek lobang bawah rumah lah.... main congkak tanah.. hihihi.. sambil korek tanah.. ( dengan kuku pun penuh dengan tanah..).. terjumpa pulak lipas tanah.... hah.. apa lagi... tangkap.. jangan tak tangkap....

Tau apa gunanya lipas tanah???? buat umpan mengail.... hihihi... soo old school....

Bila masuk sekolah... congkak modifikasi.. upgrade sikit.... buat dari kertas.... lipat buat bakul....pastu.....stapler... kertas yang digunakan mestilah dari buku latihan.. ( last year nye buku laa....hihihi)


Bakul kertas ni.... banyak kegunaannya...

Ha... dah cerita pasal bakul kertas ni pulak kan.... hihihi... Saya sangat suka dengan bakul ni. Sebenarnya bakul ni banyak kegunaannya...  Selain dijadikan congkak.. bakul ini boleh dijadikan bakul sampah... letak bawah meja... nak asah pensil...tak payah pergi ke tong sampah kat belakang kelas.... asah jer bawah meja... dah penuh... baru buang dalam tong sampah besar belakang kelas..

Sebenar apa yang kanak-kanak belajar dari permainan ini??? Mari kita kaji...

Melalui permainan ini..kanak-kanak ditanam nilai:


  • Berpemikiran mantik - dalam menganalisa setiap langkah dalam permainan.
  • Bersistem - bersistem dalam bermain. Mengikut sistem permainan yang telah ditetapkan.
  • Tepat
  • Teliti - Setiap langkah, mesti dilakukan dengan teliti, tekun dan penuh keyakinan agar tiada lobang yang terlangkau.
  • Tekun
  • Yakin
  • Berpemikiran global
  • Nilai-nilai murni - bersedia menerima kekalahan. Sabar dalam menunggu giliran.Dan bermain dengan penuh berhemah. Tidak menipu - semata-mata untuk menang.
 Sikap dan nilai ini terkandung dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah.
( Sumber:  http://mimimate.blogspot.com/ -
KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH BESTARI Oleh; Tengku Zawawi b Tengku Zainal)

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan kembali permainan tradisional ini. Lebih bagus sekiranya congkak yang dibuat sendiri. Kanak-kanak boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan seandainya permainan ini dimainkan sesama ahli keluarga.









Saturday, 23 August 2014

Jom kenal pecahan.... Aktiviti 2

Tahun: 1 Gemilang
Masa: 60 minit
Tajuk: Mengenal pecahan
Objektif: Murid dapat mengenal dan dapat menyatakan separuh, setengah, suku
BBM: plastisin, pembaris, acuan biskut raya

Disebabkan aktiviti pdp ini jatuh pada bulan puasa.. jadi.. saya namakan aktiviti seterusnya adalah " Jom buat kuih raya". Aktiviti sebelum ini melibatkan bentuk-bentuk asas.. jadi, pada aktiviti ini.. saya dedahkan mereka dengan pelbagai bentuk... ( saya telah membeli acuan kuih raya untuk mereka).

Arahan untuk murid: Pilih mana-mana 4 bentuk yang paling disukai, kemudian potong biskut raya tersebut kepada setengah dan suku.

Keputusannya: Ada yang dapat memotong dengan betul dan ada yang salah. Murid diminta memberi pendapat tentang hasil kerja rakan mereka. Adakah rakan mereka memotong dengan betul...

Gigih membuat kuih raya...

" Kuih raya" yang dah siap.. tunggu nak potong jer...
 Melalui aktiviti ini... murid dapat mengenalpasti objek yang mana boleh dipotong setengah dan yang mana boleh dipotong suku. Selain ini, mereka juga diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat tentang bentuk-bentuk yang telah dihasilkan dan bagaimana memotong sama untuk mendapat bentuk setengah dan suku.

Jom belajar jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tajuk baru untuk tahun 1: Mari mengenal jam.

