Assalamualaikum dan salam lebaran...
Kali ini saya ingin berkongsi pdp saya dalam kelas Tahun 1.
Tajuk: Mengenal pecahan
Objektif: Murid dapat mengenal dan menyatakan separuh, setengah dan suku
BBM: plastisin, pembaris
Aktiviti 1:
Sebelum ini, apabila memperkenalkan pecahan kepada murid tahun 1, aktiviti yang biasa dilakukan adalah dengan lipatan kertas. Tapi, kali ini saya menggunakan platisin.
Disebabkan murid saya cuma 6 orang, jadi setiap orang saya berikan sejumlah platisin.
Arahan 1: Dengan menggunakan platisin dan pembaris, setiap orang buat satu bentuk segiempat, segitiga dan bulat.
* secara tidak langsung, murid belajar mengenal bentuk asas.
Arahan 2: Dengan menggunakan pembaris, potong setiap bentuk kepada 2 bahagian yang sama besar. ( guru memperkenalkan 'setengah' dan 'separuh')
Arahan 3: Murid seterusnya diminta untuk memotong bentuk2 asas tersebut kepada 4 bahagian yang sama besar.(Murid diperkenalkan dengan 'suku').
* untuk menjadikan aktiviti lebih menarik, saya meminta mereka menilai hasil kerja rakan masing2. :)
( Maaf, tiada gambar untuk aktiviti ini kerana gambar yang diambil telah ter delete secara tak sengaja...hehe)
Wednesday, 30 July 2014
Saturday, 5 July 2014
Kelas Psv minggu ini - Kolaj
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kelas PSV minggu ini adalah sambungan dari kelas minggu lepas. Minggu lepas, murid-murid menghasilkan corak menggunakan teknik titisan. Minggu ini, dengan menggunakan corak yang terhasil murid menghasilkan kolaj mengikut kreativiti masing-masing.
Inilah hasilnya.... Memang tidak mengecewakan.

Wednesday, 2 July 2014
Susun atur baru kelas saya...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semasa belajar di Maktab Perguruan dulu, salah satu kertas kajian saya adalah berkaitan dengan susun atur kelas. Adakah susun atur kelas mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku dan interaksi sosial antara murid-murid ?
Terdapat banyak susun atur yang sering digunakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Antara susun atur yang biasa kita temui adalah susun atur secara dua-dua, bertiga-tiga dan dalam bentuk kumpulan. Satu lagi bentuk susun atur yang dicadangkan dalam jurnal yang telah saya baca ( tak ingat pulak detail jurnal tu) adalah dalam bentuk curve atau bentuk ladam kuda.
Baru-baru ini seorang murid tahun 1 telah berpindah keluar. Jadi... Tinggal 6 orang murid sahajamurid dalam kelas saya. Jadi, saya mencuba susun atur bentuk ladam kuda ni... Almaklumlah... Murid tak ramai. Alhamdulillah.... Setakat ni mereka suka susun atur ini.
Satu kelebihan susun atur ini adalah .... Semua murid berada di hadapan guru, murid menghadap guru dan papan putih.
Kelemahan susun atur begini adalah ia hanya sesuai diaplikasikan untuk bilangan murid yang sedikit... seperti murid-murid saya ini.
Kelebihan lain adalah.. guru mudah "mencapai " setiap orang murid.
Untuk susun atur kelas... guru perlu memikirkan banyak faktor. Bagi saya.. setiap kali menyusun atur kedudukan anak-anak .. faktor-faktor yang sering difikirkan adalah:
1) Kebolehan murid-murid : Seringkali yang berada di kedudukan berhadapan dengan guru adalah murid yang kurang pandai berbanding murid lain. Bermakna yang memerlukan lebih tumpuan guru diletakkan di hadapan.
2) Keserasian dan Interaksi antara rakan-rakan: Seringkali, bagi kedudukan sebelah menyebelah adalah yang tidak serasi antara satu sama lain. Kalau terlampau serasi.. susah pulak... karang asyik berborak, main saja...
3) Faktor fizikal: Yang tinggi... yang besar... sudah tentu akan ditempatkan di kedudukan belakang... kerana jika berada di hadapan akan mengganggu mereka yang berbadan lebih kecil dan rendah.
4) Satu faktor yang saya perhatikan sering diabaikan oleh guru kelas dalam menetapkan kedudukan murid-murid adalah sudut pandangan murid-murid. Apa yang saya maksudkan di sini adalah... apabila seseorang murid diletakkan di kedudukan tepi kelas, dengan pencahayaan dalam kelas... menyebabkan papan putih atau papan hitam akan kelihatan silau. Di sebabkan keadaan silau ini murid tidak nampak sebenarnya apa yang ditulis oleh guru di sebahagian lagi papan hitam.
Sebenarnya, saya kurang setuju bila murid diletakkan di bahagian tepi... hampir dengan dinding kelas. Situasi mungkin berbeza bagi kelas yang dihuni oleh 40 orang murid. Nak buat macamanakan.. dah tak muat...;)
Jadi, seringkali.. untuk menyelesaikan masalah ini... guru itu sendiri mesti duduk di kedudukan murid tersebut dengan paras mata yang sama dengan murid. Baru kita tau samaada mereka nampak ataupun tidak apa yang kita tulis di papan hitam atau papan putih. Dan tanya mereka.. adakah mereka selesa di kedudukan tersebut.. dan bolehkan mereka nampak keseluruhan papan hitan di hadapan.
Peringatan untuk diri saya juga: Bila murid-murid itu lambat menulis.. bukan sebab dia tak tau... tetapi mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang mempengaruhi. Apa yang kita boleh buat?? kenalpasti faktor tersebut dan cari penyelesaiannya.

