Salam bertemu kembali....
Pernahkah anda mendengar seseorang mengeluarkan perkataan di atas??? atau anda sendiri pernah mengeluarkan perkataan tersebut kepada seseorang???
BODOH! satu perkataan yang sebenarnya tidak pernah wujud dalam kehidupan saya sebagai seorang guru. Kelakarnya, jika saya terdengar ada murid-murid saya memanggil kawannya dengan gelaran tersebut atau orang dewasa yang mengeluarkan perkataan tersebut.....bunyinya agak asing di telinga saya ni...
Memang satu pantang besar bagi saya seorang murid mengatakan kawannya itu bodoh ( Cikgu pun tak pernah panggil kawannya itu bodoh...dia pulak pandai-pandai panggil kawannya begitu).. memang nak kena tazkirah lah maknanya tu....
Seringkali saya mengatakan bahawa mereka Tidak PANDAI Lagi atau Tidak TAHU Lagi ... ( dan bukannya BODOH)... dengan itu... menjadi satu doa.. semoga suatu hari nanti mereka akan PANDAI dan mereka akan TAHU tentang perkara-perkara yang selama ini tidak mereka tahu.
Dengan menggunakan perkataan BODOH sebagai seorang guru... kita mematikan minat budak-budak untuk terus belajar. Kita dah tanamkan dalam fikirannya bahawa dia seorang yang BODOH.... Jadi, bila dia percaya bahawa dia BODOH.... maka sudah tentulah akal fikirannya akan memproses bahawa dia BODOH... dan jadilah dia seorang yang BODOH. Oleh itu perkataan BODOH merupakan satu perkataan yang saya HARAMKAN untuk saya sebut kepada anak murid saya.
Sebenarnya, bila seorang guru mengatakan muridnya BODOH.... secara tidak langsung dia juga sebenarnya mengatakan dirinya itu BODOH.... itulah realitinya.... tugas guru adalah mengajar dari yang tidak tahu hingga tahu... jadi, jika dah tahu.. buat apa nak bagi tahu lagi...bukan???
Pengalaman saya sebagai seorang murid sekolah rendah di suatu ketika.... tidak terkecuali dari situasi ini... bezanya...guru saya itu seorang guru perempuan.... seorang mualaf.. mengajar Bahasa Inggeris.. jadi... perkataan yang selalu dikeluarkannya.. STUPID...STUPID....STUPID...( bagi seorang murid tahun 2... perkara ini agak janggal...mungkin sebab disebut dalam Bahasa Inggeris).. dan ya... selepas berpuluh tahun.... nama... rupanya ( walaupun dah samar-samar) dan perlakuannya dalam kelas..( sehinggakan kami menggelarnya Cikgu S**** Singa) masih terpahat dalam ingatan saya.
Dan seingat saya... tindakan guru tersebut sebenarnnya tidak pernah menaikkan markah saya dan rakan-rakan saya bagi setiap ujian... Berbeza sekali semasa berada di tahun 6... Mrs Ong kalau tak salah... tak perlu garang-garang...tak perlu marah-marah.... seronok kami belajar dengannya... :).. dan keputusan Bahasa Inggeris memang meningkat...( untuk seorang yang berada di kelas terakhir daripada 5 kelas... mendapat B dalam UPSR agak membanggakan..hehehe)
Jadi, kesimpulannya.... elakkan menggunakan perkataan BODOH kepada sesiapa pun di sekeliling kita... Jika kita sendiri tidak suka dipanggil begitu....orang lain pun sudah tentu begitu juga... :)
Sunday, 3 February 2013
Monday, 28 January 2013
Cenderahati buat yang berjaya...
Bulan Januari sudah hampir melabuhkan tirainya... Kajian kes saya tahun ini adalah murid tahun 4 seramai 14 orang ( seorang murid tidak dimasukkan kerana dia adalah murid pemulihan - murid pemulihan tidak dikira kerana ketika sesi pembelajaran, dia akan diajar oleh guru pemulihan khas).
Sehingga hari ini, seramai 6 orang ( 43%) telah berjaya menghafal sifir 2 hingga 9 - dengan menggunakan teknik yang sudah saya ceritakan sebelum ini.
Jadi, sebagai satu galakkan kepada mereka untuk menghafal sifir, saya telah berjanji dengan mereka bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menghafal semua sifir akan diberikan hadiah. Ini bermakna jika semua murid berjaya menghafal.... maka semua murid yang akan mendapat hadiah. Hadiahnya adalah buku nota yang kulit bukunya bercorak karekter kartun seperti Snow White, Cinderella dan sebagainya.
(tak boleh pulak nak upload gambar)