Objektif utamanya.. selepas belajar tajuk ini, murid sudah mampu untuk membaca jam. Maknanya kalau ditanya pukul berapa sekarang.... merujuk kepada jam dinding ( sudah tentunya jam analog... jam digital tak dikira ..ok...) mereka sudah dapat menyatakan waktu dengan tepat. Dalam silibus tahun 1... pada tahap ini.. mereka hanya dapat menyatakan jam dengan menggunakan istilah suku dan setengah. Tetapi disebabkan semua murid saya sudah menghafal sifir 5... jadi.... advanced... mereka diajar terus membaca jam.

Antara aktiviti kegemaran saya kalau melibatkan jam... adalah membina jam. Kali ini saya menggunakan pinggan polisterin. Tujuannya supaya mereka dapat mengenal dan mengingat serta dapat bermain sesama mereka semasa ketiadaan guru. Sekaligus ini meningkatkan daya ingatan, meningkatkan tahap sosial dan interaksi sesama mereka dan juga meningkatkan daya imaginasi mereka.




Aktiviti menggunting dan menampal: membina motor halus murid-murid...

Wednesday, 30 July 2014

Jom belajar pecahan : Aktiviti 1

Assalamualaikum dan salam lebaran...

Kali ini saya ingin berkongsi pdp saya dalam kelas Tahun 1.

Tajuk: Mengenal pecahan

Objektif: Murid dapat mengenal dan menyatakan separuh, setengah dan suku

BBM: plastisin, pembaris

Aktiviti 1:

Sebelum ini, apabila memperkenalkan pecahan kepada murid tahun 1, aktiviti yang biasa dilakukan adalah dengan lipatan kertas. Tapi, kali ini saya menggunakan platisin.

Disebabkan murid saya cuma 6 orang, jadi setiap orang saya berikan sejumlah platisin.

Arahan 1: Dengan menggunakan platisin dan pembaris, setiap orang buat satu bentuk segiempat, segitiga dan bulat.

* secara tidak langsung, murid belajar mengenal bentuk asas.

Arahan 2: Dengan menggunakan pembaris, potong setiap bentuk kepada 2 bahagian yang sama besar. ( guru memperkenalkan 'setengah' dan 'separuh')

Arahan 3: Murid seterusnya diminta untuk memotong bentuk2 asas tersebut kepada 4 bahagian yang sama besar.(Murid diperkenalkan dengan 'suku').

* untuk menjadikan aktiviti lebih menarik, saya meminta mereka menilai hasil kerja rakan masing2. :)

( Maaf, tiada gambar untuk aktiviti ini kerana gambar yang diambil telah ter delete secara tak sengaja...hehe)

Saturday, 5 July 2014

Kelas Psv minggu ini - Kolaj

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kelas PSV minggu ini adalah sambungan dari kelas minggu lepas. Minggu lepas, murid-murid menghasilkan corak menggunakan teknik titisan. Minggu ini, dengan menggunakan corak yang terhasil murid menghasilkan kolaj mengikut kreativiti masing-masing.

Inilah hasilnya.... Memang tidak mengecewakan.








Wednesday, 2 July 2014

Susun atur baru kelas saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semasa belajar di Maktab Perguruan dulu, salah satu kertas kajian saya adalah berkaitan dengan susun atur kelas. Adakah susun atur kelas mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku dan interaksi sosial antara murid-murid ?

Terdapat banyak susun atur yang sering digunakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Antara susun atur yang biasa kita temui adalah susun atur secara dua-dua, bertiga-tiga dan dalam bentuk kumpulan. Satu lagi bentuk susun atur yang dicadangkan dalam jurnal yang telah saya baca ( tak ingat pulak detail jurnal tu) adalah dalam bentuk curve atau bentuk ladam kuda.