Tuesday, 1 July 2014
Aktiviti PSV : Titisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Minggu lepas.... Kelas PSV ( Pendidikan Seni Visual ) Tahun 1 membuat lukisan menggunakan teknik titisan. Medium yang digunakan adalah tisu. Saya sepatutnya menggunakan tisu dapur sebagai mediumnya kerana teksturnya yang lebih tebal dan tahan serta lebih besar berbanding tisu biasa. Tetapi disebabkan tak sempat ke bandar mencari.... Jadi, gunalah apa yang ada. :)
Jadi, inilah hasilnya:
Murid-murid memang seronok mewarna dengan warna air. Minggu ini, projek seterusnya adalah membuat kolaj dengan tisu yang telah diwarnakan minggu lepas.
Minggu lepas.... Kelas PSV ( Pendidikan Seni Visual ) Tahun 1 membuat lukisan menggunakan teknik titisan. Medium yang digunakan adalah tisu. Saya sepatutnya menggunakan tisu dapur sebagai mediumnya kerana teksturnya yang lebih tebal dan tahan serta lebih besar berbanding tisu biasa. Tetapi disebabkan tak sempat ke bandar mencari.... Jadi, gunalah apa yang ada. :)
Jadi, inilah hasilnya:
![]() |
| Boleh tahan kan... |
![]() |
| Seorang dapat 3 keping tisu.. |
![]() |
| Asyiknya mewarna.... |
Thursday, 12 June 2014
Jom masak: Gulai Nenas Tumis Darat
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Antara masakan favourite saya adalah berasaskan nenas.... Uuhhh... Memang terbaeklah.... Antara masakan nenas yang saya suka adalah nenas masak belacan... Tapi...itu menu Pahang... Kali ni kita kongsi gulai tumis darat...menu asli dari Kedah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1 biji nenas
Ikan talang atau udang pun sedap jugak
1 paket serbuk kari ikan
1/2 biji kelapa (santan) ikut kepekatan yang kita nak. Jangan terlalu pekat.
Garam dan gula secukup rasa.
Bahan tumis:
Bawang besar @ bawang kecil
Bawang putih
Halba campur
daun kari
Bawang dimayang halus.
Cara memasak..
Kenapa dikatakan tumis darat? Sebab cara memasak tidak ditumis.
Mula-mula... Masukkan sedikit air ( lebih kurang 1/2 cawan air) ke dalam periuk. Masukkan serbuk kari.... Biarkan mendidih hingga masak..
Masukkan sedikit santan... Biarkan hingga mendidih. Masukkan nenas... Biarkan mendidih seketika... Masukkan ikan masin ( ikan talang masin yang terbaik... Kalau tak ada... Apa-apa ikan masin pun ok lah...) . Masukkan santan selebihnya, sedikit gula... garam ikut sesedap rasa. Bila dah masak... Tutup api...
![]() |
| yum... yum..yum.. |
Selamat mencuba
Saturday, 7 June 2014
Jom masak: Sotong Masak Pedas
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semalam, saya dan keluarga telah menziarahi ibu saudara saya yang tak berapa sihat. Nak kata sakit... Tak juga.. Sebab memang dah keadaan dia macam tu. Mata tak berapa nak nampak sebab kencing manis, kaki pun sebahagian tapak kaki telah dibuang. Jadi , semasa dok borak-borak... Terkeluarlah resepi sotong ni yang pernah dicuba oleh mak saya... Eehhh.. Salah rupanya resepi yang mak buat ari tu... Hehe... Tu lah... Menuntut tak habis kata orang. Jadi... Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahannya:
1 kilo sotong
Serbuk cili 1 peket kecil ( yang harganya RM 1)
1/2 botol sos cili cap jagung ( tok guru kata kena pakai sos cap ni... Jadi saya tulis macam tu lah...hehe. Rasa sos ni lebih manis dan pedas.. Kalau sos jenama terkenal macam life ke... Meggie ke.... Masam)
Gula batu sebesar ibu jari
Kicap (cap maju)
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Serbuk cili dibancuh dengan air dan dimasak sampai cili tu masak.
Kemudian, masukkan sos cili dan kicap. Kicap jangan masuk terlalu banyak.
Masukkan semua bahan.
Bila cili dah masak... Baru masukkan sotong. Pastikan periuk ditutup rapat. Masak dengan api kecil.
Lebih kurang 10-15 minit... Sotong boleh diangkat...( check dulu samaada sotong empuk atau tak)
Pantang: jangan sesekali masukkan ajinomoto ;)
Saya dah faham cara nak masak sotong. Iyelah... Selama ni masak sotong keras sebab biar lama atas kuali. Kalau sekejap sangat... Takut sotong tak masak. Rahsianya.... Tutup rapat tudung periuk... Baru empuk.... Emmm... Baru tahu...
Selamat mencuba...