Sunday, 20 January 2013
Bijak Sifir - Kotak Ajaib ( Part 2)
-Sambungan
Untuk sifir bernombor genap seperti sifir 2, 4, 6 dan 8 kotak di bawah digunakan;
Peraturan yang digunakan masih seperti sebelum ini iaitu; (berdasarkan arah anak panah) nombor di kotak seterusnya MESTI LEBIH BESAR daripada kotak sebelumnya.
Contoh soalan: 4 x 8 =
Maksudnya: kotak ke-4 bagi sifir 8
Jadi, jawapannya adalah 32.

Bijak Sifir - Kotak Ajaib (part 1)
Kotak Ajaib ini adalah antara method yang digunakan oleh guru-guru matematik untuk memudahkan murid-murid menjawab soalan matematik yang melibatkan sifir tanpa mengambil masa yang lama untuk melukis kotak.
Selalunya saya menggunakan teknik ini apabila murid tersebut sudah di tahun 6 dan masih tidak mampu untuk menghafal. Dengan teknik ini, mereka boleh melukis petak-petak tersebut semasa di dalam dewan peperiksaan.
Terdapat 2 kotak yang mereka perlu ingat. Berikut adalah contoh untuk menjawab soalan yang melibatkan sifir nombor ganjil sahaja.
-Bersambung -

| Murid dapat menggunakan kotak ini untuk menjawab soalan sifir 3, 7 dan 9. Jadi, murid mesti mengingati susunan nombor dan arah anak panah dengan betul. |
| Berdasarkan anak panah, kita memastikan bahawa nombor pada kotak seterusnya lebih besar daripada kotak sebelumnya. |
-Bersambung -
Tuesday, 15 January 2013
Projek Bijak Sifir....
Projek Bijak Sifir 9 hari....
Masuk hari ni... murid-murid yang advanced dah menghafal sehingga sifir 4. Bermakna, mereka hanya tinggal sifir 3, 2, dan 1 sahaja untuk di hafal. Murid yang lemah, masih tersangkut di sifir 7 dan 6. Saya sudah berjanji dengan mereka... sesiapa yang dulu habis menghafal semuanya, akan saya berikan hadiah... (heheh)... hanya untuk tempat petama, kedua dan ketiga ( atau.. saya perlu beri kepada lebih murid..??? akan difikirkan...)
Sekiranya sudah habis murid kategori A ini menghafal... apakah langkah seterusnya??? Sebagai seorang guru.. kita perlu menjadi kreatif..... yang seronoknya... apabila mereka sudah dapat menghafal semuanya... kuiz akan dibuat.... murid-murid saya sangat gemar bermain kuiz... bertanding sesama mereka...
Satu penambahbaikan dalam teknik Bijak Sifir 9 hari adalah... saya tambahkan eleman nyanyian dan tarian.... hahahha... semoga mereka lebih gembira menghafal sifir... ( tiba-tiba teringat rancangan TV tahun 90an dulu yang ada Siti Sifir...)