Baru-baru ini seorang murid tahun 1 telah berpindah keluar. Jadi... Tinggal 6 orang murid sahajamurid dalam kelas saya. Jadi, saya mencuba susun atur bentuk ladam kuda ni... Almaklumlah... Murid tak ramai. Alhamdulillah.... Setakat ni mereka suka susun atur ini.






Satu kelebihan susun atur ini adalah .... Semua murid berada di hadapan guru, murid menghadap guru dan papan putih.

Kelemahan susun atur begini adalah ia hanya sesuai diaplikasikan untuk bilangan murid yang sedikit... seperti murid-murid saya ini.

Kelebihan lain adalah.. guru mudah "mencapai " setiap orang murid.

Untuk susun atur kelas... guru perlu memikirkan banyak faktor. Bagi saya.. setiap kali menyusun atur kedudukan anak-anak .. faktor-faktor  yang sering difikirkan adalah:

1) Kebolehan murid-murid : Seringkali yang berada di kedudukan berhadapan dengan guru adalah murid yang kurang pandai berbanding murid lain. Bermakna yang memerlukan lebih tumpuan guru diletakkan di hadapan.

2) Keserasian dan Interaksi antara rakan-rakan: Seringkali, bagi kedudukan sebelah menyebelah adalah yang tidak serasi antara satu sama lain. Kalau terlampau serasi.. susah pulak... karang asyik berborak, main saja...

3) Faktor fizikal: Yang tinggi... yang besar... sudah tentu akan ditempatkan di kedudukan belakang... kerana jika berada di hadapan akan mengganggu mereka yang berbadan lebih kecil dan rendah.

4) Satu faktor yang saya perhatikan sering diabaikan oleh guru kelas dalam menetapkan kedudukan murid-murid adalah  sudut pandangan murid-murid. Apa yang saya maksudkan di sini adalah... apabila seseorang murid diletakkan di kedudukan tepi kelas, dengan pencahayaan dalam kelas... menyebabkan papan putih atau papan hitam akan kelihatan silau. Di sebabkan keadaan silau ini murid tidak nampak sebenarnya apa yang ditulis oleh guru di sebahagian lagi papan hitam.

Sebenarnya, saya kurang setuju bila murid diletakkan di bahagian tepi... hampir dengan dinding kelas. Situasi mungkin berbeza bagi kelas yang dihuni oleh 40 orang murid. Nak buat macamanakan.. dah tak muat...;)

Jadi, seringkali.. untuk menyelesaikan masalah ini... guru itu sendiri mesti duduk di kedudukan murid tersebut dengan paras mata yang sama dengan murid. Baru kita tau samaada mereka nampak ataupun tidak apa yang kita tulis di papan hitam atau papan putih. Dan tanya mereka.. adakah mereka selesa di kedudukan tersebut.. dan bolehkan mereka nampak keseluruhan papan hitan di hadapan.

Peringatan untuk diri saya juga: Bila murid-murid itu lambat menulis.. bukan sebab dia tak tau... tetapi mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang mempengaruhi. Apa yang kita boleh buat?? kenalpasti faktor tersebut dan cari penyelesaiannya.





Tuesday, 1 July 2014

Aktiviti PSV : Titisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Minggu lepas.... Kelas PSV ( Pendidikan Seni Visual ) Tahun 1 membuat lukisan menggunakan teknik titisan. Medium yang digunakan adalah tisu. Saya sepatutnya menggunakan tisu dapur sebagai mediumnya kerana teksturnya yang lebih tebal dan tahan serta lebih besar berbanding tisu biasa. Tetapi disebabkan tak sempat ke bandar mencari.... Jadi, gunalah apa yang ada. :)

Jadi, inilah hasilnya:

Boleh tahan kan...
Seorang dapat 3 keping tisu..

Asyiknya mewarna....


Murid-murid memang seronok mewarna dengan warna air. Minggu ini, projek seterusnya adalah membuat kolaj dengan tisu yang telah diwarnakan minggu lepas.