| Add caption |

Friday, 6 June 2014
Jom masak: Gulai Rebung dengan Ayam..
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Satu lagi resepi yang hendak saya kongsikan hari ini adalah Gulai Rebung dengan ayam... Haa... Ini adalah resepi asli negeri Kedah. Untuk makluman pembaca.... Kalau orang Kedah cakap nak masak gulai... Maksudnya masak kari lah... Ok...faham? ( Kalau kat Raub.... Gulai tu maksudnya masak tempoyak). Hehehe...
1/2 atau satu ekor ayam
Rebung ( sesuka hati anda... Hehehe)
1 1/2 bungkus serbuk kari ayam/daging ( dibancuh dengan air panas menjadi pes)
2 sudu besar kerisik ( dibancuh sekali dengan serbuk kari)
Santan ( dari 1biji kelapa)
3 btg serai dititik
Bahan untuk menumis:
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia (anggaran)
Bahan- bahan ni di potong halus
Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari
Garam, gula secukup rasa
Ajinomoto
Cara membuatnya:
Tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan pes kari. Biar masak seketika, kemudian masukkan air lebih kurang 1/2 cawan... Biarkan sampai kering.... Tujuannya nak memastikan kari tu masak. Masukkan rebung... Masak seketika. Kemudian baru masukkan santan. Masukkan ayam. Masukkan garam.. Sedjkit gula dan ajinomoto. Jangan lupa masukkan serai yang dititik.
Dah masak... Angkat dan hidangkan.
Mak saya selalu ingatkan saya... Kalau masak ayam atau daging... Letak bunga cengkih... Bunga lawang... Kulit kayu manis.
Kalau masak ikan... Tak payah letak.... Ganti dengan halba campur.
Selamat mencuba resepi asli dari Kedah... :)

Subscribe to:
Posts (Atom)