Monday, 14 January 2013
Masalah sifir...
Salam 1 Malaysia...
Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid dengan teknik-teknik sifir yang ada di pasaran (hehehe). Untuk makluman semua, terdapat berbagai-bagai teknik untuk menghafal dan menjawab persoalan yang berkaitan dengan sifir (just google..or go to youtube)
Seperti semua sedia maklum... nadi dalam matematik adalah sifir... maka ia adalah sesuatu yang " mesti " dihafal oleh semua orang...
Dalam Teknik-Teknik Bijak Sifir, antara yang popular adalah jadual sifir pelbagai guna(SPG) ( boleh rujuk di blog Cikgu Mazira) , kotak ajaib, teknik-teknik menggunakan jari, dan sebagainya.
Awal-awal dulu saya memang menggunakan jadual sifir pelbagai guna (SPG). Tetapi masalah yang timbul adalah apabila murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu jadual. Dan juga bila murid silap mengira di satu kotak, kesalahan itu akan berterusan di kotak-kotak yang seterusnya. Ini adalah masalah besar apabila murid menjawab soalan peperiksaan.
Pada masa itu, fokus saya adalah supaya jadual itu akan terpeta di minda murid-murid... tanpa mereka perlu melukis semula jadual tersebut ( jadi, teknik ini agak kurang menjadi bagi murid saya)..
Pernah semasa satu mesyuarat di PPD Raub, saya ada bertanya kepada guru matematik lain apakah teknik menghafal sifir yang mereka gunakan. Menurut Cikgu Mimi, dari SK Temau ( antara sekolah-cemerlang, yang mendapat new deal pada tahun 2011), mereka memang menggunakan teknik SPG ini. Tetapi teknik ini diajar murid-murid di tahun 2 lagi. Jadi, semasa di tahun 4.. mereka tidak lagi menghadapi masalah menggunakan SPG...
Menurut Cikgu Mahadi (seorang Guru Cemerlang daerah Raub) jadual SPG lebih sesuai digunakan oleh murid yang bijak ( tapi, kalau murid dah cemerlang... kenapa mesti mereka bina jadual lagi kan?.), jadi, dari Cikgu Mahadi lah saya belajar kotak ajaib( dan ia sememangnya lebih mudah berbanding SPG) untuk kegunaan pelajar yang lemah.
Berdasarkan pengalaman mengajar yang dah masuk tahun ke-5, saya membuat kesimpulan... untuk jangkamasa panjang... setiap orang murid MESTI menghafal sifir. Tidak boleh tidak.
Fokus saya bagi murid-murid ini adalah apabila persoalan sifir ditanya, mereka dapat menjawab dalam masa 1 @ 2saat sahaja ( sifir yang saya maksudkan adalah sifir asas.. sifir 1 hingga 9). Saya dapati.. jika mereka menghafal sifir, lebih mudah mereka menyelesaikan masalah bagi tajuk-tajuk seterusnya seperti bahagi, pecahan, memudahkan pecahan dan peratus dan sebagainya.
-bersambung...

Friday, 11 January 2013
Catatan seorang guru... (part 2)
Sebagai seorang guru ... saya diajar pedagogi semasa di IPG. Di IPG kami diajar pelbagai TEORI. Tetapi... ilmu sebenar tentang teknik pengajaran dan pembelajaran, saya belajar di lapangan @ di sekolah tempat saya ditugaskan.. Dalam apa jua keadaan sebenarnya... guru terbaik adalah PENGALAMAN sebenarnya.
1) Sebagai guru baru... sudah semestinya saya merujuk kepada guru senior di sekolah tentang teknik mengajar... (bukan mudah hendak mengajar sebenarnya. Anda fikir mudahnya kerja guru??? apa kata anda cuba mengajar anak anda yang berumur 9-10 tahun tentang bahagi atau pecahan..:))
Seringkali saya akan merujuk kepada guru yang lebih berpengalaman bagaimana hendak mengajar tentang sesuatu tajuk.
2) Apabila ada mesyuarat ( tak kisahlah mengenai apa saja... sebagai s/u perperiksaan, guru matematik, guru media dan pusat sumber) di PPD, saya meringankan mulut untuk bertanya tentang teknik yang guru-guru dari sekolah lain gunakan.Melalui perkongsian antara guru-guru dari satu daerah, saya belajar pelbagai teknik mengajar untuk sesuatu tajuk.
3) Melalui guru cemerlang yang dijemput oleh sekolah untuk memberi tips ketika Kem Kecemerlangan UPSR.
4) Akhir sekali, sudah tentulah anak-anak murid saya. Saya akan pastikan kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan pada tahun sebelumnya tidak saya ulangi untuk murid-murid yang pada tahun seterusnya. Melalui pengalaman mengajar mereka, seringkali saya menambah baik teknik mengajar dengan menggabungkan teknik yang saya pelajari dari guru super dan tahap penerimaan mereka.
Semoga saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid tercinta..:)

Subscribe to:
Posts (Atom)